:::ORANG-ORANG MANIS:::

Wednesday, March 31, 2010

::Hutang tag 2::

Salam,

Hari ni macam tak betul sikit. Asyik nak blogging je. Tangan gatal. Haha. Mood berombak-ombak datang. Kali ni nak jawab tag dari Pak Long Sifu. Dah lama dia tag aku, now baru nak jawab. Hehe. Peace...;)

Hye all!

1. Apakah hubungan anda dengan dia?
My first nephew! Love him so much!

2. 5 impression terhadap dia.
- comel
- tembun. debab.
- suka hisap jari masa tido
- suka renyeh depan kamera.
- buat maksu dia rindu gila kat dia!

3. Perkara paling memorable dia lakukan pada awak?
Hehe. TERbuang air kecil ke tangan maksu masa maksu cuci punggung saye. Aiyoo..

4. Perkara yang paling memorable yang dia katakan pada awak?
Zaquan masih kecil. Mana reti cakap lagi. ;p

5. Kalau dia kekasih awak?
Haha. Tak padan.

6. Kalau dia jadi musuh awak?
Aiyo..nanti maksu belikan mainan. Hehe.

7. Kalau dia kekasih awak, awak akan?
 Aish..kan dah cakap tak padan. Eeiii!

8. Kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana
Tak dapat mainan kereta control..

9. Overall impression tentang dia
Tomei teramat

10. The most desirable thing to do to him/her
Dukung dia erat-erat! Bawa jalan siar-siar.

11. Apakah awak rasa pandangan orang terhadap awak?
Entah..

12. Apakah sebenar perangai anda?
Happy go-lucky + moody yang bertempat.

13. Perangai anda yang anda benci?
Lately, asyik buat kerja yang sama berulang kali. Aishh..nyanyuk ka. Penat ulang-alik. Uwu~

14. Orang yang anda ingin bersama
Future husband! ;)

15. Katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda.
Wahh..ada ke orang suka aku? Haha.
Buat yang single, kalau kahwin nanti jangan lupa jemput aku.
Buat yang dah kahwin, semoga bahagia selalu ;)

16. Tag 5 orang. (Tak nak jawab tag ni pon takpe, tapi i nak list kan je, boleh?)
1. Fathi
2. Zeida
3. Nisah
4. Iema
5. Qema

17. No 2 ada hubungan dengan siapa?
Not sure. Tapi sekarang, dia tengah sibuk berhubung dengan Mr T. ^^

18. no 3 laki ke perempuan? ada hubungan dengan siapa?
Dia girl. Hubungan dengan mamat korea kot. Hihi ;)

19. NO 1 single kah?
Setahu aku, dia masih single. Tak tahu la kot-kot dalam diam dah ada yang berpunya. Hehe

20. NO 4 belajar apa?
ouh. dia amik statistik kat Uitm Shah Alam. Sekarang tengah praktikal. Rindu sama minah nie!

21. No 5 buat ape?
Study kat UiTM Shah Alam gak. Minah ni pon aku rindu sebab dah lama tak jumpa! Hoho. Dengar cerita macam dah ada orang merisik dia. Wahhhhh~

P/S : Penat yuew jawab tag. Hollaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

::2 April 930am::

Salam,

Tenang rasanya today. Lega. Suatu perasaan yang sukar digambarkan tatkala melangkah keluar dari bilik seorang pensyarah. Segala planning untuk hari ini done one by one. Tiket nak balik ke Parit Buntar pun dah beli untuk pagi Jumaat ni. Hehe. Sukeee~ ^^ Pukul 930am. So, kena gerak awal. Tak nak dah jadi macam dulu. Bus meninggalkan aku di Pudu. Eh, ke aku ditinggalkan bus? Haha. Whatever. Kenangan yang 'manis' gitu~

:: ala-ala potret family ::

Dah lama tak balik rumah. Rindu sangat. Rindu katil. Rindu nak tengok tv dengan family. Rindu nak main-main dengan my hero. Rindu nak makan masakan mak.  Rindu nak pergi pasar malam Parit Buntar. Rindu nak naik PJF dan WQM. Rindu kat abang (erk.macam pelik je. gadoh sokmo) . Rindu nak sembang dengan mak n kakak. Sembang macam-macam. Lepak petang-petang depan tv sambil makan cucur jagung n air teh. Segalanya ku rindu. Penangan rindu yang hebat dan luar biasa lantaran kerja yang begitu banyak setiap hari. Menghadap kajian ilmiah, assignment, presentation, quiz, mid..and coming soon..F.I.N.A.L! Memang rutin hidup pelajar begini kan. Akur. akur. ;)

