::Blogging untuk Suka-Suka:: Suka-suka Nak Berblogging::
:::ORANG-ORANG MANIS:::
Thursday, December 31, 2009
::3112::
Pagi ini aku bangun agak lambat since tido balik lepas Subuh. Kepala aku rasa berat gila. Pening. Plus, mimpi banyak gila. Bersambung-sambung lak tu. But, most mimpi pasal kaum kerabat dan kawan-kawan. Tapi, bangun pagi ni, aku dah lupa kesemuanya. Haha. Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2009. And, also hari lahir arwah abah aku. 31 Disember. Ya ya. Sudah 5 tahun aku takde abah. Means, sudah 5 tahun juga aku tak wish happy birthday buat beliau. Mula-mula, sunggoh la rasa ralat bila dah takde abah. Tengok orang wish happy birthday kat ayah masing-masing, ada kalanya aku jeles. Namun, aku redha atas apa yang berlaku dalam hidup aku. Mungkin Allah lebih sayangkan arwah abah. Jadi, aku harus kuat. Selalu tabah! SInce dari aku form 5 lagi, aku dah banyak belajar untuk independent dan manage diri sendiri. Selalu orang cakap anak bongsu ni manja bukan? Tapi, aku sebaliknya. Agaga.
Walaupun aku ada ayah angkat, tapi takkan sama macam ada abah. Tapi, aku bahagia dan bersyukur coz ayah angkat aku sangat baik. Andai abah masih hidup, cuma ini yang aku nak cakapkan.
"Selamat Hari Lahir Abah. Nobody can replace you. I love you~"
P/S : Seakan sebak lak masa tulis entry ni. Ouh, b strong dear!! Allah loves you (^_^)
Tuesday, December 29, 2009
::Jenguk-jenguk Azam::
Lagi 2 hari akan masuk tahun baru. 2010. Bererti usia kita makin bertambah dan tanggungjawab makin berat. Selalunya, bila masuk tahun baru, orang akan tanya :
"Apa azam tahun baru?"
"Capai dekan?"
"Beli laptop baru?"
" Beli hp baru?"
"Stop kutuk orang?"
" Lepak library selalu?"
"Tukar kereta?"
or...whatever. Ya. Sama macam aku. Tiap-tiap tahun selalunya berazam, tapi bila dah masuk pertengahan tahun , dah lupa dah apa yang diazamkan. Hehe. Masuk hujung tahun balik, mula tanam azam. Oh, sunggoh tak patut lah untuk aku berazam pada setiap tahun nampak gayanya kalau rotation ini yang sering berlaku. Bukan? Sedarlah sikit wahai kamu. Usia dah masuk 20-an. Tapi, perangai masih macam budak-budak. Maklumlah, tengok muka pon orang kata aku budak form 1. Sangatlah tak patut. Itu budak sangatlah kan. Ok la. Stop. [TERbebel lak]
Kalau nak diikutkan, memang banyak yang aku berazam. Bukan berangan ok? Sebab berazam lebih mendorong aku untuk berusaha mencapainya. Hihi. Berfalsafah la pulak. Azam yang paling penting sekarang buat aku adalah capai the best CGPA! Tinggal 1 sem sahaja untuk aku PULUN betul-betul demi memastikan mak aku senyum dengan GEMBIRA dan BAHAGIAnya. Oh, masa. Cepatlah berlalu! Dan juga, dalam masa aku masih bergelar STUDENT ini, aku juga mahu jadi seperti cik Tinta Hati, cik Nisah dan Fakhrul Islami. [Don't want in a relationship with anyone right now, biarlah berstatus 'single'(itu mereka) or 'it's complicated' (ini aku) kerna..]
P/S : Tahniah buat Cikgu Adham kerna baru saja menamatkan zaman bujang pada 26 Disember 2009 yang lepas. Selamat pengantin baru ya. Moga bahagia selalu sehingga ke akhir hayat.
