:::ORANG-ORANG MANIS:::

Thursday, April 30, 2009

::Suka benar jika begini::

Salam,

Entry lepas pasal benci bila begini. Kali ini suka benar jika begini :

---> Kalau sudah tamat exam, semua orang pasti suka, bukan? Hahaha. Me too. Tak sabar rasanya nak tunggu exam habis. Lagi 5 hari menanti. Sabar-sabar.^^

---> Disayangi oleh orang yang kita sayang. Bahagia rasanya dan rasa dihargai! Semua orang suka macam ni, kan? Hehe. One more, kalau tiada orang yang kongkong hidup kita..pun best, kan?

---> Ada orang belanja makan. Ini lagi suka! Haha. Tak lupa juga kalau ada orang selalu bagi hadiah kat kita tanpa kita minta. Hobinya bagi hadiah kat orang. Hoho..wujud ke hobi macam tu? [Memandai aku je..]..but, i like!^^

---> Mood study sentiasa ada. Sentiasa hadir dalam diri dia walaupun bukan musim exam! Ish..sukar untuk aku capai tahap mood yang stabil setiap masa..tapi, ada kawan aku yang macam tu..betul! Hobinya study!

---> Hang out bersama member-member. Masa aku muda dan single ni la, masa yang terbaik untuk hang out. Esok-esok dah kahwin dan ada anak, payah dah nak keluar ramai-ramai, kan? Suka juga kalau semua orang suka kawan dengan kita.^^

---> Balik kampung! Semua orang suka balik kampung, kan? Haha. Berjalan-jalan di negeri orang pun suka! Tambah pengalaman di negeri orang. ^^

---> Kita dapat lupakan kisah lama yang pahit dan menyedihkan! No more sadness! Penat melayan jiwa sedih kan? Sunggo menyakitkan! Berlubang hati memikirkan perkara yang sedih. Baling bola pingpong pun lepas taw! Betapa besarnya lubang itu membiak, kan?

---> Apa yang kita nak, kita dapat. Tapi, benda ini macam mustahil semua orang boleh dapat. Tapi, yang pasti, semua orang suka kalau apa yang dia nak, dia dapat!


P/S : Cukuplah setakat ini yang dapat aku kongsikan. Yang pasti banyak lagi peristiwa yang buat aku suka benar jika begini.^^

Monday, April 27, 2009

::Benci Bila Begini::

Salam,



[ ini namanya 'Croqutte' ]

Benci bila begini :

Kes 1 : Bila exam dah lepas, masih ingat-ingat lagi apa yang dijawab tadi. Bila cek semula dalam nota, kita salah jawab rupanya. Geram betul. Sedangkan sebelum exam, dah banyak kali study bab tu. Siap hafal-hafal lagi. Bila exam, putus fius kejap. Jadi konfius. Jawab yang salah. Apa nak jadi la?!

Kes 2 : Hidup dalam kepura-puraan untuk kebaikan orang lain. Diri sendiri terkial-kial menanggung perasaan hipokrit semata-mata untuk menenangkan hati pihak lain. Pendek kata, akibat kesian kat orang lain, hati sendiri yang merana. Ini kes ikhlas atau tidak? Diri sendiri perlu bijak handle if it happen. Tepuk dada tanya la diri sendiri, kan?

Kes 3 : Barang hilang, jenuh(puas) cari! Tapi, tak jumpa-jumpa. Sedangkan baru je pegang sat-sat(sebentar) tadi. Bila nak ingat balik flow what we'd done tadi, boleh pula lupa part tu..aiseh...akhirnya, tension sebab nak cari barang je. Bila dah jumpa, ketuk kepala sendiri sambil berkata ' nyanyuk betul aku ni'! Aishhh..

Kes 4 : Kes ini selalu aku alami. Lenguh seluruh badan! Sampai tak boleh study dibuatnya. Geram betul. Part-part yang selalunya lenguh ={ leher, jari, lengan, pinggang, lutut dan kaki.} Macam dah berusia pula rasanya. Kawan-kawan yang seiring sejalan dengan aku tahu la apa yang selalu terjadi each time badan aku lenguh especially part 'lengan'. Satu condition yang sunyi macam PTSL bergegar dengan 'kruk krap' tulang aku. ( 'Eh, iye?')

Kes 5 : Dipulaukan oleh kawan baik hanya kerana seorang lelaki. Apa kes? Lumrah manusia kan (kot). Kadang-kadang kawan sendiri pun nak tikam kita hanya kerna cemburu buta yang kronik. Tak boleh diubati oleh Doktor Pakar Mata lagi rasanya. Kita jadi mangsa keadaan. Perempuan tak perlu bergaduh sesama sendiri hanya kerana seorang lelaki. Itu namanya hanya membuang karen sahaja, ok?

Kesimpulan : Kelima-lima kes di atas pernah terjadi ke atas diri aku. ( agak poyo je )


P/S : Semalam dapat makan 'Croquette' buatan Mr M. Sedap even quite oily! Tak sangka kamu pandai masak ^^.

Monday, April 20, 2009

::Apa Motif??::

Salam,

Sudah lama tak update blog ini. Banyak hal yang berlaku lately. Tapi, abaikan je semua tu. Dugaan. Ada yang manis, ada yang pahit....macam kopi.! Yeks!

