Selasa lepas, aku pergi pasar malam kat Bangi shell. Gara-gara mau cari rubik. 550pm. Jalan sesak. Standard la kan. Time orang balik kerja. Tapi ni sesak luar biasa. Sebab ada road-block. Aishh! Lain kali buatlah road-block time lain. Tak sesuai langsung buat time ni. Bertambah sesak lagi ada. Aku pun jadi kecut perut mau selit selit tepi kereta ni. Tengah mencelah kereta ni, tak tau la napa aku ni gatal pergi mencelah kiri sekali. Kalau duk tengah, mungkin tak kena tahan. Ni kes macam p serah diri ja mau kena tahan.
Ok la. Polis/ JPJ (not sure) tahan aku. Dia minta lesen and roadtax. Leceh betul sebab kena buka seat pulak. Roadtax pun letak bawah seat, sapa suruh kan. Em..lepas cek roadtax, ambil lesen pulak. Tengah belek lesen tu, aku usha je orang lain yang kena tahan. Ada yang lepas, ada yang tak. Tiba-tiba orang tu tanya :
"Cuba awak senyum sikit.."
Ish. Bakpo le nak suh aku senyum lak. Aku pun senyum la dalam keadaan terpaksa sambil pening-pening lalat. Then :
"haa..baru sama muka awak dengan dalam lesen ni"
Cis. Dalam hati, aku dah gelak-gelak dah. Haha. Apa la orang tu. Itu gambar lama la. Masa aku Form 4. Memanglah terlebih ceria sikit. Renyeh sampai ke telinga. Agaga~
My Rubics Collection..luv it!!(walaupun beli kat pasar malam ja)
P/S : Sejak dapat lesen lagi, polis suka tahan aku. Leceh sunggo~
P/P/S : 1 more paper to go. Killer. Uh. Cuak!
P/P/S : 1 more paper to go. Killer. Uh. Cuak!