P/S : Bahagianya hidup ketika ini. Terima kasih Allah. Alhamdulillah ;)

Sunday, March 28, 2010

::Hutang tag 1::

Salam,

Ini hutang tag yang pertama. From Aswad. =)

1. Adakah anda rasa anda HOT?
Erm..12-4pm memang hot kat bilik aku ni. Kipas buka 5 pun tak rasa apa.

2. Upload gambar wallpaper laptop yang anda guna sekarang.

3. Cerita pasal gambar ni.
Ni kat ladang teh Cameron Highlands. Aku suka gambar ni sebab bila aku buka laptop, aku rasa macam nak golek-golek dalam gambar ni. Haha. Tenang. Ni masa 2008. Bercuti dengan family. rindu nak p lagi ;(

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Semalam. Haha. Bersama Awie Cheng Ho di Alamanda. Nikmat tol makan pizza bagi orang yang ngidam macam aku.

5. Lagu terakhir yang anda dengar.
Westlife- Open your heart.

6. Apakah yang anda buat selain menjawab tag ni?
Dengar lagu. Surfing internet.

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
Echem..
Makcik..
Cik..
Adik..
Sizuka..

8. Tag 8 orang.
Malas nak tag sesapa. Sebab semua orang sibuk dengan kerja masing-masing. Boleh je kan? Hihi.

Disebabkan ku tak tag sesapa. proceed to Question 15. (hehe..buat pala sendiri)

15. 5 perkara tentang orang yang tag anda :

i) ceria
ii) orang Kulim
iii) belajar kat UiTM Melaka.
iv) Anak sulung
v) masih single. hehe.

16. Persamaan kambing dan lembu:
 Susunya baik untuk kesihatan.

17. Perasaan anda buat tag ini.
Sedikit bersalah sebab lambat jawab. Hehe. Sorry yea Mr Aswad.

18. Adakah anda tau si Razman tu sengal?
Mestilah tak. Ku mana ada kawan nama Razman ni.

19. Gay or less?
?????

Ok. Done.

P/S : Hutang tag yang lain akan dijawab kemudian. Sabar-sabar.

Saturday, March 27, 2010

::Short Updated!::

Salam,

You must clean your shoes once in a while.




Why?
.
.
.
.
.





See..

macam best je..

sumbat lagi..sumbat..

ok..stop..


pengsan seketika..hidungku merah..



aduhh...help me!

haha. benar-benar berlaku ke? comel je mukanya masa pengsan. sakit perut aku gelak. btw, moralnya basuhlah kasut selalu, takpun jemur, takpun sembur je dengan ambipur. erk. apa tah nama untuk kasut tu. lupa da..sembur la pepun, janji bebas daripada sebarang bau dan bakteria. haha.

Dinner semalam biasa je. Yang pasti ku melantak makan semua walaupun taklah sedap sangat. Huhu. Terasa femes seketika sebab ku duduk bersama-sama kalangan geng pari-pari. Bersayap-sayap gitu. Kagum ku tengok kegigihan mereka semua yang menimbulkan sayap semalam. Hehe. Ku malas nak bersayap, mahu makan ja banyak-banyak! ;)

P/S : Dah lama tak tempek muka sendiri kat blog kan?.. Haha.

Thursday, March 25, 2010

::Kepulangan::

Salam,

Sangat dah lama tak update blog. Hoho. Hutang tag pon banyak lagi tak terjawab. Sorry yea friends! Nanti i jawab oke..insyaAllah. Last updated 4 Mac. Today dah 25 Mac. Almost 3 weeks tak jenguk blog. Uwuwu. Sangat-sangat busy lately. Banyak kerja perlu settle. Alhamdulillah. Now makin reduce one by one. Rindu tau nak berblogging here. Bebel-bebel and so on. Haha. Motif??

