:::ORANG-ORANG MANIS:::

Friday, July 17, 2009

::Sunggo Tak Patut::

Salam,

Aku baru pulang dari Low Yat and Times. Sunggo penat la naik public transport ni tambah-tambah kalau orang ramai. Plus delay lagi. Aiyo..enough la..yang penting aku dan barang2 berharga aku selamat dari penculik, penyagak, penyeluk saku dan yang sekutu dengannya.

[ Kejadian hari ini ]

On the way
pulang ke UKM, stop at food court KL sentral for a while. (isi perut). Just order laksa Penang + jus carrot susu coz dah lama aku tak makan laksa. Hampir suku aku makan, tetiba aku nampak something dalam mangkuk aku tu. Kecewa tak terkata dow! Ini bukan kedai mamak la. Aiyo! Please la! Tak patut betul la. At last, aku tinggalkan je. Malas nak kecoh-kecoh.



Then, another thing yang tak patut tu bila ada la segelintir mamat-mamat ni smoking at area no smoking. Elo? Tak reti baca notis ke. Dah di 'reserved' tempat yang open smoking, pergi je la melepak situ. Geram betul la. Laksa 'buat hal'+ smoker lagi. Memang terbantut selera aku. Sabar je la.

Cakap pasal smoker ni, aku pon hairan la. Tahla. Tersangat hairan. Tambah-tambah bila tengok ada bapak-bapak muda yang smoking sambil mendukung anak kecil. Aiyo! macho la konon. Sedap-sedap hembus asap, anak lak kena sedut asap rokok. Secara tak sedar, anak dia pon leh kena penyakit kanser. Fikirlah sama untuk orang lain. Susah nak stop smoker ni unless mereka dapat hidayah dan ada kesedaran sendiri nak stop habit tu

Aku memang dislike gler smoker coz aku sangat pening kepala bila terhidu asap rokok. Dislike ok? Not hate. (Lain tu). And panas hati tambah-tambah kalau ada yang datang merokok kat restoran sebelah meja or berdekatan dengan aku. Nak makan pun takde selera tau. Terasa nak tutup hidung ja and lari duduk kat meja lain.

Bila aku tengok orang smoking, aku selalu tertanya-tanya. Apa la yang sedap sangat kat rokok tu? Dahla rokok tu salah satu punca yang boleh menyebabkan mereka-mereka itu mati awal. Mahal pulak tu. Bertambah hairan bila seseorang itu smoking lepas makan or minum sambil baca surat khabar. Aiyo. Khusyuk gila nampak. Aku yang hairan keseorangan.**

P/S : Kebersihan menjamin kesihatan. Kesabaran mencermin peribadi kita =) [ agak banyak membebel kali ini ;p]

Wednesday, July 15, 2009

::Last Day::

Salam,

Hari ini last day for Hari Terbuka fac aku (FST). Kelas aku hanya pada pukul 2-4 petang je. Pagi tadi, aku berkesempatan melepak-lepak dan menolong apa yang patut di booth Kelab Maths. Girang bukan main lagi kerna ditemani oleh si Zahid yang comel ni. Haha. Aku dengar dari cerita budak-budak junior yang ada something interesting at Bangunan Bio and Kimia. Apa lagi..terus serbu pergi sana. Hehe..

Seriously i said, since 2 tahun aku belajar kat UKM ni, ini la 1st time aku masuk makmal coklat kat Bangunan Bio tu. Nasib ada arrow je. Kalau tak, maybe akan sesat. Sampai sana, memang ramai budak-budak sekolah dan aku berkesempatan melihat cara coklat dibuat. Tak sangka lak ada jugak coklat buatan UKM ini. Sedap! Bukan nak puji ok? But, memang sedap! Sape yang tak pergi tu rugi la. Dapat makan coklat free lagi taw. Hehe.

