:::ORANG-ORANG MANIS:::

Tuesday, April 13, 2010

::Single Bukan Tak Laku::

Salam,

Single Bukan Tak Laku? 

Aku join group ni dalam FB beberapa hari lepas. Group ni sangat sesuai dengan orang macam aku. Hehe. Single single jugak, tapi tak bermakna single ni tak laku. He. Banyak pendapat orang-orang di luar sana. Macam-macam komen ada dalam group tu. Aku join sebab aku suka title name group ni. Haha. Sengal.

Petang tadi aku baru lepas jawab 1 paper exam. Environmental law. Alhamdulillah dah selesai. Tapi, no komen la sangat. Tak cukup masa. Lenguh gila tangan pulun tulis punya pasal. Ada yang hantam jugak. Standardlah kan kalau exam. Selalunya kalau tak tau, main hantam je la jawabnya. Hehe.


 Bersama Kak Wani tersayang. (^_^).
( Dah lama tak tempek muka sendiri kat blog. hee. Saja choose gambar ni. Buat tambah semangat hadapi hari-hari mendatang. Hooooo)

Oh, ya. Hari ni dah keluar jadual viva (pembentangan tesis). dalam spin. Cukup teruja bila tengok giliran aku tepat pada jam 945-1000am, 28 April 2010 and my examiner is Dr Azmin. Ouh..apakah nasib aku pada hari itu? Takut betul. Tapi, yang pastinya, aku nak tengok dulu sahabat-sahabat baik aku present pada 26 dan 27 April. Harap korang dapat present dengan riang supaya aku tak gelabah pada hari bertuah itu. Heee~
P/S : Masa semakin cepat berlalu. Mari cipta kenangan terindah di ipta tercinta ni sebaik mungkin ;)

Friday, April 9, 2010

::Makan...Makan..::

Salam,

Ya. Update lagi. Bagus tol kamu ya. Bila nak habis study ni? MasyaALLAH...hesh. *Marah dengan diri sendiri*. 

By the way, aku baru lepas makan Tomyam Sotong.(saja nak habaq). Beli kat sebuah kafe dalam area ipta ni je. (ok la. bagi hint je). Tak sangka betul. Hari ni saje aku asyik makan makanan yang dimasak ala-kadar je. Hangin gak la. Yela, Kita bayar, tapi orang yang berniaga tu masak ala kadar je. Nak makan pon tak lalu tau. Aku rasa macam nak sumbat-sumbat je makanan yang diorang masak tu dalam mulut diorang. Tengok sama ada diorang lalu makan ke tak. Heshh! Tapi sebab aku lapar, aku makan jugak. (sedihnya dengar). Slow-slow. Kalau dah perut tu tak leh terima, memang aku stop. Takut nanti termuntah lak kang. 


Siang tadi, aku makan nasi lauk ikan keli bakar. Tapi, sedih. Nasi itu mentah. Ikan keli pon macam tak fresh je rasa. Dinner lak aku makan nasi putih tomyam sotong. Tapi, seolah-olah aku makan nasi putih berkuahkan tomyam semata-mata. Tak sangka kuah dah sedap, tapi sotong ya..alahai..lembik semacam. Pelik gila rasa. Mak aku tak pernah masak sotong sampai jadi macam tu. Awatlah hari ni asyik makan masakan yang macam ni. Breakfast je aku boleh betul-betul telan sebab aku sental mcD. Huhu ;p

Semalam lak aku makan Nasi Goreng Black Pepper Chicken kat sebuah restoran ni. Eksklusif gila tempatnya. Bila tengok menu je, waa....harga semuanya RM5 ke atas. Air pon semuanya RM2 ke atas. Waa..nasi goreng yang aku makan semalam sahaja dah RM8.20. Peerghhh...Besar angkanya, rasanya..erm..boleh lah (sebab aku lapar kot). Haha. Tapi, abang-abang kat restoran tu hensem-hensem belaka. Pandai tauke kedai pilih pekerja. Sejuk mata masuk kedai tu. Haha. Dahla aku sorang je terpinga-pinga masuk restoran tu. Bagaikan puteri lak rasa sebab yang ada dalam kedai tu semuanya lelaki berbaju oren. Kihkih...gatal!

Ok. Sekarang, masalah aku adalah seperti berikut :

i) Dah bosan dengan makanan yang ada kat area tempat aku belajar ni.( agak ngada je!)
ii) Kafe kolej aku tutup sampai bulan 5. (baru aku tau semalam)
iii) Aku heran la napa SESETENGAH peniaga makanan ni sanggup masak ala kadar je...(marah betol!)
iv) Aku selalu keseorangan bila tiba waktu nak makan malam and hujung minggu..(simpati dengan diri sendiri)
v) Serabut bila fikir nak makan apa bila perut mula bunyi-bunyi. (krukk...krrrrukkkkk)
vi ) Tak boleh fokus study kalau perut tengah lapar. (Heshh!)