PP/S : Kes ragut kat MidValley masih tak berkesudahan. Ikuti blog Fathi Adha.
Monday, December 28, 2009
::Makin Buang Masa::
***Entry ini agak beremosi sedikit ya. Tak banyak. Taknak baca pon takpe***
Since hati aku tengah panas sebab internet yang sangatlah lembap malam ni, plus dengan sikap MALAS aku lately, plus dengan OTAK yang blur malam ni..aku rasa nak ketuk-ketuk ja kepala ni dengan hammer. Uh. Mampukah? Nak buka smpweb pun terkedek-kedek, blog ok pulak. Uh. Time aku nak cek hutang, cek kursus dan cek jadual, semuanya jadi gedik-gedik lambat.
So, terapi yang hebat untuk aku adalah dengan mengklik gambar lama-lama one by one. Tengok gambar family, kawan lama + kawan baru. Tengok video masa abang kahwin dan masa raya, sudah cukup buat aku tersenyum riang balik sorang-sorang. Haha. Seakan sewel lak sem ni. Plus, TESIS terhebat sem ni. Semuanya jadi serba tak kena bila teringat word ni. T.E.S.I.S. Cukoplah!
Lately, my friend told me about my old friend's result. Uh. Syukur. Aku berjaya mengatasi kamu eventhough kita bukan belajar di universiti yang sama and not taking the same course. Namun, aku lega. Since kau asyik bangga sangat dengan result kau before this, aku rasa agak terhina. Takpe. Aku tabah dan tekun berusaha. Dan akhirnya, aku berjaya mendapat result yang lebih cemerlang dari kau. Syukur tak terkata. Disebabkan sikap kau yang agak BANGGA sedikit tu, mungkin berguna untuk aku sebab telah berjaya buat aku makin gigih nak fight dengan kau. Mujur kau tak ambil medic kan? Kalau tak, aku pun tak hingin nak compare result aku dengan kau. ;p
Mungkin entry ini agak kasar bukan? Takpe. Dah habis baca dah pun.
P/S : Terkedu bila baca berita accident lately. Plus, lemas dan buang bayi. Saya rasa sedih satu macam. Dan terdiam. Fikir dalam-dalam. Bagaimana ajal saya kelak?
Sunday, December 27, 2009
::Uh, BOSAN!::
Hari ni gila la punya bosan. Lost direction! Banyak kali mengeluh today. Uh, tak baiknya. Lepas Zohor tadi, ingat nak pergi library. Nak cari bahan. Sampai di library, kaunter fotostat journal tutup. Kat luar, dah dengar bunyi guruh. Tanda nak hujan. Aku kalut-kalut start motor dan balik kolej. Sebab teringat jeans and baju di ampaian. Sampai di kolej, panas terik heck! MasyaAllah, tensen betul saya.
Kelmarin, kawan baik aku bertunang. Tahniah buat Nor Hasnah Yusoff dan Muhammad Asyraf Mukhlis. Mereka berdua sebaya aku. Kawan dari sekolah menengah lagi dan akhirnya terikat jua tali pertunangan. Excited tengok orang tunang awal-awal ni. Terasa mau tunang gak la. Haha. Sengal. Apa kau ingat tunang ni macam beli karipap ka sizuka? Hoo..kursus kahwin pun belum pergi. Dah berangan nak tunang. Aishh~ [putus fius]
Hari ini disebabkan BOSAN amat sangat, aku telah menukar background blog. Serius dah malas nak choose. Pakai ambil ni je. Tiada motif. Geli pula saya tengok pink dot dot dot ni. Haha.
P/S : Bila la duit JPA nak masuk ni. Tabah dan sabar saya tunggu kamu tau!
Saturday, December 26, 2009
::Ouh..touching!::
Thursday, December 24, 2009
::SESETENGAH::
Laki cukup tak faham kan kenapa SESETENGAH perempuan suka bershopping and kaki jalan?
Perempuan pun cukup tak faham kenapa SESETENGAH laki suka main DOTA?