After that, kitorang masuk lab untuk extract DNA, BMI, Cholestrol and cek darah. Budak-budak sekolah again! Ramai betul. Kat sini, aku berkesempatan cek darah sahaja sebab orang terlalu ramai n my type of blood is B+! Dah lama tau aku tak masuk lab cenggini. Last masuk masa kat matrik. Dah lama tak pegang conical flask, termometer, rod kaca, agen chemical, mikroskop and so on. Ahha! rindu gler..and really excited bila aku masuk lab tu tadi sebab.. (Budak math only have computer lab, that's why ter'happy' sakan bila masuk lab bio).

P/S : Tak berkesempatan masuk lab kimia. Dah lama tak sebut term-term bio+chem. Dan hajat nak makan manggis tercapai akhirnya. Thanks to Nadiah yang comel dan baik =)

Tuesday, July 14, 2009

::Pelajaran Baru::

Salam,
Baru 3 hari aku tak update blog. Rasa nak cerita je pe yang berlaku kat aku since Saturday ago. But, no need la. Bukan orang nak tau pun kan. Ngeh2~ Anyway, dah lama aku tak masukkan bahan berilmiah dalam blog aku ini. Since dah 2 hari FST mengadakan Hari Terbuka, aku dapat belajar banyak benda dan of course dapat kenal dan jumpa ramai orang! Huhu. Kali ini aku nak sharing something new yang aku baru belajar kelmarin. Seronok tapi harus sabar+teliti. Guess what??

*************TAADDDDDDDDAAAAAAAAAAAAAA*****************

Aha! This is what we called 'origami'. Macam-macam bentuk kita boleh buat. Since dah ini program under Pusat Pengajian Sains Matematik(PPSM), so aku belajar buat bentuk yang ada bucu dan kiub. Seriously memang senang je! Tapi, kalau tengah-tengah tension, baik tak payah buat. Nanti lagi bertambah tension tau. Hoho~

Kat sini, aku cerita sikit cara-cara nak buat origami ni.

1. Untuk bentuk yang kecil, kena sediakan paper berukuran 5x5 cm.

2. Lipat dua (bertemu sisi) kertas tadi dan lipat ke tengah garisan yang telah terbentuk.

3. Lipat hujung bucu di sebelah kanan bawah dan lipat ke dalam. Lipat juga untuk bucu yang bertentangan.

4. Lipat kedua-dua sisi ke tengah.

5. Lipat bucu kiri di sebelah bawah ke dalam dan selitkan lipatan tadi ke dalam sisi bersebelahan.

6. Buat juga untuk bucu kanan di sebelah atas.

7. Alihkan lipatan tadi ke posisi belakang dan lipat membentuk segi tiga.

8. Lipatan terhasil seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah. Untuk menghasilkan kiub, anda perlu lipat kertas tadi dengan menggunakan cara yang sama sebanyak 6 kali. Bagi bentuk 12 bucu, anda perlukan melipat sebanyak 12 kali.

9. 12 lipatan yang terhasil.

10. Sekarang, kita perlu cantumkan kertas tadi satu demi satu. Caranya, masukkan hujung bucu ke dalam ruang yang ada pada kertas yang satu lagi.

11. Setiap bucu yang terhasil memerlukan 3 helai kertas hasil lipatan. Anda perlu cantumkan kesemua hasil lipatan tadi dan akhirnya..

12. Origami terhasil.

'Selamat Mencuba!'

**************************************************************************

Back To Story.!

Hari Terbuka FST dah berlangsung sejak kelmarin lagi. Macam-macam aktiviti dan pameran diadakan. Seriously aku betul-betul rasa enjoy dengan kawan-kawan sejak bergelar student 3rd year ni. Haha. Hidup lebih bermakna dengan kawan-kawan sekepala dengan aku. Ya..ya. Mereka semua sangat menarik dan tertarik. Dan kini aku lebih mengenali lecturer di PPSM dan FST berbanding dulu. Hehe. =). Anyway, special thanks to Prof Salmi dan Prof Mas coz belanja budak-budak Maths semalam. (Cuma satu je..Aku terlepas pelawaan jeli kelapa dari Dr Eddie) .Huhu..