P/S : Entry ni banyak berkisar pada apa yang aku makan lately. Motif? Berangan nak jadi pengacara jalan-jalan cari makan la kononnya. Ceyhhhh ;p

Thursday, April 8, 2010

::Awat malas nie..::

Salam,

Sejak balik ke UKM, aku makin takde mood nak study. Selasa depan dah start exam. Tahniah la..~ Malas betul la. Ke mana perginya semangat aku nak study macam dulu-dulu? Stay up kat library sampai 1 2 pagi. Gigih gila! Sekarang ni..malas! Yang rajin update blog, ngadap letop! Hesh! (macam sekarang ni la..aa..disebabkan sekarang ni pukul 7 lebih, dimaafkan! heee~)

Ini jadual exam aku : (saja nak habaq)

13 April 2010 : Environmental Law
22 April 2010 : Asas Pengurusan Kewangan
23 April 2010 : Isu Pilihan
.
.
.
.
28 April 2010 : Viva ( maybe)

Wish me all the best! hehe..;)

:: ikan-ikan di Pulau Manukan::

Lepas tu, nak enjoy jalan puas-puas! Release tension sekejap. Ada yang mau join? ekeke. tawaran hebat! ;)

P/S : Tanamkan semangat ' saya suka bila exam tiba!'. :) ;) ;)

Wednesday, April 7, 2010

::Erm..::

Salam,

Yeay! Dah selamat sampai UKM. Dah lepas rindu nak jumpa my hero, mum and others. ;)
Puas hati la dapat lepak kat rumah 5 hari. Gulai ikan nyok-nyok dapat makan, main boling pon dapat. Nak jumpa member lama pon dapat. Alhamdulilah. Sambal petai ja tak dapat lagi. Orang jarang jual petai la kat tempat aku tu. Penat melilau cari kat pasar. Tapi takpela. Tunggu bulan depan. Ada rezeki, dapatlah telan.

Hari-hari baca paper. Banyak benda yang tak sangka berlaku. Takziah buat keluarga arwah Din Beramboi. Semenjak dia meninggal, ada pulak yang ambil kesempatan ceroboh masuk rumah dia. MasyaAllah..dugaan dugaan. Simpati dengan isteri arwah dan anak-anak dia. Ketua dalam keluarga mereka pergi dalam keadaan yang agak awal. Belum sempat anaknya bekerja dan balas jasanya. Mungkin Allah lebih sayangkan dia. Percayalah semua ni pasti ada hikmahnya. Bila tengok keadaan anak dan isteri yang ditinggalkan, tiba-tiba  rasa nak kongsi cerita tentang something yang happened to seorang hamba Allah ni sejak 5 tahun lepas. Now dah 2010. Tak sangka. Cepat sangat masa berlalu buat dirinya.

Hamba Allah ni anak bongsu. Ada 4 beradik. 2 kakak dan 1 abang. Sejak masuk form 4, ditakdirkan dia kena belajar di sekolah berasrama. Walaupun masih dalam negeri yang sama, tapi perjalanan dari rumah ke sekolah almost 2 hours. Mula-mula memang dia tak biasa. Maklumlah sebelum ni pergi sekolah ulang alik dari rumah. Makan minum tidur semuanya kat rumah. Tiap-tiap hari duk rumah. Bila kena duk asrama, dah mula berjauhan dengan mak bapak. Mula lah kena belajar manage diri sendiri dengan baik. Bangun pagi, awal-awal, solat jemaah ramai-ramai, cop turn (after! after!) untuk mandi n makan, pergi riadah, balik kampung naik bus bila tiba cuti atau hujung minggu. Semuanya dia belajar sendiri since masok sekolah berasrama. Namun, alhamdulillah. Dia dapat survive walaupun mula-mula tu ada la 'hujan' walaupun dah berusia 16 tahun. Haha. Bila masuk form 5, bulan Mac 2005, Allah mula uji dia. Abahnya dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang akibat jangkitan kuman dalam buah pinggang. Sejak 1993, abahnya telah lama hidap penyakit buah pinggang. Everyday kena cuci buah pinggang 4 kali sehari. Guna CAPD. Not hemodialisis. Pengalaman tengok abahnya cuci buah pinggang guna CAPD tu makin hari makin biasa dalam hidupnya. Mungkin bagi orang yang baru tengok, agak ganjil dan kekok, Dan mungkin seriau semacam. Sebab di perutnya ada satu wayar yang ditebuk untuk memudahkan air ubat masuk dan cuci by using CAPD. (I dunno CAPD stand for what).

