:::ORANG-ORANG MANIS:::

Saturday, August 28, 2010

::AEA again::

Salam,

Lately, AEA buat hal lagi. Kesian kau AEA. Asyik kena hantar workshop je. Tuan dah lama tak servis kau. Takde masa plus fulus. Sebab tu kau selalu buat hal kan. Uwu. Tapi, hari tu punya kes memang tak diduga. Kau mati tengah jalan. Betul-betul depan rumah sahabat baik tuan kau. Peluh-peluh tuan kau fikir camne nak kapankan kau. Hoo~
Sudah. Ayat belit-belit. Ni ha..hari tu motor buat hal. Mati enjin tengah jalan sebab minyak totally out kering. Pheww~ Ape la nasib badan. Nasib baik mati enjin betul-betul depan umah Yon. Kalut-kalut call orang sana sini. 1stly, call member sekolah lama. Dengan harapan dia boleh bagi solution walaupun jauh berada di Shah Alam. Huhu. Nasib dia suruh bertenang dulu. Haha. Aku kan kalut semacam. Tapi at last hampa. Tak dapat nak nolong. Kazen dia tak angkat-angkat fon. Tido kot. Or maybe busy. Ok, takpe takpe. Cari orang lain pulak. hah. member lama yang stay area rumah lagi jadi sasaran. Nasib dia dapat tolong. Laju je datang dengan keta biru. Bergaya tol bagi botol minyak petrol kat aku. Haha. Lawak-lawak.

Pas p repair kat apek tu, kena la cas almost RM50. Petang p kerja macam biasa. Malam tu nak balik terkejut bila tengok minyak motor kering..again! Buat hal lagi. Nasib ada staff yang teman sampai ke petronas. Malam tu kebetulan ada Myvi Putih gila dok kejar kami bertiga. Nasib traffic light jadi penyelamat. Kami semua terpisah. Masing-masing selamat sampai rumah. Fuh. 

Next 2 days, again..p balik kedai apek tu. Dia potong wayar ape tah. Nasib free. Naik bengang la jugak. Tau pun takut apek tu. Now semua dah ok. Ini kali kedua minyak motor kering zero zero zero dalam tangki. nasib ada orang dapat tolong. Thanks pada yang tolong aku hari tu walaupun aku tau dia tak pernah baca blog aku ni. Haha :D

P/S : Esok bos besar nak datang melawat buat ZTL checklist. Selamatkan aku Ya Allah. Nervous seribu macam!!

Friday, August 27, 2010

::RD::

Salam,

Sok cuti! Seronok tapi tak tau nak buat apa. Nak shopping pon gaji tak dapat lagi. Tapi umi Zaquan dah request nak suruh belikan baju raya untuk si comel. Haha. bajet siap-siap duit untuk itu. Maksu dah ada baju raya. Tahun ni warna hitam and pink. Dah malas nak sakan beraya macam dulu. Maybe sebab dah besar kot. Tak rasa nak raya gila-gila kutip duit raya macam dulu. Orang mai minta duit raya ada la nanti =P

Minggu depan abi Zaquan balik dari Turki. Cuti 2 minggu. Zaquan mesti seronok jumpa abi dia! Kak ipar aku apa tah lagi. Lepas rinduuuuu. Raya tahun ni Zaquan balik beraya rumah maksu dulu. Yeayy! Tapi maksu keje.=(

 zaquan dengan kereta bam bam bom :)

Hari ni maksu buat kesilapan masa kerja. Terlupa step. Cuak gila tadi. Nasib bos tak marah and bising-bising. Maksu pun lupa. Hari ni banyak sangat kerja. Itu nak ingat. Ini nak ingat. Itu nak buat. Ini pon nak buat. Fainted! Nasib baik dapat balik awal gak and buka puasa kat rumah dengan Zaquan =)

 P/S : Blog dah tak semeriah dulu sebab asyik cerita pasal kerja jeeeeeeee..:D

Wednesday, August 25, 2010

::Ready::

Salam,

Lepas dapat MC hari tu, ibu jari pon makin sembuh. Makin laju typing. Typing kat keyboard laptop je la. Type mesej susah sikit. Keypad keras. Haha. Handphone murah je katakan. Alhamdulillah. dah makin ok.  cume masih ada kesan parut sikit. Hope lama-lama hilang la.

