Salam,
Lately, aku banyak baca blog kawan-kawan yang kebanyakannya menulis tentang orang ketiga lah, skandal lah, pasal BF and GF kawan dia and seumpamanya. Huhu. Bila aku baca kesemua kisah tu, aku rasa penat! Aiyo..Baca pun penat ka? Haha. Penat membaca kisah cinta. Hati ni sudah sesak nafas bila berbicara tentang cinta. Terasa macam dah jauh bebeno lari dari dunia cinta sesama manusia ni.
Dulu, sungguhlah..masa zaman jahiliah, perasaan bergolak sana sini mahu disayangi lah, dicintailah...aiyo..kelakar bila fikir zaman dulu-dulu. Apa pun sanggup buat demi yang tersayang. Mak cakap NO, i said YES. Sekarang baru tahu apa yang mak larang itu adalah benar sebenar-benarnya. Aku je tak pandai nak buka mata tengok itu ini dan dengar cakap. Ok la. Stop talking about that.
Cakap pasal kawan pulak. Kawan penting kan? (angguk la) Hee. Penting penting! Kalau takda boyfriend, takpa. Kalau takda kawan, takleh. Setengah orang boleh stand without friends, maybe memang dia jenis yang boleh independent dalam semua hal la kot kan. Tapi, sejak minggu exam ni, aku lebih terasa KEPENTINGAN kawan. Dulu dah rasa sejak mula-mula ada kawan, tapi sekarang TERlebih rasa pulak. Haha. But, dalam berkawan pun, kita kena pandai pilih kawan. Sometimes ada jugak kawan yang tak boleh pakai. Means, suka tikam dari belakang. Spesies jenis ni HARUS dijauhi. Ada juga spesies yang belakangkan kita bila dah ada BF/GF. Dulu masa single, bukan main berkepit dengan kita ke hulu ke hilir. Now, dah ada BF/GF, kita pun dia dah tak endah. Sudahlah kau. Berbahagialah sekarang. Jangan kelak cari kami di sini sudahlah. (marah sedikit)
[ "Friends are the most important ingredients in the recipe of life"]Pendek kata, aku sangat sayang semua kawan-kawan aku. Entah la kenapa lately aku selalu teringat kat kawan-kawan ni bila tengok satu benda. Contoh, bila tengok PETAI, aku teringat BLINK2. Bila tengok DURIAN, teringat WANA. Bila tengok RUBIK, teringat FAHMY. Bila tengok TEDDY BEAR, teringat YANI. Bila tengok drama ada kisah pasal mak tiri GARANG ni, teringat kat ZAHID. Bila cakap pasal TUNANG ni, teringat FAKHRUS. Hee..And banyak lagi la..(takkan nak tulis semua..kawan saya ramai ni. haha). Thanks kawan sebab sudi anggap aku sebagai kawan kamu! Sunggo aku bahagia kerna dapat kawan macam kamu semua~ (^_^)
P/S : Penatlah tulis panjang-panjang. Mesti penat membaca gak kan. Dahla boring. Agagag~