Then, sejak dapat tahu abahnya dimasukkan wad, dia rasa benda biasa  je n hope abahnya dapat pulih dengan cepat sebab sebelum ni pon abahnya selalu jugak masuk wad dan lepas seminggu, dah ok. But, this time is different. Hampir 2 minggu lebih abah masuk hospital dan tak sembuh-sembuh. Dalam masa 2 minggu tu, hanya sekali dia berpeluang balik ke hospital jenguk abahnya since dia masih sekolah and tinggal dia asrama pulak. Susah nak ulang alik dan takkan selalu mau ponteng sekolah pulak. Dia mula rasa tak sedap hati. Pernah kawan baiknya yang sudah tiada ayah masa kecil cakap kat dia suruh balik hospital sekali  lagi jenguk abah kat hospital. Kalau tidak, mungkin akan menyesal. Bila dengar kawannya cakap macam tu, mulalah rasa lagi tak sedap hati. Pergi jumpa cikgu bahagian hal ehwal pelajar, minta kebenaran nak balik hujung minggu sebab nak jenguk abah sakit kat hospital. Itupun cikgu susah nak percaya and dia ingat budak ni main tipu. Sebab at that time, banyak student mau balik rumah and rekacipta pelbagai alasan. Sampaikan bila maknya call pihak sekolah and cakap pasal abahnya sakit, barulah cikgu tu bagi kebenaran nak balik. Sunggoh kecewa dengan tindakan pihak sekolah. Sampai macam tu sekali. Kalau bab-bab sakit ni, susah orang nak tipu. Tapi, apapun, dia dapat jugak kebenaran nak balik rumah minggu tu. Perancangan Allah memang baik sekali.

Petang Khamis tu, dia mula cari bas di Alor Star dan turun di Butterworth. Naik pulak feri dengan berpakaian baju batik sekolah. Keseorangan. Orang tengok pelik, pandang-pandang. Tapi dia tetap cool. Hanya teringatkan abahnya, dia jadi kuat dan nak sampai ke hospital cepat-cepat. Ini kali pertama dia ke hospital sorang-sorang dengan public transport. Sampai di jetty, cari pula bus mini untuk ke hospital. Tanya orang. Nasib orang tu bagi direction yang betul. Dalam bus, duduk sebelah uncle cina. Nasib baik dia bagitau kat mana kena turun walaupun badannya berbau semacam. Uh. Kalau tak, dah melepas ke mana hala budak tu. Sampai di hospital, jumpa maknya dulu sebab maknya memang sentiasa di hospital teman abahnya. Saat jejak kaki di hospital tu, air mata mula nak jatuh bila tengok abahnya tengah menjalani proses hemodialisis. Since kena infection, abahnya dah tak pakai CAPD. Kena guna hemodialisis. Tengok banyak gila wayar yang bersalutkan warna merah darah. Cukop meremangkan bulu roma tambah-tambah bila tengok orang yang kena tu is abah sendiri. ;(

4 hari dia bermalam di hospital dengan mak, kakak dan abang. Tidur tak lena. Makan tak lalu. Tapi, disebabkan lapar, gagah gak la makan. Kadang-kadang abang tidur tepi abah, maknya dan yang lain tidur di surau. Betul-betul rasa merempat masa tu. Tiba pagi Isnin, barulah gerak balik ke sekolah semula. Abangnya hantar sampai ke stesen je. Dalam hati berat gila dia rasa nak pulang. Cuma doa saja yang boleh semoga abahnya cepat-cepat sembuh. Air mata jadi murah tatkala itu. Sunggoh murah. Asyik kejatuhan membasahi bumi. Peritnya rasa bila nak meninggalkan abahnya di hospital dengan keadaan yang terlantar begitu. Suapan aiskrim wall's paddle pop untuk abahnya semalam asyik terbayang di fikiran. Menambahkan lagi rasa sayu di hati. Sedangkan sebelum ni, abahnya tak pernah meminta untuk kongsi makan aiskrim sama-sama apatah lagi makan aiskrim bekas gigitan anaknya. Namun, maknya pesan, kalau orang yang sakit minta nak makan itu ini ,bagi je la walaupun dia tak boleh makan. 