Jadual kerja masa raya dah keluar. Yeayy!! Kerja raya 1st and 2nd. Padan muka. Raya ke-5 baru cuti. 1 week before raya memang akan lembik. Kerja akan bertimbun-timbun. So, just ready la fizikal and mental dari sekarang. Hope semuanya ok. Nanti p kerja pon pakai baju raya.=)

P/S : Dah lama tak mesej kawan-kawan. Sorry. Balik kerja, online kejap. Pastu terus tidur. Dah malas nak layan hp.

Sunday, August 22, 2010

::Entry lepas sahur::

Salam,

Entry lepas sahur :D

Sekarang dah boleh handle kalau kena shift petang. Closing sume dah tau camne nak buat semua. Tiap-tiap hari buat benda yang sama. Hope everything going smooth ;)

Semalam agak malang menimpa. Ibu jari terkapit pintu masa nak closing. MasyaAllah..sakitnya Tuhan je yang tau. Sakit sampai keluar air mata punya menahan kesakitan. Staff kalut-kalut beli plaster. But sorry, i don't like to use that. Biar je darah mengalir keluar. Sampai rumah, darah beku. Basuh sikit-sikit je. Pastu letak gamat.

Siapa sangka benda ni nak jadi. Bila refresh balik kejadian tu, its so fast. Dah cakap dah kat staff tunggu sat. But then, dia tarik gak pintu sampai rapat. Terus menjerit 'Auwww!!!!" sakitnya.. Takpela. Benda dah jadi. Redha. Tidur sambil mengalir air mata tahan sakit punya pasal.:D

P/S : Hati tergerak mencari seseorang untuk masa depan =)

Saturday, August 21, 2010

::tulang makin rapuh::

Salam,

Tulang makin kerap bunyi sekarang.
Rasa macam kena banyak minum susu
But sadly, aku tak suka minum susu
Staff dah tegur bunyi tulang ni.
Mereka tak percaya
Sedikit kagum plak kelihatan di muka mereka
Aku yang geleng kepala taktau nak jawab apa
Dah penat repeat story benda yang sama


Hari ni aku ditinggalkan keseorangan dalam bahagian management
Manager suruh aku buat kerja sorang-sorang and handle staff
Kebetulan stok sampai petang tadi
Kelam kabut aku dibuatnya
Rasa macam nak nangis pon ada
Aku kan cepat panik dan kalut semacam ja kan
Tak tau la apa nak jadi esok
Takut woo bos marah tak tentu hala
Mai pulak dia badmood
Mati aku sok
Tapi consider la
Pekerja baru memang banyak benda nak kena belajar
I'm not robotic
Bukan pendrive
Bukan boleh absorb semua benda dalam satu masa
I'm human being..NORMAL..
It would take time to learn and expert on all these things
Fuhhh~

Dugaan hari ni
Menakutkan jantung aku
Harap sangat esok semuanya ok
Macam tak leh tido pulak malam ni rasanya
haihh~

P/S : Life cycle has changed!

Tuesday, August 17, 2010

::New post di bulan puasa::

Salam,

Hari ni baru ada kesempatan nak update blog. Lots to story, but biasalah..bila dah buka page NEW POST, terus blur nak tulis apa. Dah masuk hari ke-8 aku kerja. Balik dari cuti konvo hari tu, banyak gila perkara baru yang aku belajar. Especially bab paper work. Macam nak gila. Penat. Satu satu masuk dalam otak. Semua kena tau. Itu. Ini. Tapi alhamdulilah, dalam tempoh ni, aku dah boleh handle sikit-sikit, cuma kurang confident. Sebab takut silap buat. Huhu. Biasalah..orang baru memang kena banyak diberi tunjuk ajar. =)

Staff semua ok. Ada yang muda dari aku. panggil KAK JIHA. haha. pelik sikit sebab mereka semua besar-besar dan tinggi tinggi dari aku. Huhu. Manager so far ok. But sometime kalau apa yang dia suruh kita buat, tapi kita tak buat..memang kita cari nahas la tu. So aku dah paham la sikit-sikit perangai manager aku ni. Hehe. Assistant lak lagi sempoi. Kelakar. Gelong pon ada kadang-kadang. Haha. Kecoh kalau kerja dengan dia.

