:::ORANG-ORANG MANIS:::

Sunday, February 28, 2010

::Percubaan Pertama::

Salam,

Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini, aku sangat nervous untuk menceritakan sesuatu dalam entry kali ini. Haha. Pagi tadi, aku telah menyertai Pertandingan Rubik's Cube anjuran Fakulti Ekonomi dan Perniagaan yang diadakan di Dewan Anuwar Mahmud (DAM). Wahh..begitulah nervous hati ini walaupun aku hanya sekadar suka-suka untuk join game ni. Tidak menaruh harapan langsung untuk menang. Jauh sama sekali untuk merebut takhta juara kerna aku tahu masih ramai lagi di luar sana yang hebat gila dalam menyelesaikan rubik dengan begitu pantas sekali. Teruja i tau tengok peserta lain tadi. Haha. Nak dijadikan cerita, aku hanya layak ke pusingan ke-3 sahaja. Berbeza dengan kedua-dua rakan aku yang berjaya mara hingga ke pusingan ke-4. Tahniah kepada Famy dan Syik. Korang berjaya dapat top 10 gitu. Wahhh~


Di sini, aku cuma upload 2 video untuk korang tengok. Jom layan. =)






Amacam? Hoho. Seriusly, boleh dikatakan setiap peserta memang berkebolehan solve rubik 3x3. Tapi, perasaan gugup, nervous, gementar gila dan psiko dengan kehebatan peserta lain membuatkan ada je step yang tersalah atau pergerakan rubik tidak smooth. Ada je yang tersekat. Huhu. Juara rubik tahun ni mencatatkan masa terpantas berbanding tahun lepas, iaitu 36 saat. Apapun, pengalaman menyertai pertandingan rubik cukup menggembirakan aku walaupun hanya mendapat sekeping sijil. Ekeke. ;)

P/S : Habis main rubik, terus pergi Bukit Jalil. Hoho. Tired tapi best! ;)

Saturday, February 27, 2010

::5 Insan Bertuah Pilihan Hatiku::

Salam,

Disebabkan satu tugasan telah siap pada hari ini, maka aku dengan semangatnya nak jawab tag dari Pak Long Sifu. Ekeke. Dah lama tak kena tag oo. Syok juga main tag walaupun macam budak-budak pun ada sebenarnya. Hihi. Whatever, janji aku happy! =)



1. MAKANAN
-->> Ketam masak lemak cili api, gulai pisang, sambal belacan, gulai nyok-nyok...fuhh...semua tibai ( yang halal sahaja). Tolak kayu, batu, besi ja.

2. BAHAN BACAAN
-->> Blog orang lain. Something yang bagi faedah buat aku. Novel? Dah lama gila tak layan. ;p

3. RANCANGAN TV
-->> Dah lama tak tengok tv. erk. tatau cita apa yang best sekarang ni. dulu masa cuti, layan cita NA O MEI. Sekarang tatau dah jadi apa cita tu. Dah lama tak follow.

4. KEPERIBADIAN 
-->> Muslimah yang bertudung. Periang dan adakalanya 'moody' bila angin tak baik datang menjengah sekali sekala.

5. HOBI
-->> Melancong, pergi pulau, blogging.

6. IMPIAN/ HAJAT DI HATI
-->> Sama macam Pak Long Sifu. Nak p Mekah. Senang dapat kerja kelak, dapat balas jasa mak, dipermudahkan jodoh (suami yang baik + hensem, anak yang sihat + comel). Pendek kata, bahagia SEUMUR HIDUP bersama orang-orang tersayang! ;)

Ok. Sekarang dengan riang hatinya, aku nak tag 5 insan bertuah pilihan hatiku. Ekeke : )

-->> Cik Tinta Hati
-->> Cik Nisah Yahaya
-->> Ummi
-->> Cik Nurul Ain
-->> Cik S.A.S.A