Next Monday, sebelum pergi kelas prep (petang), dia sempat call maknya untuk menanyakan tentang keadaan abah. Masa tu tak boleh bawa handphone ke sekolah. Guna public phone. Dengar suara mak, cakap abahnya ok. Macam biasa. Tapi, suara putus-putus. Lepas tu, prefect mula buat announcement suruh tinggalkan kawasan asrama dan kalut-kalut dia gegas ke kelas. Sementara tunggu waktu Maghrib, dia bersembang dengan ahli dorm yang lain. Ramai-ramai bercerita itu ini sambil makan roti cicah air teh. Masa nak ke toilet untuk ambil wuduk, ada kawannya tegur cakap yang kakaknya ada di bilik warden. Dia macam tak percaya, tapi gigih pergi usha di balkoni bilik warden dan kelihatan seorang kanak-kanak kecil dan dua orang perempuan muda. Sekali pandang, dia rasakan kawannya tipu, tapi bila pandang kali kedua, ternyata itu memang kakaknya. Dalam hati, Allah saja yang tahu. Laju gila dia lari ke bawah dan pergi ke balkoni bilik warden. Sebaik tengok mata kakaknya yang sudah merah tu, jantungnya bukan main berdegup kencang. Dalam fikiran, mula fikir tentang abahnya. Dan apa yang difikir tu memang betul. Kakaknya cakap, 'abah dah takde'

Dengan spontan, dia menjerit-jerit dan menangis macam budak kecik. Semua penghuni asrama yang lain tengok drama sebabak tu. Bayangan muka abah masa kat hospital mula terjah ke fikiran satu demi satu. Memang betul orang cakap, bila emosi mengatasi akal fikiran, segala yang dilakukan ada kalanya di luar kawalan. Tidak semena-mena, dalam keadaan yang sedih dan terkejut tu, dia memeluk orang lain. Bukan kakak sendiri. Dia tak sedar apa yang dia buat. Sampaikan bila kakaknya suruh kemas barang dan pulang ke rumah, baru dia bergegas balik ke dorm dan kemas barang yang perlu bawa balik. Air mata menjadi semakin murah masa tu. Sampaikan rasa kering. Dah taknak keluar dah. 

Malam tu, jenazah arwah abahnya tiba di rumah lebih kurang pukul 10 malam. Suatu perasaan sedih dan hiba teramat sangat tatkala melihat jenazah abah sendiri masuk ke dalam rumah. Seakan hampir meraung dia dan kakaknya macam dah tak tentu arah. Mujur ada maksu dan pakngah mereka yang datang tolong tenangkan perasaan mereka. Kelihatan mata maknya sudah merah dan tiada lagi tangisan. Barangkali mungkin kerna sudah penat menangis. Pengalaman melihat jenazah abah sendiri di depan mata memang sukar dilupakan. Setelah berminggu-minggu abahnya meninggalkannya sekeluarga, lama jugak masa yang diambil untuk dirinya pulih seperti biasa. Mahu meneruskan hidup seperti biasa. Sebab ada jugak insan lain yang sama status sepertinya, dan ada yang lebih teruk dialami oleh orang lain, tapi mampu hidup dan berdiri seperti biasa. Bila mengenangkan kesusahan orang lain, dia menjadi semakin tabah dan tenang sebab dia tahu apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sejak ketiadaan abahnya, dia mula belajar hidup dengan lebih berdikari. Jika dulu ada abahnya yang akan menjemputnya di stesen bas tatkala pulang ke rumah di hujung minggu, kini tiada lagi. Sama ada naik bas ataupun teksi. Pasrah. Pesan maknya, jangan nak mengada-ngada sangat. Belajar urus diri sendiri tanpa susahkan orang lain. Berbulan-bulan lepas itu, peperiksaan SPM berkunjung tiba. Alhamdulillah. Segalanya dapat dia lakukan walaupun sudah 6 bulan abahnya tiada di sisi. Dan yang pasti semua subjek yang diambilnya lulus walaupun tidak semua A1 tercatat dalam slip keputusannya. Lepas SPM, cuti yang ada digunakan sebaiknya. Pada masa inilah, baru dia belajar untuk bayar bil eletrik sendiri, bil api, bil telefon, beli beras, beli minyak dan segala kerja yang abahnya lakukan dulu seolah-olah diambil alih oleh dirinya since maknya tak pandai nak drive transport sendiri. Abangnya pula kerja di Kuala Lumpur  pada masa tu dan kakaknya juga masih belajar jauh di tempat orang. Namun, semua itu amat bermakna dalam hidupnya  walaupun baru berusia 18 tahun ketika tiu dan sehingga kini,  segala yang berlaku dari awal penceritaan abahnya sakit sehingga titisan nafas terakhir masih segar dalam ingatan. Sehingga tarikh 4 April 2010 yang lalu, genap 5 tahun ianya sudah berlalu. Al Fatihah buat arwah abahnya.

