:::ORANG-ORANG MANIS:::

Sunday, August 9, 2009

::Ada apa dengan blog?::

[ masa zaman 'muda-muda' dulu]

Salam,

Setelah post beratus-ratus entry, baru terasa nak post 'ada apa dengan blog?'. Dulu masa buat blog, tak tau apa motif. Tengok orang buat, rasa nak buat. Blog ni created since 2008 masa short sem 1st year. Entry mula-mula banyak merapu tak ketahuan. Ahaks! (macam sekarang ni tak merapu je).

Bila buat blog, rasa macam banyak benda boleh sharing. Rasa macam semua benda nak cerita. Tapi, not all la. Ada juga benda yang dapat and patut share and sebaliknya. Blog ni kadang-kadang macam diari hidup pun ada. Nanti bila baca balik entry lepas-lepas tu, rasa lucu pun ada. Kelakar tengok telatah diri sendiri. Haha.

**********************************************************************
Ada yang pernah bertanya ' Kenapa letak nama blog SIZUKA MANIS??' Erk..jawapannya : Saya pun tak tahu kenapa. Masa create blog, saya terfikir pasal sizuka. Manis tu datang dari mana pun tak tau. Pendek kata, saya pun tak tau kenapa saya letak nama sizuka manis. Haha. Acceptable? ;p

Rasa malas nak tukar nama. Biarlah macam tu. Tetap dengan SIZUKA MANIS =)
*******************************************************************
Blog aku ni ada yang berilmiah and ada yang tak berilmiah. Kadang-kadang banyak membebel. Rasa tak puas hati semuanya nak cite dalam blog ini. Ada masalah apa-apa pun rasa nak post dalam blog ni. Tak reti nak buat keputusan pon nak post dalam blog and even pasal KERA pon nak cite dalam blog. Hehe. Later baca balik, tersengih sorang-sorang. (Apa motif? )

For some entry yang banyak menimbulkan persoalan, komen juga banyak. Thanks to them yang rajin memberi komen dalam blog aku yang tak seberapa ini. Thanks juga to them yang rajin beri award kat blog aku ini. Walaupun aku tahu yang blog ini bukan hot pun ( aceeewaahhh!)

Nanti bila tuan punya blog dah 'takde', orang akan kenang dan baca balik blog ini (yeke?). Mungkin dah takde sapa nak teruskan update blog ini. Blog ini pun orang dah jarang kunjung. Or maybe nobody akan tengok.

P/S : Lately sat (sekejap) rasa sihat. Sat tak. Malas makan ubat la.

Friday, August 7, 2009

::Tagged again!::

Salam,

Tagged kali ini dari si Wana. Rajin betul dia tagged aku. Tapi, takpela. Sayang 2 kali ganda punya pasal. Sizuka jawab dengan ikhlas. Haha. Tagged kali ini soklan killer la..~

*************************************************************************
Senaraikan 10 ciri-ciri lelaki/wanita yang menjadi idaman korang. Lepas tu tag 5 orang yang korang rasa nak tag.

1. Lelaki itu perlu lelaki sejati MUSLIM. Pondan and sekutu dengannya rejected!

2. Lelaki yang baik. Pendek kata, beriman, bertanggungjawab, caring, dan menghormati orang tua.

3. Sedap mata memandang, pembersih dan smart!

4. Lelaki yang tetap pendirian dan mempunyai cita-cita yang tinggi dan matlamat hidup + rajin bekerja. (^_^)

5. Non smoker. Saya tak boleh hidup dengan orang yang smoking ni. Rimas!~

6. Lelaki itu bijak menasihati saya jika saya ada buat salah dan dia peka dengan setiap masalah saya.

7. Lelaki itu mempunyai minat dan hobi yang hampir sama dengan saya. Senang nak lakukan hobi sama-sama. Contoh terbaik, suka pergi pulau. Hee~

8. Lelaki yang tough. Pendek kata, tahu buat kerja-kerja berat ni. Kalau nak mesin rumput pun tak reti..alahai..~

9. Lelaki itu bijak komunikasi. Ada je topik-topik menarik nak sembang.

10. Lelaki itu sayang saya dan selalu membahagiakan hari-hari saya sehingga saya tiada lagi di dunia ini. (^_^).

Orang yang bertuah untuk di tag adalah :

* Zahidah comey
* Nisah
* Aswad
* SyafiQ
* Yani

dan sesiapa yang mahu jawab, dipersilakan~

(no picture to view)
***************************************************************************

P/S : Pagi tadi pergi PK. Doktor gelakkan aku sebab kes tulang. (special kes ke?). erk.

Wednesday, August 5, 2009

::Sengsara::

Salam,

Minggu lepas, K9B104 buat hal. Siling bocor. Habis ruang tamu kat depan ni banjir. Jumaat, sabtu and ahad. Pejabat tutup. Nak buat report pon tak boleh. Masuk hari isnin, report dah buat. Tengah hari dah siap repair. Lega! No bocor-bocor dah. Tapi, masalah lain lak berlaku. Air takda! Tak boleh nak buat kerja la kalau air takda ni. Tensen aihhh~

Hari isnin petang tu la bermulanya aku hidup merempat. Malam tu aku tido bilik angah (K8H). Sebab senang esok nak bangun subuh. Tak payah la aku ketuk pintu bilik sesapa pagi-pagi buta tu. Tak payahlah jugak pagi-pagi aku nak kena berjalan-jalan ke flatlet ni. So, stay la semalam kat bilik angah. Selesa gloz duk sini. Tapi, takleh study. Tak jadi kerja. Asyik online je memanjang. Aish!

