:::ORANG-ORANG MANIS:::

Monday, March 30, 2009

::Fourier Series::

Salam,

Hidup kita ini kadang-kadang pelik kan.
Kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita nak.
Bila kita nak, belum tentu kita akan dapat kan.
Bila dah dapat, tak pasti pulak kita nak atau tak.
Kenapa macam tu?
Pelik tak?
Ke aku seorang je yang rasa macam tu?
Hmm.
Tak pasti.^^

P/s : Membebel sebelum tidur. XD

Sunday, March 29, 2009

::New Thing::

Salam,

Minggu ini aktiviti aku hanya terperap dalam bilik. Membuat assignment. Sungguh bosan+pening. Kaki ini gatal je nak melangkah ke Mid Valley. Teringin lagi nak pergi ke Pets Wonderland. Sangat suka tengok kucing-kucing exotic, Parsi and so on kat situ. Lucu la tengok telatah mereka. Haha^^

By the way, pagi tadi aku mempelajari sesuatu yang baru. Atas ajakan 'mereka', aku pergi la main even aku tahu aku memang tak pernah main permainan tu dan tak reti main. Haha. Mainan yang simple. Sila rujuk gambar di bawah^^

Huhu. Aku suka belajar benda yang baru. Aku mengaku aku memang takde bakat bermain mainan ni. Aku belajar dari 'jurulatih' tak bertauliah selama sejam. Itupun tetap tak pandai main. Lastly, aku surrender. Haha. Tapi, at least aku mencuba kan?? Tengok 'mereka' main. Nampak simple je. Tapi, mungkin dek kerna tangan aku yang tak pandai mengcontrol bola yang ringan tu, akhirnya kerja kutip bola je. ;p

Huh...

P/s : Thanks to 'mereka' kerna mengajar aku belajar benda yang baru. ^^

Friday, March 27, 2009

::Sound Trouble::

Salam,

Semalam, kepala aku sakit sangat. Mungkin akibat mengadap depan laptop terlalu lama plus minum nescafe 1 mug. Sehingga jam 3 pagi baru dapat tidur. Itupun penat ku berusaha memejamkan mata. Mujur nyenyak juga tidur plus mimpi 'seseorang'. Rindu kepadanya tak pernah hilang. Tapi, mimpi hanya mainan tidur. Abaikan.

Sejak-sejak ini, aku selalu rasa tak sedap badan. Tak sedap hati. Mungkin sebab aku suka fikir yang bukan-bukan. Itulah kelemahan aku. Time aku sedih + hiba..barangkali? Macam-macam yang aku fikirkan. Orang bilang, kalau sedih, kita fikirkan la benda atau perkara yang menggembirakan kita. Ya. Memang betul. Kadang-kadang ketawa sendirian. Haha.^^

Di sini, aku ingin berkongsi satu cerita lucu ketika aku berada di Tingkatan 5. Ini kisah pasal 'sound trouble' punya hal. Haha. Ok. Nak dijadikan cerita, dulu masa di asrama outing hanya dibenarkan 2 minggu sekali. Bergilir-gilir. Ikut turn boys and girls. Kebetulan pada minggu itu outing boys dan dinner batch aku jua diadakan pada hujung minggu tersebut. Zaman dulu kamera jenis pakai kodak. Student lagi. Digital ini kira mantap gler ah kalau sape ada masa tu. Huhu. Ok. Kalau kamera jenis pakai kodak ni, kena la beli kodak nya kan. Masa itu, kebetulan kamera aku kehabisan kodak. Jadi, aku fikir aku nak kirim je kepada budak laki kelas aku suruh beli kodak untuk tangkap gambar masa dinner nanti. Lantas, terfikir si mamat Aidi yang baik hati lagi suka menolong orang ni. Hihi. Yang lain skema and susah nak bercakap. Control agaknya. Ha. Aku pun tak tahu la apa yang difikirkannya semasa aku pesan suruh beli kodak.

"Aidi, sok outing kan? Tolong belikan kodak kat aku,leh? Jenis konica, 36 n 200. Kalau takde jenis konica, ambik kodak. OK. Nah RM10. Ingat taw!"