P/S : Excited tengok "Serangga ranting" kat dalam DAM tadi. Budak Maths dah lama tak tengok benda-benda cenggitu. Sekali tengok, perak bukan main. Contoh terbaik, aku la..;)

Saturday, July 11, 2009

::Saya Masih Sayangkan Anda::

Salam,

Jika kelmarin aku bosan tahap dewa, hari ini aku gembira tahap gaban. Hoho. Seronok bila keluar dengan kawan-kawan sambil bershopping apa yang patut. Hehe. Bukan membazir ok?
Since duit biasiswa dah masuk semalam, ada la semangat dan berperasaan sedikit untuk aku keluar berfoya-foya hari ini even ada lagi assignment yang tak siap. Takpe. Letak sebelah dulu. ;p
Hajat di hati nak window shopping je, namun kerambangan mata menjadi-jadi sejak aku jejak kaki di Sogo dan MidValley. Hoho (ayat takleh blah!). Ok la. Dalam banyak-banyak barang aku beli, aku paling sayang this one! Even taklah mahal sampai mencecah 3 4 angka, tapi aku suka! (sesuai la dengan aku yang masih student ni..hehe).

Yang belah kiri ni jam lama. My mum bagi since aku form 3. Hampir 6 tahun aku pakai. Masih elok, cuma bateri je lemah ini. Patut tak jalan. Disebabkan aku malas nak p tukar dan rasa nak pakai yang baru, so decide to buy the new one. (membazir ke??). Tapi, yang lama tetap simpan la.(saya masih sayangkan anda). Tinggi nilainya sebab hadiah dari my mum. =)

P/S : Hari ini terserempak ramai budak UKM kat Mid and Sogo. Macam re-union je. Yang kantoi dengan aku pon ada...wahaha!~ (Shhh..shhhsshh..)

Friday, July 10, 2009

::Tetamu Istimewa::

Salam,

As i said before in the last entry, hari ini aku free. Terperap dalam bilik macam tak berkembang je minda ini rasa. Whatever la! Assigment baru sentuh sikit. Yang lain-lain aku abaikan dulu. Sungguh tak ketahuan aku hari ini. Lost direction je rasa. ;(

By the way, petang tadi tak diduga betul. Aku dapat kunjungan dari tetamu istimewa yang tak diundang. Since dalam rumah hanya ada 2 orang je, quite sunyi la. Lepas azan Asar, aku masuk toilet untuk ambil wuduk and rumet aku tengah kemas meja study. Pintu terbuka sebab nak bagi angin masuk dan ruang tengah ni nampak cerah. Tetiba je rumet aku jerit-jerit. You guess what?? Hoho. Kera masuk bilik kitorang dan amik roti atas meja. Siap bawa anak dia lagi. Khusyuk betul dia makan and bijak pulak tu buka penutup jem strawberry. Kelakar je tengok. Aku yang terpinga-pinga ni terus keluar dari toilet and ambil handphone untuk buat video. Ngeh2~ Around 5 minit dia geledah bilik kitorang, terus dia keluar tanpa disuruh. Lega!~ 5 minit kemudian aku dengar perempuan dari aras mana tah pulak jerit-jerit. Haha. Sah! Kera masuk sana pulak. (itulah tetamu istimewa aku pada petang ini)^^

Pengajaran : Petang-petang jangan buka pintu. Kalau nak lagi selamat, simpan semua makanan dalam loker.

P/S : Terasa macam duduk dalam kawasan zoo plak. 'Bahagia+tension' belajar dengan dikelilingi haiwan sebegini. Hoho.

** Atas permintaan poppy and suhaiyl, i had been succesfully upload this video. (imej kurang menarik coz hp murah and banyak shaking..)**

Related Posts with Thumbnails