Laki cukup tak faham kan kenapa SESETENGAH perempuan mudah merajuk dan sensitif?
Perempuan pun cukup tak faham kenapa SESETENGAH laki suka buat tak kisah je dalam sesuatu hal?
Laki cukup tak faham kan kenapa SESETENGAH perempuan suka mandi lama-lama?
Perempuan pun cukup tak faham kenapa SESETENGAH laki suka drive kereta laju-laju?
Aku takde idea lagi pasal tesis. Benda sebegini pulak yang aku terfikir. Oh, tahniah la!
P/S : Terkebil-kebil tengok kalendar cuti sampai 3 hari berturut-turut. Nak buat apa tah. Next week cuti lagi. New Year! Kaya dengan cuti aih (^_^)
Wednesday, December 23, 2009
::Pulun Perah Otak!::
Sem ni merupakan sem akhir aku di pusat pengajian ini. Means, wajib buat tesis (Kajian Ilmiah) untuk grade. Seronok ke? Uh. So far, aku tak tau nak buat pasal apa. Still in blur. Sepatutnya 1st week ni dah start cari bahan sana sini. Aku ni tajuk pun takde lagi. Hampeh + hampa nyer. Hoo~
Macam mana nak buat tesis yang menarik? Yang buat orang rasa tertarik-tarik nak baca? Buat orang rasa excited nak tahu tentang tesis kita? Buat orang rasa nak baca sejuta kali? Uh. Penat.
Apsal aku takde idea lagi ni..Ya Allah..berilah aku petunjukMu..wahai otak..cepatlah bergerak!!
P/S : 7 lecturer bakal mengajar subjek SEJARAH DAN FALSAFAH DALAM SAINS MATEMATIK for this sem. Hebat bukan? Bertuah kami ini.! (^_^)
Sunday, December 20, 2009
::Damai Dengan Dugaan(3D)::
Esok aku bakal pulang ke UKM. Macam-macam aku rasa. Happy, takut, berdebar-debar, risau dan malas. Uh. Pening kepala fikir macam mana nak angkut barang yang berlonggok-longgok dalam stor tu. Uh. Harap-harap takde lah barang yang hilang. Kan best kalau Doraemon boleh tolong Sizuka esok. Hihi. (Ceh, macam budak-budak plak!)
Cuti sebulan lebih telah berlalu. Entah apa yang aku buat selama cuti ni pon aku tak pasti. Yang pasti, makan, tidur, tolong mak masak, main dengan my hero, pergi jalan-jalan, buang duit, buang masa, buang tenaga, pergi kenduri kahwin and jumpa kawan-kawan lama. Uh. Pejam celik pejam celik, sebulan lebih terasa begitu sekejap. Bila dah cuti panjang, terasa mahu balik UKM. Bila sudah di UKM, terasa mahu balik ke rumah. Aishh. Itulah dilema seorang pelajar yang putus fius macam aku. Ahaks!~
Sejak start cuti hari tu, pelbagai ujian melanda. Itulah kehidupan. Life is full with the colours! Sometimes aku happy diuji sebegini sebab dengan ujian dan dugaan lah, fikiran aku bertambah matang. Kadang-kadang bila kita diuji, kita fikir kitalah orang yang paling sedih di dunia atau kitalah orang yang paling malang di dunia. Namun, realitinya masih ramai lagi orang di luar sana yang diuji dengan ujian lebih berat dari kita, ada yang lebih susah dari kita. Namun, tak kurang juga ada yang senang lenang di luar sana dan hidup bahagia goyang kaki. (aku dah start merapu sorang-sorang ni..adeh!)