 Mereka dipilih berdasarkan kekerapan mengupdate blog dan mereka semua perempuan. Aku malas nak tag lelaki sebab aku tau lelaki kebanyakannya malas nak jawab tag except PakLOngSifu. Ekeke. So, for them yang ditag, jangan lupa jawab ok! Penawar di kala stress dengan kerja menimbun. Haha. Cool girls! ;)

P/S : Nantikan entry yang akan datang. Aku pun nervous nak tunggu entry akan datang. Haha. Segalanya akan terjawab esok. ;)

Friday, February 26, 2010

::Bergurau Biar Bertempat::

Salam,

"Bergurau biar bertempat"

Kadang-kadang kita tak sedar, kita ni dah terlebih bergurau dengan orang lain sampaikan perasaannya terguris. Walaupun sedikit, tapi tetap terguris. Niat kita mungkin hanya sekadar nak bergurau, namun lain pula jadinya. Mungkin dengan gurauan kita kadang-kadang boleh menitiskan air mata seseorang. Who knows? Manusia ni ada yang sensitif. Ada yang kental. Ada yang lemah emosi. Macam-macam.

Situasi pertama :

Ditakdirkan pada suatu pagi, kawan sekelas (lelaki) anda menyatakan perasaan cintanya pada anda. Siap berbunga-bunga lagi ayatnya. Contoh terbaik :

"Dari dulu lagi saya suka awak. Saya nak bagitau awak, tapi saya takut. Saya takut awak tolak cinta saya. Pertama kali saya tengok awak, jantung saya berdegup laju. Tak tentu arah saya dibuatnya tiap kali terpandang senyuman awak. Saya sanggup buat apa saja demi awak. Gunung lautan sanggup saya redah, asalkan awak terima cinta saya. Saya terlalu cintakan awak dari dulu lagi..i love you"
Ok. Pagi dia cakap macam tu. Malam pulak dia cakap macam ni :


" Hye there..sorry. Pagi tadi saya gurau je. Takde niat apa-apa pun. Bye!"


Apa perasaan anda? Rasa nak sepak laju-laju ke?

Situasi kedua :

"Buat apa la kau p apply jadi FA. Bukannya segak mana pon. Dan satu lagi, apsal la kau ni gigih sangat nak sambung belajar tinggi-tinggi weyh. Sok-sok nanti kena masak sayur kat dapur tu gak..jaga laki bagi makan.."

Situasi ketiga :

"Kenapa kau takde boyfriend lagi cik kak? Aku rasa time-time sekarang ni kalau still takde boyfriend, alamatnya macam tak laku jeeee..heee"

 Tak pun dia cakap macam ni :

"Aku rasa kau ni desperate nak ada boyfriend la. Desperate gila. Pe kata nanti bila dah habis belajar kau tampal iklan besar-besar depan umah  kau dan tulis  besar-besar " Sapa nak kahwin dengan aku?"..sambil gelak besar dan berkata.."weyh...aku gurau je la.."

Patut ke bergurau sampai perlu keluarkan kata-kata macam yang kureng sedap di dengar ni? Walaweyh..hati yang sensitif mana tahan dengar isu-isu cenggini. Haha. Terluka dalam-dalam kot!


P/S : Serius aku tengah hungry gila sekarang. Lantas entry ni terhasil! Huh! (takde kena mengena kan? Otak laju fikir macam-macam)

::Agak Sakit Telinga la::

Salam Maulidur Rasul ;)

Tahun ni tak tengok pon mana-mana perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Rasa macam ada buat kat kampus ni, tapi macam tak dengar riuh rendah pulak pagi tadi. Walaupun tak dapat tengok mana-mana perarakan sempena Maulidur Rasul tahun ni, banyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W pun dah cukup bagus. Dapat banyak pahala ;)

Kelmarin baru tamat segala jenis Mid Exam. Antara semua mid exam sem ni, exam Asas Pengurusan Kewangan la yang paling teruk aku jawab. ;(
Ok. Sekarang lupakan APK. Fokus untuk kerja-kerja lain. Itu lebih bagus ;)