2 hari lepas, aku buat pasport kat Hentian Kajang. Sangat tension! Almost 1 hari spend day kat sana. Nak hantar form saja kena tunggu 2 jam lebih. Nasib baik semuanya selesai hari tu jugak. Sistem sangatlah tak sistematik. Orang sangatlah ramai, kaunter yang dibuka pulak sangatlah tak banyak. Menjadikan keadaan sangatlah sesak. Hoo..(ayat ape ni aa)..Patutlah bila aku google pasal pasport ni, ramai giler bercerita pasal pengalaman buat pasport. Hoho. Menguji kesabaran yang tinggi tau~

" mari bersiar! " 

Sementara tunggu turn tu, ada akak ni datang duduk sebelah aku. Then, dia tegur aku dulu tanya no giliran berapa. Tup-tup baru tahu dia tu kerja kat Pusat Kesihatan UKM. Hehe. Dia sangatlah ramah dan funny! So, takde la aku bosan sangat. Macam-macam dia bercerita itu ini. Gaya dia bercerita pon kelakar. Tergelak-gelak aku bila sembang dengan dia. Reduce sikit tension ni. Petangnya lak aku ditemukan dengan seorang makcik ni. She's look very nice. Ahad ni dia mau p Istanbul and Turki sebab teman husband atas urusan kerja. Wow! Dia yang p, aku lak seronok terlebih! Mulalah berangan-angan nak cari husband macam tu. Kan best?? 

Next week ku mahu pulang ke Kedah. Mula dah nak fikir makan pe kat rumah nanti. (sambal petai, ketam masak lemak cili api, gulai ikan nyok-nyok,  gulai pisang...) ouh..sume favouriteku! Sob3..pasti dapat ditelan satu-satu nanti. And the most reason aku nak balik sebab nak jumpa my hero la..haha..ZAQUAN NAIM..waa...sangatlah rindukan dia. Baru ku tahu perasaan bila dapat anak buah. Ini baru seorang, belum lagi sepuluh.Waa..kalau anak sendiri, lagilah kan. Rindu tiap masa tiap saat~ ^^

       "umi ni, belikan zaquan baju pink plak."

 P/S : Malam sok ada dinner. Langsung takde feeling nak dress megah-megah macam orang lain even sok la dinner paling last kat Ukm ni. hmm. (ku ingat nak makan banyak-banyak je!) =P

Thursday, March 4, 2010

::'Angin Taufan'::

Salam,

Hangin satu badan today! hoo...dah lama tak hangin macam ni. sekali kena, memang kaw-kaw aku hangin! Tau sebab apa? Meh nak cita. Pernah dengar ' customer is always right' ? Pernah? Good kalau pernah. Siang tadi, aku lunch kat salah sebuah kafe kat kampus aku ni. (bagi hint sudah). Ok. Time 1230pm. Memang prime time. Waktu puncak. Orang akan ramai. Tapi, masa aku singgah ke kafe tu, takdelah crowded sangat. Aku tempah nasi goreng kampung dengan teh ais. Lama gila aku tunggu. Nak dekat sejam. Geramnya..geramnya. Masalahnya orang bukan ramai sangat datang makan kat kafe tu, tapi lembap gila buat kerja. Hoo. Aku sabar lagi. Teh ais siap sudah. Aku bayar and terus minum sebab dahaga gila dengan cuaca yang panas ni. Hollaaa...teh ais cair (ceroi) gila! Hampesnya...dahla minah yang buat air aku tu asyik buat
muka takmo senyum langsung. Bila aku tanya, buat-buat busy lak. Bukan nak layan customer pon. Nyampahnya aku tengok. Masa aku nak bayar, ada mamat sebelah aku order milo ais. Dalam hati, aku macam nak cakap je kat mamat ni '"Baik kau order kat kedai lain." Hoo. tapi aku diam je la. Malas. Nanti kata aku gila lak.


Ok. Itu baru satu. Second, semalam aku dapat flyers pasal servis penghantaran burger ke bilik student. Cas penghantaran cuma 20 sen. Menu yang ada burger ayam, hotdog, sandwich, air milo and so on. Yang pakej pon ada. Menarik bukan main lagi. So, pas maghrib tadi, aku excited bukan main mesej no budak ni untuk tempah burger ayam special since dia kata nak hantar depan bilik. So, tak yah lah aku kuar. Kan senang. Then, aku tempah pukul 8pm. Pukul 9pm baru sampai depan bilik aku. Holaa..rasanya kalau aku p beli burger kat kafe kolej aku pon dah siap. Tak yah tunggu sejam. Siap dah digest dalam perut dah. Ho..dalam flyers tak mention pon masa untuk penghantaran tiba adalah SEJAM! Ngek betol la. Cukuplah sekali aku order. Pasni sorry! One more, burger ayam tu takdelah special mana pon. Kedekut sayur tul!

Ada lagi yang aku hangin. Nanti aku cite lak. Sekarang nak sambung buat kerja lain. Saja gedik nak marah-marah dalam blog. Haha. Sengal.

P/S : Sapa nak ajak aku kuar AHAD ni? Hari darurat buat warga kampus ini. (katanya)

Related Posts with Thumbnails