Bercakap pasal soal hati dan perasaan, memang tak habis-habis. Sudah malas nak fikir, namun Allah uji lagi dengan ujian sebegini dalam hidup aku. Aku redha. Sebab aku tahu, apa yang berlaku ada hikmahnya. Cinta 3 segi? Apekah? Kalau tanya kanak-kanak dalam Tom-Tom Bak apa itu 'cinta monyet', dia cakap ' bila bercinta bawa monyet.' Kalau cinta 3 segi, apa la pulak nak dijawabnya. Huhu. Based on what my friend said, cinta 3 segi berlaku antara 3 pihak. Si A suka si B, tapi si B minat si C. Macam tu kah? Hoho. Kan best kalau perasaan cinta ni tak muncul lagi ketika kita masih belajar. Alangkah..bolehlah kita study dengan bahagia, aman dan damai. =)
Tapi, kita ni manusia. Ada hati dan perasaan. Namun, abang saya cakap, kita boleh elak perasaan itu, dengan satu cara. Berdoalah pada Allah semoga kita dijauhkan daripada memikirkan soal cinta buat sementara waktu ( ketika masih belajar). Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Huhu =)
Dah habis baca? Thanks, but sorry sebab entry ini agak panjang dan agak merapu gaban. (^_^)
P/S : Kawan-kawanku sudah ramai yang bertunang dan berkahwin. Tahniah buat mereka! Hope bahagia selalu. (Wink*wink*)
PP/S : Sorry to Poppy if i hurt u..really sorry. ;)
Saturday, December 19, 2009
::Tagged by Adlin::
Tagged by Alin..(dah berabad, baru tahu kena tag..hihi )
THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
2. Echem ::::>> budak-budak Saina
3. Adik ::::>> budak-budak Tadika Kemas dulu-dulu kala tahun 1994. Haha.
THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
1. 24th October 19882. 31st December 1953
3. 3rd October 1959
THREE THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1. P makan kenduri makcik jiran umah my sis sempena cucu dia bersunat..meriah bebeno ;)
2. Haircut. Love this style! ;)
3. Tersaksi accident Mat Rempit depan mata. Terang-terang kamu jatuh golek-golek atas jalan.
THREE PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST:
1. My late dad.;(
2. Geng budak-budak SKBA, SKBB, SMKSAT, SAINA, KMK (especially my rumets). Miss lots!!
3. Cikgu-cikgu sekolah lama. Tambah-tambah cikgu maths and add maths! (Sir Ooi, Cikgu Azman, Cikgu Anum)
THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1. Percutian ke Bali. Sapa nak bagi tah. Tunggu saye kawin la yea baru bagi. Ahaks!~
2. Kasut baru! (kasut lama i dah kena buang oleh makcik cleaner..cis!)
3. T-Shirt yang ada gambar rubik. Penat saya cari, masih tak jumpa ;(
THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
1. Surfing internet
2. Playing rubics
3. Travelling ;)
THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
1. Pulau Sipadan
2. Jepun.
3. Mekah (buleh ke vacation kat Mekah?)
THREE FAVORITE DRINKS:
1. Jus Carrot Susu
2. Air Kelapa
3. Bandung cincau
THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG:
1. Miyami
2. Lip balm.
3. Purse.
1. Purple
2. Pink
3. Black
TOP THREE U LOVE SO MUCH:
1. Of course my family!
2. Friends!
3. My future husband! ;):)
TOP THREE "THINGS" SPECIAL TO YOU:
1. NEC VERSA S3200
2. T-Shirt 'KURA-KURA' saya.
3. COOLPIX and CASIO
TOP THREE PEOPLE YOU HATE MOST:
1. Hypocrite!
2. Laki yang pandai cakap manis, tapi akhirnya hampes belaka. Anti gila la i!
3. Kawan yang suka lagakan kawan.!
Tag : Zahidah, Nisah, Qema, Iema, Ateh, Yon, Zawana, Fatin Aina, Fatin Fasiha, Yani, Sue, Ain Havi ;)
P/S : Termengah-mengah jawab tag ni. Aduh!