Tapi, nak cakap sikit here. Pasal bunyi mesej dari handphone yang meleret-leret. Bunyi mesej ok? Bukan bunyi calling. Bunyi yang bising, dahla lagu tak best. Panjang. Dan ada yang sesetengah tu pulak, selagi dia tak klik button kat handphone, selagi tu la handphone dia berbunyi-bunyi. Rimas and annoying kot. Tambah-tambah kalau dalam komuter atau bus. Dah tahu orang ramai dalam tu, pleaselah buat ringtone yang slow atau standard saja. Takpun vibrate sahaja sebagai alert ada mesej masuk. Kalau setakat 2 3 mesej je masuk, acceptable lagi. Ini berpuluh-puluh mesej. Senang cakap, sepanjang perjalanan. Tak kurang juga kalau orang yang selalu kita jumpa tiap-tiap hari. Pakai ringtone yang panjang dan makin lama makin kuat bunyinya. Kadang-kadang buat habis bateri je rasa. Mungkin bagi situasi mereka, ringtone itu dapat realize kehadiran mesej. Tapi, kalau handphone memang terang-terang duduk atas meja atau sentiasa melekat di genggaman tangan, tak perlu kot pasang ringtone panjang-panjang. Buat rosak mood orang lain je yang tengah tekun study, tekun kerja atau yang tengah solat. Tak gitu?

Dulu masa mula-mula pakai handphone, aku pun pasang ringtone yang panjang-panjang. Haha. Habis kena marah dengan kak and abang aku. Sebab handphone aku lah yang paling kerap bunyi berbanding mereka. Jadi, kadang-kadang tu bila tengah time makan, ada yang terkejut lantaran bunyi handphone aku yang kuat, bising dan agak annoying. Haha. Lagipun, ada kalanya aku sendiri terkejut bila mesej masuk time aku tengah khusyuk tidur sama ada lewat malam atau awal pagi. Erk. So, lama kelamaan aku sedar juga yang bunyi mesej ringtone 'cicak' lagi bagus. ;)

P/S :  Lagu 'Pemergianmu' nyanyian kumpulan INTEAM tersangatlah best and touching!!

Tuesday, February 23, 2010

::Settle. Done!::

Salam,

Alhamdulillah. Semalam terbuka juga hati ni untuk apply master at USM. Sebelum ni tak teringin langsung nak isi borang walaupun borang sudah ada depan mata. Datang dari mana tah kekuatan tu..tiba-tiba terasa perlu untuk apply. Just two only. UKM n USM. Itupun dah cukup memeningkan. Sebabnya, aku cukup malas nak isi segala borang-borang ni. Sebabnya, ada sesetengah tu renyah bukan main. Sebabnya lagi, nak pengesahan la, slip gaji la, penjamin la, penyokong la, wang pos la, dua salinan la, setem lagi la. Bercakap pasal wang pos ni, rasa kelakar pulak jadi anak Makcik Sharifah ni. Huhu. Sebab dia seringkali buat kerja pak pandir..Sedangkan dia cukup benci buat kerja ulang-alik banyak kali. Tapi, dia buat jugak! (Erk. salah tu..TERbuat!)

Ada yang tak pernah tengok wang pos ke? Hehe. Jangan risau. Aku dah suruh pakcik Google tunjuk kat sini.


Entahlah aku ni mamai apa la masa isi wang pos hari tu. Gigih p sign and letak no IC kat bahagian penerima. Pagi ni, bila aku nak isi wang pos untuk USM, baru tersedar. Aku dah tersalah sign untuk wang pos UKM rupanya. Wah. Then, beli semula la jawabnya. Calculate calculate..around rm100 and above dah habis hanya untuk isi borang master sahaja. Dapatnya belum tentu lagi. Waa...bukan main berkira lagi yea. Hoho..bukan pe..cumanya terfikir makin lama belajar, makin banyak duit terbang. Tapi, takpa. Yang penting, ILMU berlipat ganda. =)

P/S : Ada yang dah countdown days left at here. Hooo..maju betul!
Related Posts with Thumbnails