:::ORANG-ORANG MANIS:::

Saturday, August 22, 2009

::Tercapai AddMath 100%!::


Salam,

Tengok title entry ni mesti ada yang rasa tuan punya blog ni terkagum sendiri kan..tak pun syok sendiri. Kan? Ah. Ini just cerita lama. Cerita expired! Since form 4 and form 5 (mengimbau zaman kegemilangan dulu-dulu kala).

Dulu..
Addmath lagi senang dari mathmode..(bagi aku)
Aku sangat minat addmath..sangat-sangat!
Buku latihan warna merah keluaran PELANGI tu hampir lekang dan belacan jadinya..
Gara-gara pulun sangat study and buat latihan and so on..
Sekarang buku tu pun dah tak tau duk kat mana..
Teringat kat Cikgu Latiff..
Dia sangat baik dan ajar dengan penuh semangat..
Buat aku bertambah semangat mau skor A..!
Tapi..
Sekarang ni dah lama tak jumpa dia..

Fikir-fikir..
Kalau apa yang aku belajar sekarang sama macam mana aku belajar dulu..
Alangkah seronoknya..
(dalam usaha memotivasikan diri sendiri)..

--> 0+0=0 pun perlukan pembuktian tau.. Uhh..

P/S : Teringat semua cikgu terutamanya cikgu Matematik dari darjah 1 till form 5. Kalian sangat berjasa.(^_^)

Thursday, August 20, 2009

::FADHILAT SOLAT TERAWIH::


Salam,

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua muslimin dam muslimat di seluruh dunia. Syukur ke hadrat Ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi Ramadhan pada tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dan membawa keberkatan dalam hidup kita. Amin =)

--->Mohon ampun dan maaf atas semua salah dan silap selama ini. Maafkanlah yea. Salam Ramadhan.

Fadhilat Solat Terawih :

Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T

Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman ).

Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.

Malam 4 : Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang² yang membaca kitab² Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat² yang tawaf di Baitul Ma’mur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu² dan tanah² mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa² orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.

Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.

Malam 11 : Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap² kejahatan dan keburukkan.

Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.

Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 : Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 : Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi².

Malam 18 : Seru Malaikat ; "Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 : Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang² solehin.

Malam 21 : Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap²dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 : Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 : Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 : Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.

Malam 26 : Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 : Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.

Malam 28 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.

Malam 29 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 : Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama ‘Al-Kauthar’."

P/S : Tengah arrange jadual untuk Ramadhan kali ini.

Wednesday, August 19, 2009

::Muhasabah Diri::

Salam,
[ Doa Muhasabah Diri ]

Selalu benar kau manjakan diri matamu memandang keindahan,
Kelak kau mudah menjadi pelupa,

Selalukanlah memujuk matamu memandang kedhaifan,
Kelak kau akan menjadi pengingat..

P/ S : Dalam proses pemulihan kini. Noktah.

Tuesday, August 18, 2009

::Perlu ke Ber 'BoyFriend' sekarang?::

Salam,


Bila dah masuk final year ni, isu boyfriend(BF) pon orang suka tanya-tanya.

*Dah da ke belum BF?
*Sape?
*Bila nak ada BF?

erk..kecoh je. Pesan mak pulak, dia suruh cari BF masa kerja nanti. Tapi kawan pulak kata nanti bila dah masuk alam kerja, laki-laki yang ada masa tu mungkin dah ramai yang berpunya atau sebahagiannya laki orang. (Maklumlah zaman sekarang laki hampir pupus). Ohho! Takkan aku nak berlakikan laki orang..minta simpang oke. Pastu mak kawan pulak suruh ada BF bila dah nak grade kelak. Fuyoo..macam beli karipap je cari BF ni. Huh!

Nampaknya mak-mak sekarang ni risau bila anak mereka ni belum ada BF walaupun umur baru menjangkau 21 tahun. Bagi aku, masih muda tahap ni. Buat apa kalut-kalut mau berBF? Lagipun, kadang-kadang agak pening kepala bila berBF ni.( belajar daripada pengalaman kawan-kawan). Belajar dulu la sampai habis. Sampai seru insyaAllah..jodoh pasti ada. Itu yang selalu aku ingat. Berusaha pun perlu, tapi bukan sekarang (kot). Berusaha mencari jodoh. (kelakar je rasa ayat ni)

P/S : Tak kurang hebat juga kawan aku sorang ni. Bila dah masuk final year, buat proses pemilihan calon bini. Hoho.

Monday, August 17, 2009

::Hasil Ujian Diagnostik::

Salam,

Since petang tadi AEA dah siap diberi makan 'ubat', aku gerak ke Dewan Gemilang. Terasa mau buat ujian Talasemia dan ujian kesihatan. Hasilnya :

Tekanan darah : 120/70 mmHg
Glukos Darah : 6.8 mmol/dl
Kumpulan darah & Rh : B+
Kolesterol Total : 5.0mmol/dl

Berat : 40.9kg
Ketinggian : 153.1cm
Indeks Jisim Tubuh : 17.4
Lemak tubuh : 19.2%

Mujur lemak tubuh ni menghampiri kedudukan average normal wanita. Tapi, BMI kurang. Huh. Teruskan aktiviti kuat makan. Itu pesanan mereka untuk aku.

P/S : Dah penat belai AEA. Pasni jangan wat hal lagi oke. Penat!~
Related Posts with Thumbnails