::Again..going to Sabah!::
Aku baru menjenguk blog ini dan baru terasa nak update. Btw, percutian aku ke Sabah kali ini agak best walaupun dilanda dengan beberapa masalah. I just hope this things will not betray our friendship. I feel guilty. Said sorry. but, there is no response. Takpelah. I dunno what to say anymore.
Ahha. Back to story, ini kali ketiga aku ke negeri dibawah bayu ni. Percutian kali ini tidaklah sebegitu meriah sewaktu pertama kali aku menjejakkan kaki di sana. Mungkin kerna dah banyak tempat aku lawati, jadi timbul sedikit rasa bosan. (kot). Cuma di sekitar Labuan, Tawau, Sipadan dan Semporna belum pernah diterokai.
6 hari 5 malam ketika di sana sudah cukup buat aku rindu nak balik Semenanjung. Haha. Bagi aku, Sabah sesuai sebagai tempat untuk melancong, tapi kalau nak tinggal di sana...oh, tidaklah kot. Huhu. Aku lebih sayang Kedah! Muahaha..~
There are some pictures to upload. Jom layan gambar. =)
Sejenis makanan yang dipanggil EMBUYAT. (tidak begitu mengenyangkan perut tong saye..hik2)
View from Kinabalu Pine Resort
Pantai Kenangan
At Ranau 0630am
Puncak Gunung Kinabalu. (not really clear)
Untuk makluman readers, embuyat tu diperbuat daripada sagu. Cara makan mudah je. Guna chopstick, cucuk, gulung, pusing pusing, masuk dalam mulut dan terus telan! Gulp! Embuyat dimakan bersama lauk ikan, cecah. Tah apa lagi namanya pon saya dah lupa. Makanan ni bagus untuk cuci perut, tapi saya tak begitu kenyang makan embuyat, kena juga makan nasi, baru kejap perut ni. Huhu. Anak jelapang memang kena telan nasi juga. (Ye kan? )
P/S : Mamat-mamat di Sabah hensem-hensem jugak rupanya ;)
Saturday, December 5, 2009
::Dingin dan Bercuti::
Sejak bernomad di sini, terasa rajin mau update blog. Apsal tah. By the way, for one week soon and hari-hari seterusnya, blog ini tidak lagi diupdate till buka semester baru. Sebab :
::Kisah Lapuk::
Menjelajah berita harian online tadi buat aku teringat kisah yang berlaku di rumah Maksu aku pada hari raya qurban baru-baru ini. Dan terdetik juga di hati apakah perbezaan antara monyet, kera, lutung, cimpanzi, babun, beruk dan orang utan? Adakah kesemuanya sama sahaja dan tergolong dalam satu kumpulan yang pelbagai spesies? Hmm..budak zoologi, tolong jawab! ;)
Berita harian hari ini memaparkan kisah tentang 'Monyet terlepas mengganas' yang berlaku di Kuantan. Monyet ini telah membunuh lebih 10 ekor anak kucing di sebuah perumahan. Dahsyat! Mengalahkan monyet-monyet di kolej UO lagi. ;p
Cerita pasal serangan di rumah maksu aku tu pulak mungkin dilakukan oleh babun kot. Aku pun tak sure. Kebetulan pada hari raya qurban yang lepas, maksu aku tiada di rumah. Peluang inilah diambil oleh si babun tu untuk masuk rumah dan makan durian sampai habis, selerakkan almari pakaian dan mengalihkan cermin solek. Nakal bukan? Tatau la apa motif si babun ni nak main alih cermin pulak..