Pendek kata, kerja seronok, tapi penat. Same goes to learning process. Study seronok, tapi penat. Satu je aku suka kat tempat kerja sekarang, dekat dengan rumah. So, sahur memang dapat la sahur kat rumah. tak yah fikir nak masak atau nak makan apa. Sume mak dah masak. Hehe. Kalau kerja pagi, memang buka pose kat rumah la. tapi kalau kerja petang, buka puasa kat tempat kerja la. Nanti raya pon kena kerja. huhu. tatau la rasa apa. raya ke4 or ke5 baru aku cuti. huhu. nasib dekat dengan umah. =)

Nak tunjuk 1 gambar je ni..



Tadaaa~~~~~~~~~~~~~




Congrates all! masing-masing dah bawa haluan masing-masing. Hope success always on your side, friends!


Konvo day hari tu sangat seronok! Seronok teramat sangat! Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar =)

P/S : Tak sabar nak tunggu hari Khamis ni. [wink*wink]

Friday, August 6, 2010

::Friday 06 Ogos 2010::

Salam,

1st day kerja. Shift pagi. Masuk 830am. Balik 530pm.
Hari ni tak banyak sangat lagi kerja. Kenal staff, kenal department, kenal barang jualan kat store.
Ramah mesra dengan customer.

and..1 more..

kena belajar mekap. ouh, menci. geli geli. malas la mekap-mekap ni. tak reti.

teruk kan perempuan ni. haha. yala. minah rempit mana reti mekap-mekap

P/S : 3 alat mekap pun dah nak cecah RM100. pheww~

Thursday, August 5, 2010

::Mulanya Di Sini::

Salam,

Pilihan yang datang. Dua-dua aku suka. Tapi masa sangat singkat untuk aku buat pilihan. At last, i choose MT. I have my own reason why i choose this. For those friends yang support me dalam FB, i appreciate your advices. Really appreciate! Thanks. ;)

Sok bermula hari baru untuk aku. Semoga Allah memberkati jalan yang ku pilih ini ;)

Dah lama idam nak keje kat tempat ni. Tak sangka dapat jugak akhirnya. Alhamdulillah.

P/S : Isnin, Selasa, Rabu depan cuti sebab konvo. Selamat dapat, yeay!~

Tuesday, August 3, 2010

::Hampir Dipinang::

Salam,

Heh. Kejutan pagi semalam. Terkesima. Heh. Ini kisah benar ya. Bukan main-main.

Kawan sekolah lama merangkap jiran satu kampung. "Jauh"nya dari rumah si gadis. Nasib family sana tak datang lagi. Parents si jejaka dah beria-ia nak hantar rombongan. Tapi si jejaka tak berani izinkan. Takut si gadis ada calon pilihan lain. Hoo. Nasib baik si jejaka berfikiran begitu. Selamat si gadis~



Si gadis muda lagi. Tak terfikir pun ada makcik-makcik usha dari jauh. Siap list dalam top bakal menantu lagi. Aih. Dup dap dup dap jantung si gadis bila tahu akan hal semua ni. Segalanya diperhatikan selama ni. Tanpa disedari. Tak sangka~

Ciri-ciri pilihan lelaki idaman si gadis ni seboleh-bolehnya :

1) Beriman. jaga solat, puasa semua. pandai bagi nasihat berlandaskan Islam.
2) Sedap mata memandang bagi pandangan si gadis. Orang lain kata tak hensem, tapi bagi si gadis hensem. cukuplah~
3) Bekerjaya. senang nak sara hidup si gadis nanti. ada 2 kunci ( rumah, kereta) pun alhamdulilah~
4) Hormat orang tua, bertanggungjawab dan penyayang.