Kini, anak-anak arwah sudah bekerja. Dan ada yang dah berkahwin. Cuma yang bongsu masih belajar. Kehidupan dalam keluarga arwah semakin baik. Ditambah dengan kehadiran seorang cucu comel. Alangkah bahagianya seandainya arwah masih ada dan dapat berkongsi kegembiraan ini bersama-sama. Tapi, anak-anak arwah percaya bahawa Allah lebih menyayangi arwah abah mereka dan arwah pasti sedih jika tahu anak-anaknya yang masih hidup ini berfikiran sebegitu rupa. Yang pasti, mak mereka selalu berpesan supaya redha dengan setiap ketentuanNya kerna DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. =)

Berbalik kepada cerita yang berlaku kepada keluarga arwah Din Beramboi baru-baru ini, aku rasa simpati sebab tatkala mereka tengah sedih dengan pemergian arwah, ada pulak yang mengambil kesempatan. Sunggoh tak bertimbang rasa. Sekarang manusia semakin hilang pertimbangan bukan? erm. aku berharap agar keluarga hamba Allah yang diceritakan dalam cerita di atas ini selamat daripada sebarang kejahatan, bencana dan perkara-perkara buruk. Amin..

P/S : Entry pertama dalam bulan April yang begitu panjang. Maaf kalau rasa penat membaca. Thanks pada yang sudi baca sampai habis.;)

Wednesday, March 31, 2010

::Hutang tag 2::

Salam,

Hari ni macam tak betul sikit. Asyik nak blogging je. Tangan gatal. Haha. Mood berombak-ombak datang. Kali ni nak jawab tag dari Pak Long Sifu. Dah lama dia tag aku, now baru nak jawab. Hehe. Peace...;)

Hye all!

1. Apakah hubungan anda dengan dia?
My first nephew! Love him so much!

2. 5 impression terhadap dia.
- comel
- tembun. debab.
- suka hisap jari masa tido
- suka renyeh depan kamera.
- buat maksu dia rindu gila kat dia!

3. Perkara paling memorable dia lakukan pada awak?
Hehe. TERbuang air kecil ke tangan maksu masa maksu cuci punggung saye. Aiyoo..

4. Perkara yang paling memorable yang dia katakan pada awak?
Zaquan masih kecil. Mana reti cakap lagi. ;p

5. Kalau dia kekasih awak?
Haha. Tak padan.

6. Kalau dia jadi musuh awak?
Aiyo..nanti maksu belikan mainan. Hehe.

7. Kalau dia kekasih awak, awak akan?
 Aish..kan dah cakap tak padan. Eeiii!

8. Kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana
Tak dapat mainan kereta control..

9. Overall impression tentang dia
Tomei teramat

10. The most desirable thing to do to him/her
Dukung dia erat-erat! Bawa jalan siar-siar.

11. Apakah awak rasa pandangan orang terhadap awak?
Entah..

12. Apakah sebenar perangai anda?
Happy go-lucky + moody yang bertempat.

13. Perangai anda yang anda benci?
Lately, asyik buat kerja yang sama berulang kali. Aishh..nyanyuk ka. Penat ulang-alik. Uwu~

14. Orang yang anda ingin bersama
Future husband! ;)

15. Katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda.
Wahh..ada ke orang suka aku? Haha.
Buat yang single, kalau kahwin nanti jangan lupa jemput aku.
Buat yang dah kahwin, semoga bahagia selalu ;)

16. Tag 5 orang. (Tak nak jawab tag ni pon takpe, tapi i nak list kan je, boleh?)
1. Fathi
2. Zeida
3. Nisah
4. Iema
5. Qema

17. No 2 ada hubungan dengan siapa?
Not sure. Tapi sekarang, dia tengah sibuk berhubung dengan Mr T. ^^

18. no 3 laki ke perempuan? ada hubungan dengan siapa?
Dia girl. Hubungan dengan mamat korea kot. Hihi ;)

19. NO 1 single kah?
Setahu aku, dia masih single. Tak tahu la kot-kot dalam diam dah ada yang berpunya. Hehe

20. NO 4 belajar apa?
ouh. dia amik statistik kat Uitm Shah Alam. Sekarang tengah praktikal. Rindu sama minah nie!

21. No 5 buat ape?
Study kat UiTM Shah Alam gak. Minah ni pon aku rindu sebab dah lama tak jumpa! Hoho. Dengar cerita macam dah ada orang merisik dia. Wahhhhh~

P/S : Penat yuew jawab tag. Hollaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
Related Posts with Thumbnails