Kelakar tengok gambar baby orang utan ni. Hehe. Apapun, haiwan ni pun sebahagian daripada makhluk Allah di muka bumi ni kan. Peace :)
[ kisah lapuk sebab blog ni suka memaparkan entry pasal spesies ni sejak tuan punya blog masuk UKM dan tinggal di UO..uhuhu]
P/S : Teringin nak p Taman Orang Utan Sepilok Sabah! Plus, rindu pada si M lah! :)
Friday, December 4, 2009
::Busuk Tapi Sedap dan Nikmat!::
Disebabkan aku baru je lepas makan petai tadi, terasa mau tulis pasal petai. Hihi. Boleh pulak kan? As readers know, petai ni banyak khasiat kan. Dulu aku taklah berapa makan sangat petai ni, tapi sejak berkawan dengan sorang hamba Allah ni, ternyata aku kini gila petai! Haha. Pantang nampak petai kat pasar malam atau pasar pagi atau pasar petang ke, mesti aku beli. Sedap betul weyh! Rugi kalau sesapa yang tak reti makan petai. Walaupun petai itu busuk, tapi ia amatlah sedap dan nikmat tau! Tambah-tambah kalau masak sambal petai bersama udang. Pergh! Marvellous betul la! Ekeke. Tapi, kalau dah ada orang tak reti makan dan tak suka, takkan kita nak paksa pula kan.
P/S : Berdebar-debar pulak nak p holiday bersama mereka ahad ni! (^_^)
Thursday, December 3, 2009
::I fall in love with...::
Sejak start cuti semester, kerja aku di rumah hanyalah tengok tv, tolong mak apa yang patut dan tidur. Masak kadang-kadang. Sesekali saja keluar jumpa kawan dan saudara mara. Especially time raya qurban hari tu lah yang pulun jumpa kawan dan saudara. Disebabkan rumah aku takde ASTRO, so tengok je la cerita yang dok tayang kat tv1, tv2, tv3, ntv7, 8tv dan tv9. Ulang punya ulang, last-last terpikat pada sebuah drama Korea ni. Waduh! Touching tak terkata la. Aiyoo..dahla hero cerita ni hensem siot. Heroin pulak comel. Memang sangat best la kalau nak dibandingkan dengan cerita melayu. Tajuknya adalah "EAST OF EDEN". Setiap hari Isnin-Khamis, jam 1230pm-130pm at tv2.
Mungkin cerita ni dah lama kot. Aku pun tak sure. Tapi, buat peminat cerita Korea terutamanya Nisah, pastinya takkan ketinggalan tengok cerita ni kan? Anyway, kalau nak tengok kesemua episod, boleh la usha laman web ni http://www.mysoju.com/east-of-eden/
P/S : Entry ni tiada niat untuk promote cerita ni pada sesiapa. Hihi...;)
::Potong=Cut::
Sejak balik kampung bulan lepas, baru aku perasan iklan 'potong' ni. Ketinggalan kan saya? Hihi. Yerla..masa kat kampus, asyik busy dengan exam. Memang tak sempat nak tengok tv. Btw, my mum sangat sukalah iklan ni. Tergelak-gelak beliau. Aku pun heran kat mana la yang kelakar sangat. Tapi, bila dah tengok betul-betul, kelakar jugak la. My mum suka part 'OF COURSE'. Haha. Kelakar laki tu jawab. Kat sini, aku upload iklan tu (versi penuh)
Dan, bila terdengar je perkataan "potong" ni, ada yang tersengih-sengih, gelak-gelak la. Minggu lepas, aku pergi pasar malam dengan mak. Ada abang jual ikan tu cakap 'potong..potong'. Disahut pulak dengan pakcik jual petai, 'potong..potong'. Lepas tu, orang sekeliling gelak-gelak. Ada sengih-sengih. Termasuklah aku. Haha. Jiran sebelah rumah akak aku ni pon dok sebut 'potong potong' kat anak dia sampai kedengaran ha ke telinga aku. Huhu.
P/S : Sejak iklan P1W1max ni muncul, famous pulak word "potong" ni. PEACE :)
Wednesday, December 2, 2009
::Brother Petronas::
2 minggu yang lepas, aku ke stesen minyak Petronas untuk isi minyak. Disebabkan minyak memang tahap nazak, terpaksalah pergi juga stesen minyak yang dekat dengan umah aku tu walaupun hanya ada RON 95 saja. Mujur bukan motor baru, so takpa lah. Buat-buat tak kisah. Aku bagitau brother tu nak isi RM4. Dia angguk sambil sengih-sengih. Dalam hati aku, 'kelakar sangat ke minta RM4 pon?' ish.
