:::ORANG-ORANG MANIS:::

Sunday, August 16, 2009

::Minggu yang Bahagia::

Salam,
[ my H.O.M.E ]

As readers know, last week aku balik umah. Hoho. Bahagia tak terkata dapat jumpa semua kazen aku yang sengal mengal tu. And sabtu lepas (150809), kenduri arwah diadakan di rumah tok aku ( depan rumah aku je). Sudah sebulan aku tak balik rumah, banyak benda berlaku rupanya. Dari kisah dalam rumah till orang kampung, semuanya mak aku bercerita. Sabtu lepas je ada 6 kenduri arwah diadakan di kampung aku tu. Huu. Cuaca pun ok. Alhamdulillah. Pendek kata, semuanya berjalan lancar.

And guess what? Aku dapat jugak makan ketam masak lemak cili api! Yuhuuu! Memang bahagia la balik kali ni. Semua aku nak makan aku dapat. Baru je cakap kat mak pagi tu mau makan ketam. Terus dia masakkan malam tu. Huhu. Dah lama tak makan ketam. Sekali makan, memang lama aku korek-korek isi ketam.

************************TAAAAAAAADDDDDDDAAAAAAAAA*******************

[ masakan mak ]

Ada yang bertanya : "Macam mana nak kenal jantan betina ketam?"
Jawapan : Senang je. Kalau jantan, belakang badan dia bentuk macam V. Kalau betina, separuh bulat. My mum said, kalau nak beli, beli yang betina. Banyak isi. Tapi, aku rasa sama je. Huhu.

P/S : Ada orang nak lawan boling nanti. Berkobar-kobar mahu rampas takhta kejuaraan dari aku. Takot takot. Uuh~ nantikan!

Friday, August 14, 2009

::Lelaki ini. Dot Dot Dot::

Salam,

Sebelum nak tulis entry ni, termenung aku depan laptop. Berfikir fikir and fikir. About one of kaum Adam ni. Mudah gila putus asa. Apa faktor penyebabnya ya kalau jadi cenggitu?

" Study tak study, baca buku tak baca buku, gi kelas tak gi kelas, sama je tak leh jawab soklan..
Aku da malas, aku dah tak larat, aku dah tak tahan......................"

-copy paste-

Ini contoh ayat orang give up. Sekarang baru peringkat belajar. Belum lagi kerja. Kalau sudah kerja, haru biru hidup anak bini dia kelak. (In case if he can't change). Kesian juga tengok. Tapi, geram jugak. Marah pon ada. Sebab? Dia kawan aku. Takda sebab lain.

Setelah di analisis la kan, aku rasa punca UTAMA dia jadi cenggitu la kan :
==> Tak pernah nak fikirkan harapan mak ayah dia yang nak kan dia berjaya dalam hidup.
==> Terlalu selfish dan bertindak ikut perasaan untuk memusnahkan masa depan sendiri.
==> Terlalu sensitif ( laki perlu ke layan sensitif ni ha?)

Aku harap lelaki itu cepat-cepat la sedar dan kembali ke jalan yang benar. Masa masih ada. Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri yang mengubah nasib mereka. ( not really sure, tapi lebih kurang macam ni bunyinya). Sedarlah. Aku sebagai kawan taknak tengok hidup anda di UKM ni terhenti separuh jalan. Berusahalah sebaik mungkin! InsyaAllah Allah pasti bantu kita. Yakin dengan pertolongan-Nya.

P/S : Tangan aku dah lenguh-lenguh pas tulis 2 entry pagi Jumaat ni. ( Dah tak kuat macam dulu)

::ConvoFair UKM '09::

[ comel kan baby ni walaupun kurang mempunyai rambut..hee ]

Salam,

Semalam pergi Pesta Konvo dengan geng-geng burung gagak hitam ni ( Wana, Atun, Zahid, Nisah, Blink2, Mimi, Yani, Sue, Fura, LA, Ejah, Anes and Wani). Sempoi betul! Riang tak terkata. Since perasmian started on semalam, of course orang ramai. And disebabkan aku tergedik sangat nak jugak ke sana even tahu badan tak berapa sihat, kena la pakai mask. Girang gila main dance mat even aku kalah di tangan Wani. Haha. Baling bola tenis pun tak kena tin. Tapi persis gak kena sebab 3 tin je degil tak nak jatuh. Huh. Yang paling kelakar main dart. Ketiga-tiga balingan aku melayang-layang. Terpesong gila. Apa la. Haha. Tiada bakat (kot).

Semalam balik pon dah lewat sampaikan ubat pon lupa nak makan (alasan). Sampai bilik pon langsung tak ngantuk (sebab tak telan ubat batuk pas maghrib tadi). Hihi. Online apa yang patut (FB, YM). Till 1 lebih aku pasrah. Mata dah kuyu. Decide mau tido sudah.

Pagi ini bangun dengan semangat waja. (pasal nak balik umah hari ini). 632am terjaga dan lepas solat Subuh terasa mau online (and berblogging). Hee. Tak sabar mau ketemu sama kazen tersayang! Semuanya pulang ke kampung hari ni. Ayuh kalian! Semoga aku selamat sampai ke kampung. Amin (^_^)

P/S : 5 jam je ke aku tido semalam? (jarang berlaku ni)

Wednesday, August 12, 2009

::T.A.G.G,e.D::

[ I really luv this picture! ]

Salam,

Tagged from S.A.S.A. Kena jawab dengan tekun ni. 1st time dapat tag dari budak ni. Huhu =)

1. Bekas kekasih saya adalah :
===> Erk? Terkesima tengok soalan 1st. (*garu garu kepala*).

2. Saya sedang mendengar :
===> Lagu Westlife 'Open Your Heart'.

3. Mungkin saya patut :
===> Berusaha menjalankan misi mencari calon suami kerna tahun depan merupakan tahun akhir berada di UKM. Haha.