Ada tak ha orang yang suka kena marah even kita tak bersalah? Pendek kata, jadi mangsa lepas geram! Kita tanya dengan niat yang baik, tapi kena tegur dengan cara yang kasar. Kalau bagi sesetengah orang macam KITA ini, memang akan terkedu bila kena 'tegur secara kasar'. Silap hari bulan, nangis! Kita jadi pening bila fikir hal yang berlaku 100 jam yang lepas. Hari ini baru tahu cerita sebenar. Tapi, masih lagi fikir apa motif buat kita macam tu..kita tak bersalah la..
Kita terima ini semua sebagai dugaan. Nasihat yang diberi kita terima. Kita anggap kita tak tahu apa-apa. Kita tak simpan apa-apa dalam hati. Terima kasih kerna sudi menegur.

P/s : Minta maaf banyak-banyak. Kita tahu kita bukan sempurna. ^^

Thursday, April 9, 2009

::Love You All::


Salam,

Entry kali ini just nak ucapkan thanks a lots kepada kawan-kawan aku yang banyak support aku time aku tengah serabut, susah, sedih, pening and bla...bla...bla...Tetibe aku tersedar yang ramai juga sayang aku rupanya. Ahaks!! Peristiwa yang lalu jadikan pengajaran. Hope tidak berulang lagi. Aku sudah penat melayan perasaan sedih!

Kini aku gembira.
Namun, dalam kegembiraan ada juga ketakutan! F.I.N.A.L E.X.A.M! Huh!
12 days left!^^
P/S : Terima kasih kerna menyayangi aku! Aku jua sayang kamu semua. (^~^)

Wednesday, April 8, 2009

::Helpless::

Salam,

Lately, dia sangat beremosi. Tah la kenapa. Dia sendiri tidak pasti. Dia selalu menangis, menangis and menangis. Dia terasa? Entahlah. Dia sendiri tertanya-tanya kenapa dia jadi macam tu. Allah tahu apa dia rasa. Dia tak suka menyusahkan orang lain. Dia suka simpan dalam hati. Dia sendiri pun dah kurang betul kot. Maklumlah, exam hampir tiba!

Sejenak bangun pagi tadi, dia terfikir..

"Perlu ke kita hipokrit untuk menjaga perasaan orang lain? Perlu ke? Perlu?"

Tolong jawab.

*H.E.L.P.L.E.S.S*

P/s : Tak perlu tahu siapa 'Dia' kerna 'Dia' adalah nama singkatan bukan sebenar.

::Terkesima sebentar membaca blog salah seorang member tadi. Tertikam hati ini!::

Thursday, April 2, 2009

::Ayat Copy Paste::

Salam,

Masa bercinta..
Semuanya indah belaka..
Masa bercinta..
Semuanya manis belaka..
Masa bercinta..
Rasa-rasanya dunia ini kita lah yang punya..
Dan segala-galanya menarik dan istimewa tentang diri dia..

************************************************************
"Aku takkan melupakanmu
Takkan meninggalkanmu
Takkan menduakan cintamu
Ku bersumpah
Aku tak ingin mengingkar janji
Tak ingin menjadi duri
Tak ingin menjadi api cinta yang membara"
************************************************************

Dulu...
Dia sangat suka lagu ini..
Sekarang...
Dia sangat sakit telinga dengar lagu ini..
Tadi...
Dia TERdengar lagu ini...
Tah sapa pasang lagu ini..
Kuat+bingit!~
Dush! Dush!

Moral values : Benar kata lecturer aku. Kelemahan lelaki adalah mata. Kelemahan perempuan adalah telinga. Jadi, jangan dengar sangat cakap lelaki yang bijak menggunakan ayat 'copy paste'.

P/S : Tak ketahuan. SEDIM!!^^

::Masalah Kuat Tidur::

Salam,


[ Sekadar gambar hiasan sahaja ]

Siapa kuat tidur? Lelaki ke perempuan? Of course laki kan? Tak dinafikan. Huhu. Tapi, ada juga perempuan yang kuat tidur. Hihi. Tapi, kat sini bukan nak cakap siapa yang kuat tidur. Tapi, seakan-akan hairan dengan orang yang asyik tidur je kerja dia. Always. Tidur..tidur..tidur...tak kira siang atau malam. Tidur..tidur..tidur...

Ok la. Pendekkan cerita, ada seorang kawan aku ini. Kuat tidur. Sangat suka tidur. Tidur je kerja dia. Tak tahulah apa yang membuatkan dia sangat suka tidur. Hobikah? Tak kira kat mana-mana je, dia pasti boleh tidur. Macam Nobita betul la. Huu..Even kawan aku ini ada mengambil supplement untuk kurangkan rasa mengantuk, tapi dia still macam itu juga. Puas juga aku nasihat dia agar jangan tidur sangat, tapi tak makan saman. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Adakah aku macam busybody??

Aku mengaku aku pun suka tidur. Tapi, bukanlah tidur je kerja aku siang atau malam. Tidur ikut time la. Tidur terlalu lama pun akan buat kepala aku pening je. Lagipun, tidur terlalu lama juga tidak elok untuk kesihatan. Nanti cepat pening dan otak lambat berfikir. Other words, tidak cergas, ok?

P/S : Tinggal 20 hari sahaja lagi untuk berjumpa dengan'nya'. Cuak!~
Related Posts with Thumbnails