Sementara dia tengah isi minyak tu, aku usha kereta di jalanan. Tetiba dia menyapa :
"Umo berapa dik? Sekolah lagi ke? Tingkatan berapa?"
Aku buat-buat terkesima " erk?? Tingkatan? Saya dah masuk universiti la." (Dalam hati, 'muda ke aku?? Hihi')
Dia tanya lagi " USM ke?"
Aku balas "UKM le..sekarang kan cuti. So, duduk rumah la."
Dia tanya lagi " Nama apa?"
Aish..banyak tanya pulak brother ni.."erm..orang panggil ANA.." (dalam keadaan macam ni, kena la tipu sikit..suka sunggo nama ANA..hihi)
Then, dia tegur lagi. " ANA je?? Oo..saya ni dah 25..bujang lagi. Tapi, kerja ni je la. Pam minyak..nak kahwin pun tatau sapa yang nak"
Erk..aku cuma mampu tersengih bila mendengar kata-kata dia. Dalam hati ni, punya tahan gelak. Haha. Bayangkanlah dia je yang asyik bercerita itu dan ini sedangkan tiada satu soalan pun keluar dari mulut aku. Huhu. Yang tak tahan, cita bab kahwin. Waduh!
Balik rumah, aku cerita pada mak dan akak. Mereka semua ketawa besar. Memang aku dah aim muka brother tu. Lepas ni kalau aku jumpa, konfem aku isi minyak sendiri. Suka tanya banyak soalan sangat.. huhu~
P/S : Lagi 15 hari nak menatap result. Uh, cuak tak terkata!
Tuesday, December 1, 2009
::Meriah dan Terus Meriah::
Sudah lama blog ini tidak diupdate. Kesian..hihi. Btw, ahaa...now terasa mood nak mengupdate kembali. Ayuh!
*****************************************************************
Firstly, nak cite pasal my hero. Huhu. Anak buah saya la. Siapa lagi. He is Zaquan Naim bin Zaharizal. Luv him so much! Tak sabar nak tunggu dia besar 2 3 bulan lagi. Ouh..maksu sayang bebeno dia...cayang sunggoh la! ( walaupun masa 1st time cuci punggung dia, dia telah 'menyimbahkan air hujan' ke atas tangan maksu dia..gift hebat betol!! ;)
Pada 13 November yang lalu, hari yang cukup bermakna buat aku. Nak tau kenapa? Bus telah berjaya meninggalkan aku terkontang kanting di Puduraya. Wahaha. Padan muka aku! Supposely bus tersebut gerak tepat 1130am. Ketika jam 1125am, aku baru je turun dari LRT dan gigih gila lari ke platform. Dengan barang yang banyak kiri dan kanan, sunggo tak ubah macam makcik jual barang. Mujur la muka ni nampak muda banyak. Hihi. Penat-penat berlari, tiba-tiba bus yang sepatutnya dinaiki BARU SAHAJA gerak! Alangkah!!! Ouh..terpaksa la aku beli tiket baru dan melapuk di Pudu selama 2 jam! Cukup membosankan! Tapi, aku pasrah..padan muka aku sama. Nak salahkan komuter gedik-gedik lambat tu, salah jugak sebenarnya. Tapi, semuanya salah sendiri. Sebab keluar lambat. Huhu. Tapi, takpelah. Pengajaran buat masa akan datang. Mungkin lepas ni, selesai je solat Subuh, terus gerak menuju ke Pudu. Hihi. Tapi, apa yang pasti ada hikmahnya kan. Kalau tak, tak de la ternampak budak pakai baju RUBIK, budak UKM sesat kat PUDU dan sorang akak ni yang asyik bercerita tentang kisah rumahtangga beliau. Aku sekadar mendengar apa yang patut sahaja dan juga mungkin peringatan buat aku ketika berumahtangga kelak. Waduh! :)