4. Saya suka :
====> Orang buat surprise kat saya. Belanja makan dan bagi hadiah secara tidak diduga.

5. Sahabat-sahabat baik saya :
===> Semuanya sudah mempunyai boyfriend! (Anis, Shakirah, Baby, Yon dan Jue).

6. Saya tak faham :
===> Kenapa lelaki boleh biar bila isteri mereka 'free hair' di khalayak ramai? Kenapa ha?

7. Saya kehilangan :
==> ayah tercinta since 2005. So sad masa tu. Allah je yang tahu. Nobody can replace him.

8. Ramai yang berkata :
==> Saya jalan laju, cakap laju, buat keja laju. Semuanya laju. Tatau napa.

9. Makna nama saya :
==> cahaya kejayaan. Tapi, dulu my mum said nak letak nama SITI NURJIHA. Tapi, at last NOR NAJIHA yang lekat. Huhu. Suppose to be NAJIHAH. Baru bermaksud cahaya kejayaan. =)

10. Cinta itu adalah :
==> kadang2 menggembirakan saya. Kadang2 menyedihkan. Malas talk about love sesama manusia ni!

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
==> cuba mengelak dari saya. Ketika itu hujan lebat. Akibat nak mengelak, gedebuk dia jatuh tepi saya. Ouch! So pity. Tak sempat saya mau tolong dia. Dia terus bangun. Baru jadi isnin lepas kat PPSM. Kesian that guy. Huuu~

12. Saya akan cuba :
==> Skor yang terbaik sem ni!

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
==> Tanya budak sastera oke. Budak math tatau jawab. Yang dia tau 'selamanya=forever.'

14. Telefon bimbit saya :
==> dua-dua NOKIA.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
==> Saya tengok hp. Sudah pukul berapa dong.

16. Saya paling meluat apabila :
==> Servis kat kedai makan lambat, terpaksa tunggu berjam-jam untuk makan dan tak dilayan dengan sebaiknya sebagai customer di mana-mana kedai. Ngok ngek~

17. Pesta/Parti adalah :
==> menyeronokkan. Pesta Konvo sedang berlangsung sekarang di DG. Jom p!~ Parti? Parti birthday ada la buat dulu-dulu kala. Tahun 2002 kat rumah Bandar Baru tu. ;p

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui adalah :
==> Kucing exotic kat Pets Wonderland MidValley.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
==> 12( darjah 6), 15( form 3), 17( form 5) dan sekarang(3rd year). Sebab saya jadi senior pada ketika ini. Haha. KAK JIHA. Alahai~

20. Hari ini :
==> 12.08.09. Birthday kawan saya. Nama dia Mohd Khairi Aswad. Siap dapat hadiah tie kaler purple gitew. Tahniah!

21. Malam ini saya akan :
==> Berusaha menjawab assigment ke 6 Real Analysis.

22. Esok pula saya akan :
==> baca paper free kat library dan berfoya-foya di PUSANIKA. Sunggo bahagia sebab sok kelas hanya pada pukul 4-5. Yuhuuu~

23. Saya betul-betul inginkan :
==> pekerjaan yang menjamin masa depan saya. Dan...saya betul-betul ingin tahu siapa bakal suami saya kelak. =)

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
==> Alhamdulillah. Segalanya sempurna. Tiada cacat cela.

25. Pusat membeli belah atau arked permainan :
==> Of course pusat membeli belah. SOGO!

26. Makanan barat atau jepun :
==> Jepun. Sushi. Dah lama tak makan.

27. Bilik yang terang atau gelap :
==> Dua-dua pun tak kisah. Dapat juga tidur dengan nyenyak.

28. Makanan segera adalah :
==> mudah, sedap tapi kurang berkhasiat. Apapun, saya tetap makan sebab saya memang kuat makan! Perut tong katakan~

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
==> Entah. Tak ingat. Banyak sangat berkata-kata malam ni. Haha~

30. Siapa yang anda mahu tag?
==> Aku tak mau tag sesapa. Nak termuntah weyh jawab tag ni. Banyak tu. Huh!


P/S : Sekarang aku memang penakut dengan BERUK yang berbuntot merah tu since kejadian semalam kat PPSM. Huh!

Tuesday, August 11, 2009

::Bila Aku Jatuh Sakit::

Salam,

Since Jumaat lepas, aku sakit tekak. Minta kawan belikan asam jawa. Kaw-kaw kena marah dengan dia sebab tak pergi jumpa doktor lagi. Pastu nak makan asam jawa pulak. (Ape ke he..katanya)..uuu..

Dr bagi ubat selsema, ubat batuk, multivitamin, pharynx lozenges and ubat kumur. Penat nak habiskan. Aku jenis yang tak suka makan ubat. Bila dah kena makan, saja buat-buat malas nak makan.

Malam ahad, badan panas. Huu. 10pm dah tidur. Bangun pagi dah lega. Takde panas-panas. Tapi pergi juga jumpa doktor pagi isnin sebab selsema dah mula jadi. Aishh. Selsema ni paling aku tak suka. Mengganggu ketenteraman hidup.

Sekarang double ubat kena telan. Doktor bagi lagi ubat batuk. Aiya. Buat aku bertambah ngantuk. Pastu malas study. Huh~

Bila jatuh sakit, orang 1st yang aku fikir nak jumpa adalah mak aku. Aishh. Bahagianya kalau mak aku ada kat UKM ni. Leh jaga aku. Huuu~

P/S : Jumaat ni nak balik kampung. Yuuuhuuuu~ (Takde motif entry ni kan? Bila dah sakit, suka merapu bukan-bukan...ahaks~)
Related Posts with Thumbnails