Aku siap tulis lagi atas kertas dan bagi kepadanya lantas beredar. Keesokan harinya, selepas perhimpunan pagi, terserempak dengannya dekat toilet. Aku senyum. Dia buat tak nampak plak. Cis. Takpe. Jumpa dalam kelas nanti.

Sampai di kelas, aku tanya.

"Mana kodak aku? Beli tak? "

Lantas, dengan tersenyum simpul dia mengeluarkan sebotol bedak 'PALMOLIVE' 200g kaler Ungu. Ingat lagi. Huh! Aku tanya mana kodak. Dikeluarkannnya bedak. Aduh. Haru betul masa tu. Aku memang gelak habis masa tu. Orang suruh beli lain, dia beli lain. At last, aku tak ambik bedak tu coz aku memang tak pakai bedak jenis tu dan dia pulangkan semula duit aku. Akibatnya, dinner masa tu aku hanya menumpang kamera kawan-kawan. Huhu. Takpe. Redha je la. Hihi. Mengenangkan kisah tu, aku memang gelak sendirian.^^

Sekarang rasa penat plus kepala makin sakit. Mengadap laptop lagi ketika ini. Adeh. Tinggalkan. Aku mahu menyambung buat assignment yang berlambak-lambak di sebelah aku ni je. Adios.

P/s : Doakan aku cepat sembuh^^

::Logik tak?::

Salam,

*******************************************************************

Ada 3 orang member kamcing pergi bercuti di Pulau Tioman. Sampai kat sana, mereka pun pergi la cari resort tempat persantaian mereka untuk semalam. Fikir punya fikir...last-last dapat la satu resort yang sewanya cuma RM30 satu malam.

Since mereka ini member kamcing gila-gila, mereka pakat nak sewa satu bilik aje dan tanpa banyak soal, masing-masing keluarkan seorang RM10. Kira 3 orang, cukup lah RM30. So bila dapat kunci je, mereka terus pergi ke bilik.
Lepas mereka blah pergi bilik, minah cun kat front office itu baru teringat yang sekarang ini resort dia tengah buat promotion. So, satu bilik cuma RM25 aje.

Minah ini pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 orang itu. On the way nak pulangkan duit itu, si bell boy ni terfikir yang duit belen ada RM5. Mamat tu ada 3 orang. Camna nak bagi duit tu sama rata kat mereka?? Fikir punya fikir, last-last mamat ni dapat idea. Dia pulangkan seorang RM1 kat mamat itu. Then belen lagi RM2. Dia ambik buat beli jajan.

Maknanya, mamat 3 orang tu cuma bayar duit chalet seorang RM9. Total mereka bayar adalah RM9.00 x 3=RM27. Mamat bell boy tu ambik RM2. So total semua sekali RM27 + RM2 =RM29.
Persoalannya...

Mana pergi lagi seringgit....?????????????

******************************************************************************

Thursday, March 26, 2009

::Sindir-sindir Sayang::

Salam,

Sindir? Perhatikan :







Apa anda rasa? Bagi aku, gambar title ' bukan muhrim' tu tah pe-pe je. . Itulah manusia. Bila pegangan iman tak kuat, segala yang haram dianggapnya halal. Zaman sekarang ini macam-macam hal terjadi. Maksiat, zina dan anak luar nikah semuanya macam sudah jadi perkara biasa. Bayi yang tak berdosa dibuang macam tu je dalam tong sampah la, longkang la, tepi jalan la. Huu. Macam dah takde nilai dan maruah manusia ni. Otak letak kat lutut ke ha? Mula nak bebel, cukup-cukup!
Aish..apa-apa pun, semoga kita semua terselamat daripada benda-benda sebegitu. Solat fardhu jangan ditinggal. Batas-batas pergaulan hendaklah dijaga sebaik mungkin. Kuatkan iman. InsyaAllah, Allah akan melindungi kita daripada perkara sebegitu.^^
P/s : Gangguan dari makhluk planet sudah hilang. Lega!
Related Posts with Thumbnails