::FASI di UiTM MERBOK, SG PETANI::
::Adik-adik solehah group Kak Jiha::
P/S : Tak sabar nak bersantai bersama geng sengal ku lagi! Miss them! ;)
About Me
:::hoT visiTors:::
:::time is Gold:::
::Kalendar Hijrah::
:::ChattiNg worLd:::
::my F.A.C.E.book::
::BebuDak UkM::
-
-
-
Ending 20194 years ago
-
-
.:. Understand .:.6 years ago
-
NUKE Weekly Top30: Week 09/20186 years ago
-
Agen Resmi Titan Gel Pembesar Penis Asli6 years ago
-
-
-
SECAWAN AIR LEMON7 years ago
-
pengertian stomata8 years ago
-
-
Selamat Hari Raya 201410 years ago
-
:: QUOTE 5 ::11 years ago
-
Begitu rupanya12 years ago
-
-
Skytrex Adventure12 years ago
-
cerita dari desa12 years ago
-
blog Foto.13 years ago
-
PERINGATAN...13 years ago
-
-
-
this is really amazing!!!13 years ago
-
Nostalgia 201013 years ago
-
Dating !!!14 years ago
-
RiMAs + LeMAs14 years ago
-
Santapan Rohani14 years ago
-
....menggatal....14 years ago
-
♥ Fashion Clicks ♥14 years ago
-
Luahan Hati 1: Tidak Tahu Mana Lebih Utama14 years ago
-
6-belas : Ini Famili.15 years ago
-
Tired~15 years ago
-
Bengkel MATLAB Siri I15 years ago
-
Moms Song15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
::Ex-SaiNa::
-
-
-
bukan dia tapi aku.10 years ago
-
Menghadap dan Dihadap-Nya10 years ago
-
tralalala....11 years ago
-
Review #2 : Diy Hantaran Engagement's Day11 years ago
-
-
-
-
PROTON Savvy amt Problem12 years ago
-
11:33 malam13 years ago
-
Jom p FUIYO14 years ago
-
2 monsters today!14 years ago
-
March 9th, Sangatsu Kokonoka14 years ago
-
fesbuk?14 years ago
-
Fuck15 years ago
-
masalah besar nie!!!16 years ago
-
-
-
-
-
-
::FrieNds::
-
Istighasah, boleh ke tak?6 days ago
-
-
-
Persinggahan5 years ago
-
4 Top Hostels in Kuta and Seminyak, Bali5 years ago
-
PLC homestay5 years ago
-
-
-
-
Penawaran Tiket Pesawat Untuk Hindari9 years ago
-
Salam Ramadan 1435H10 years ago
-
-
-
Veil and Shawl for Rent !!!!11 years ago
-
aurawhite murah!!!11 years ago
-
Pelatih Sepak Bola Terbaik11 years ago
-
-
PBL12 years ago
-
once and forever ......12 years ago
-
-
SELAMAT HARI JADI BONEKA TAK SAKIT!!!13 years ago
-
Finally, it's done. Who's next??13 years ago
-
j e j a k k a k i d i u i t m13 years ago
-
Malam Sebelum Exam13 years ago
-
eTazkirah: Anda Mahukan Istidraj?14 years ago
-
-
Call to Arms!14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
::Family::
-
Mati otak15 years ago
-
-
::Special Link::
:::RELated LiNKs:::
::My ParenTs::
::Jejak Kaki::
Labels
Blog Archive
- December (1)
- November (3)
- October (8)
- September (2)
- August (11)
- July (12)
- June (1)
- May (4)
- April (9)
- March (6)
- February (11)
- January (22)
- December (17)
- November (9)
- October (19)
- September (11)
- August (17)
- July (17)
- June (4)
- May (7)
- April (7)
- March (18)
- February (10)
- January (8)
- November (5)
- August (2)
- July (1)
- June (7)
- May (12)