Esoknya, tumpang mandi kat flatlet. Habis kelas petang, aku tumpang mandi bilik kawan kepada rumet aku. Till maghrib. Masuk Isyak, aku ketuk pintu bilik budak depan blok aku. Tak pernah kenal pon. Semata-mata nak amek wuduk, buat-buat muka tak malu. Mujur diorang ni baik. Bagi gak aku masuk.

Pagi tadi pulak, subuh kat bilik ijat (kawan kepada rumet aku). Huh. And, pagi ni juga aku bersiram di K8E. Hoho. Sunggo banyak pengalaman merempat dari satu tempat ke tempat yang lain. Report dah buat pasal air ni. Tapi, faham-faham je la. Bukan cepat nak bagi settle. Mentang-mentang blok aku ni je yang takde air. Wahai makcik-makcik UO..cepatlah bertindak!~

P/S : Petang ni tak tau lak nak mandi kat mana...DANAU?? Haha..no way la!

Tuesday, August 4, 2009

::Yang Macam Aku::

[ aku sayang matrik kedah! rindu gila kat C-Mart!]


Salam,

Semalam gembira. Hari ini sedih. Gembira sedih gembira sedih. How come u. Huh. Up and down. Kurus gemuk. Besar kecil. Semuanya kontra. Hidup macam roda. Hari ni kat atas, sok kat bawah. Hari ini ceria sikit, sok sedih banyak. Itulah hidup manusia. Bila kita gembira, kadang-kadang kita lupa diri. Suka sangat punya pasal. Tak sedar diri. Bila kita sedih, kita ingat balik diri kita. Waktu ni baru la nak bermuhasabah diri. Manusia oo manusia. (yang macam aku).

Ujian demi ujian datang dalam hidup kita. Menjadikan kita lebih matang untuk hidup. Orang kata 'learn from mistake'. But sometimes kita lupa nak ambil iktibar. Kita selalu ulang perkara yang sama. Again and again. Nampak sangat tahap kematangan kita tak mencapai piawai yang ditetapkan. Lemahnya manusia ni. ( yang macam aku)

Dalam masa kita menuntut ilmu ni, orang yang kita sayang pun pergi. Seorang demi seorang.(tanpa kita sedari). Kita kurang hargai mereka bila mereka ada di depan kita. Once mereka dah pergi, baru kita akan rasa kehilangan mereka. Kita pun tak tau kan apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kadang-kadang kita suka kata ('KALAU LA' aku tau ini akan jadi....)..semuanya kalau. Ada apa pada KALAU? (tak baik fikir macam ini kan). Teruknya manusia niiiiiii..(yang macam aku).

Bila kita terlalu gembira, kita sendiri tak tau sama ada apa yang kita buat tu betul atau salah. Kita fikir betul. Orang lain kata salah. Bila orang tegur, kita mula nak naik marah. Sebab kita selalu fikir kita yang betul tatkala kita terlalu gembira. Lost control agaknya. Bila orang tegur kesalahan kita, kita baru tersedar, tersentak, terkesima dan tergamam (kot). Kita mula garu-garu kepala dan baru nak cakap.."alamak..bersalahnya aku"..masa tu kita dah tak boleh buat apa dah. Masa dah berlalu. Benda dah berlaku. Kita sudah buat salah. Dont say if i could turn back the time..(impossible my dear!). Insan oo insan...(yang macam aku).

P/S : Jangan mudah mengalah. Life must go on~

Saturday, August 1, 2009

::Hari Ini dan Semalam::


Salam,

Semalam tido lewat. Tak tau la pesal pe lately susah sangat nak tido. Dulu 1200am dah terbaring atas katil. Sekarang ni 200am pun mata duk rasa segar lagi (tambah-tambah duk depan letop). Aish. Susah tido pun jadi masalah.

Semalam juga masa leka berfacebook, ada orang ketuk pintu kuat-kuat. Rupanya ada fire drill. Ceh! Kecoh je. Dah 3 tahun duk kolej ini, maknanya ini la kali ke-3 aku turun untuk fire drill. Mujur tak rentung macam kat Saina dulu. Haha. Dengan pakai seluar tido warna hijau pucuk pisang, sweater merah and tudung pink. (Kombinasi kaler yang capub!). Yong yong yong aku turun dataran. Terlupa nak tukar seluar (kalut punya pasal). Dari jauh, orang sure dah nampak aku. Rumet dah gelak-gelak kat aku. Cit. Tak patut betul. Tapi, biarlah. Malas. Gelap-gelap kat dataran tu mana la ada orang akan cam aku.

Semalam sempat qada tengok cite BioNik, La Dolce Amira and Nur Kasih. Semuanya best!

************************Itu kisah semalam*************************

Pagi tadi berazam nak siapkan assigment CPR (U3). Alhamdulillah done at last! (lega tak terkata). Penat perah otak memikirkan ayat-ayat power nak kasi dalam assignment ni. Huh! Dah lama tak buat karangan BM. Tu pasal lambat je gerak otak ini. Lunch tadi pon makan maggi kari je.( punya la tak sedap). Sekarang baru sedar maggi tu sebenarnya bukanlah sedap mana pon. Dulu je gila maggi. Sekarang dah tak. (Lega). Tak yah susah-susah beli maggi. Maggi pon mahal kan sekarang ni. Huh!

Lepas siap assigment, tekun bermain rubik. (Tah bila nak cekang main benda alah ini)


P/S : Takde motif tulis entry ni. Saje nak bercerita. Saya bosan ketika ini. UUuuu~
Related Posts with Thumbnails