Semua orang nakkan yang terbaik kan? Uwu. mana ada orang nak bini/laki jahat. Sejahat-jahat laki yang suka flirt ni pun last-last cari pompuan yang baik-baik gak. Heh. Based on pengalaman orang lain la.

Apapun, berdoalah yang terbaik. Sesungguhnya perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.

P/S : Lately, kat umah selalu ada usrah JODOH by mother. ohhh~

Monday, August 2, 2010

::Its not easy to be myself::

Salam,

Ku sedar..
dalam hidup ini..
pada zaman ini..
kerja senang dapat..

KALAU..

ada KABEL..

Tapi, kenapa harus macam tu...its look unfair for others who doesn't have cabel. why. why and why.

I'm tired..

Miss my late dad..;(

Allah..give me strength to face all these..only YOU know what i feel right now..

P/S : when i sad, i know Allah always for me. =)

Sunday, August 1, 2010

::Kisah di Bukit Jalil::

Salam,

Maksu ditinggalkan. ;(
Tak sampai 24 jam dapat bermanja dengan si comel. Dia dah pulang ke Sg Petani. Aa..takpela maksu. At least dapat jugak jumpa si comel daripada tak dapat langsung. Heh~

Semalam sampai rumah 9pm+. Penat usung beg. Hoh. 1st time naik bus at Bukit Jalil. Keadaan kat sana sangatlah berhabuk ok. Oh, very open da. Pendek kata, i'm not really prefer to go there. again. Heh. tapi kalau dah kena naik bus jugak, kena la jugak p. No choice sizuka. Jangan nak ngada. Heh. From LRT Bukit Jalil, takdelah jauh sangat nak sampai ke stesen bus tu. But then, u have to cross the road. For sure la. Banyak giler kete. Plus, laju! hoh. benci betul lintas jalan yang macam tu. Dahla kite ni usung beg kiri kanan, diorang pulak bawa kete laju-laju. Please consider us as pedestrian ok. 

Dalam bus, dapat seat 2nd from behind. 10C. haha. Nasib 11C ada orang duduk. Kalau tak, aku lah orang paling belakang sekali. 10A, 10B seat anak beranak. 1 papa + 2 daughters. Comey-comey belaka anak beliau. Pandai cakap pon sama. Tapi, mamanya takde. I guess maybe pergi kursus apa bagai kot. So, tak dapat join together balik kampung. Heh. Sangat pandai buat tekaan. ;)

Tak sampai 10 jam dalam bus, aku dapat buat kesimpulan yang bapak budak-budak tu sangat tegas dan pandai jugak la dalam mendidik anak. Acewah! Aku yang bujang ni pulak buat penilaian pulak kan. Ahaks~ Biasalah..pengalaman hidup sebagai anak mematangkan aku walaupun aku belum ada anak. Heh. Asal anak dia buas berjalan-jalan dalam bus, mesti kena sound. Directly. Sian. tapi anak-anak ni dengar cakap. tapi kejap je la, pastu diorang buat balik. haha. same goes to others children la. normal development kot. masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. diorang dapat duduk diam-diam dalam masa 30 minit je. pastu mula la berjalan sana sini. p depan, lari belakang. sian aku tengok bapak dia. penat nak marah anak-anak. cakap slow-slow pulak. macam cakap dalam kelambu je. heh~

Setelah 5 jam jemu duduk dalam bus, akhirnya..nampak la signboard  "Bandar Baharu, Parit Buntar, Serdang".hoh. Transnasional meluncur laju keluar tol. Riangnya dalam hati. turun depan rumah. oh, bahagia. takyah susah aku nak suh akak-akak p amik aku kat stesen bus. thanks abang driver. ;p

P/S : Terasa macam tulis novel lak. tulis satu-satu. cita habis suma. heh~


Related Posts with Thumbnails