Salam,
Yeuww readers!! Baru 3 hari tak update blog, dah rinduuu. Hoho. Tangan gatal nak taip kat sini, apa boleh buat. Layannnnn~
Alhamdulillah. Syukur. Hari ini 28 April 2010, bersamaan hari Rabu, masa dari 920-935, saya selaku pembentang kedua telah berjaya membentangkan kajian ilmiah untuk sem terakhir di UKM ni. Fuhh..betapa cuaknya perasaan menanti giliran untuk present tu hanya Tuhan je yang tahu. Sunggoh. Bukan nak psiko kanak-kanak lain yang belum present ( Statistik, Sains Aktuari), tapi itulah hakikat sebenarnya. Tapi, kawan saya cakap ada petua untuk atasi masalah sebegini. Hehe. Nak tau pediaa? SELAWAT BANYAK-BANYAK. InsyaAllah. Anda akan tenang dan bertenang, bertenang dan seterusnya bertenang sehingga ke slide terakhir. Benar kata member saya. Jangan panik. Senyum selalu walaupun dihantam dengan pelbagai soalan. Yang penting, anda faham apa yang anda akan bentangkan hasil kajian ilmiah anda pada pemeriksa dan orang ramai. =)
Stop pasal viva (vai-va).
Ok. Next, sekarang dilema menghantui diriku. Ramai lelaki kacak nak masuk minang aku lepas tau aku dah habis belajar ni. Penuh borang kat rumah sampai mak aku pun tak larat nak fotostet borang baru. Haha.
Ok. Stop. Aku dah merapu melalut tah hape-hape! Hehe..perasan giloz~
Sebenarnya, bukan itu. Ni tengah fikir sama ada nak sambung belajar atau nak kerja. Dalam hati, aku memang nak kerja sangat-sangat. Tapi, ada ke company kat luar tu yang nak amik aku bekerja ni? Mostly lecturer aku suh sambung belajar. "Kerajaan tak berapa ada duit untuk bagi kamu gaji untuk kerja." Huhu. And one more, sekarang ni kan banyak style paten training first 2 3 bulan and then baru serap masuk kerja dalam mana-mana company if performance bagus masa assessment during training. Contohnya macam IMGLAD, SIMA and GREATCYBERVIEW. Tapi, tak tahu pulak sejauh mana keberkesanan dan terjaminnya job yang akan dapat bila join program sebegini terutamanya IMGLAD sebab aku takde dengar lagi member-member aku masuk IMGLAD ni so far. So, how? orang kata belum cuba, belum tahu. Ouh~
Kalau sambung belajar, rasa macam kadang-kadang semangat, kadang-kadang tak. Heh. Sekarang pepun tunggu dulu keputusan dari UKM. USM je yang dah tahu. UKM belom. Nanti dapat dua-dua, baru buat decision. Tapi, hati ni teringin sangat nak kerja walaupun kena kerja dengan kerajaan selama 5 tahun. Kalau tak dapat kerajaan, kena tunggu setahun pulak untuk putus kontrak. Ouh, pelbagai karenah. Yeuuwww~
Ape ape pon, doakan semoga aku memilih jalan yang benar dan lurus demi masa depan yang cerah dan bahagia. =)
P/S : Diarrhea cukop menguji kesabaran saya pada minggu lepas. ;(







