:::ORANG-ORANG MANIS:::

Thursday, July 30, 2009

::Tagged by Wana::

Salam,

Current mood : not feeling well. ( need to see an ortopedic doc).
Try to answer this tag. ( sayang punya pasal dekat wana) ;)

*************************************************************************
RULES: Once you've been tagged, you are supposed to copy-paste this note, and answer all the questions. At the end, choose 15 people to be tagged - including the person who tagged you.

ABC About You Questions:

A - AVAILABLE : Yes.

B - BIRTHDAY: 24th October 1988

C- CRUSHING ON : Secret.

D - DRINK YOU LAST HAD: Dutch Lady Strawberry Flavour ( same as Wana)

E - EASIEST PERSON TO TALK TO : My friend

F - FAVORITE SONG: Kiss- Because i'm a girl

G- GUMMY BEARS OR GUMMY WORMS : Gummy Bear

H - HOMETOWN: Bandar Baharu, Kedah.

I - IN LOVE WITH: Secret.

J - JUGGLE: Tatau ~

K - KILLED SOMEONE : Nope! Nyamuk ada la ;p

L- LONGEST CAR RIDE : From my home to Giant Kulim.

M- MILKSHAKE FLAVOR: Strawberry. ( baru last week telan)

N - NUMBER OF SIBLINGS: Four

O - ONE WISH: Finish my study quickly and get a good job! Pastu 'bina masjid'. =)

P - PERSON YOU CALLED LAST: Lia ( ex rumet)

R- REASON TO SMILE: When i feel happy + jumpa orang yang kenal tepi jalan.

S - SONG YOU LAST HEARD: Republik- Hanya Ingin Kau Tahu

T- TIME YOU WOKE UP : 630am.

V - VEGETABLE(S): Semua saya makan!

W - WORST HABIT: Banyak (kot).

X - X-RAYS YOU HAD: Abdomen

Y – YO-YOS ARE: Yang perlu dan berkenan di hati. Jenama and harga perkara no 2.

Z - ZODIAC SIGN: Scorpio

P/S : Seronok belajar 2-2 Nim. Interesting!~

Wednesday, July 29, 2009

::K9B104::

Salam,

Sudah lama rasa nak post entry ni, tapi postponed. Sebab tak tau apa motif nak post entry ini. Kisahnya pasal bilik K9B 104 ni je. ( Kolej Ungku Omar:: Konon-konon sayang kolej la). Jom layan gambar.


[ kamar indah..teka mana satu katil hamba]

[ balkoni pintu depan a.k.a pintu laluan bagi kera ]

[ meja study hamba (yang banyak barang tu la) ]

[ all notes+gambar family 'tempek' here ]

3 tahun berturut-turut aku dapat stay kat UO. Syukur alhamdulillah. Kolej ini dekat je dengan faculty aku. Turun tangga golek-golek pun dah sampai. Dekat dengan pusanika, DECTAR dan masjid (agak la). Masa 1st year aku dapat stay at flatlet (8D), then K7A. Masuk 2nd year, stay at K9C kejap. Pastu 'move' to K7B. ( ada sejarah di sebalik 'move' tu). Kini, bahagia ditempatkan di K9B 104. =)

*Apsal ha idea berblogging lagi banyak daripada idea assignment CPR aku? Huh. Otak, cepat la gerak! Aiyo*

P/S : Tak sabar nak tunggu Ramadhan. Buka puasa beramai-ramai. Pasti meriah!

Saturday, July 25, 2009

::Suka Duka Test JPJ::


Salam,

Lately, ramai di kalangan kawan-kawan perempuan aku ambil lesen kereta. Macam-macam cerita ada. Teringat kisah seorang minah ini masa dia amek lesen dulu-dulu kala. Minah ini ambek lesen since dia tamat SPM. First time dia pergi kelas memandu, itulah juga first time dia pegang stereng kereta. Mamat yang jadi cikgu dia itu Indian. Bro Manual. (nama dia).

Kisah yang paling kelakar berlaku masa dekat T junction. Bro manual suruh dia pegang gear without seeing tombol gear tu. (maksudnya, mata tengok depan, tangan pegang gear).Minah ini yang konon-konon tere katakan buat la macam yang bro tu suruh. Sekali nak pegang tombol gear, dia terpegang PAHA mamat tu. Oh no! Gler ke minah tu...dush..dush..! Bro tu pun satu kan. Duduk terkangkang tu apsal..Huh. Tak pasal-pasal kekecohan berlaku sebentar. Ahaks! Mesti korang rasa minah tu gatal gler. Tapi, aku rasa minah tu tak sengaja. Al maklumlah ini first time dia bawa kereta kan..kan?

2nd time lak minah ni wat hal masa belajar parking. Keadaan cuaca yang panas dan terik petang tu menyebabkan minah tu berpeluh-peluh pusing stereng. Pusing punya pusing, at last terhantuk siku ke pintu kereta. (Gedebuk!). Kuat betul bunyinya. Ahaks. Kali ini bapak manual yang ajar. Tergelak-gelak dia tengok minah tu. Sian minah tu..menanggung malu tak terkira. 2 kali peristiwa ini buat dia ingat sampai bila-bila.

At last, masa FIRST test JPJ, dia fail! Sebabnya :

Mati enjin 3 kali kat traffic light.
Tak buka wiper and lampu before gerak ( JPJ tu skema la)
Langgar lampu isyarat ( ini kes mati enjin, itu pasal TERlanggar)

2nd test, dia lulus dengan cemerlang. Agaga. Alhamdulillah. Tapi, sekarang dia ada lesen agung. Tau pasal pa? Sebab keta manual dia dah tak reti bawa. Keta auto laju je dia bawa. Analisis yang dibuat mengatakan sebab kawalan ketat dari mak dia. Sikit-sikit tak bagi bawa keta. Takut langgar orang la. Masuk longkang la. Oh..how come la..so, sekarang dia memang penakut nak bawa keta manual. Itu pasal abang dia kata dia ada lesen agung. Haha.

Jadi, buat kawan-kawan yang bakal amek lesen kereta, belajarlah sebaik mungkin dan janganlah buat kerja 2 kali macam minah tu. Harap korang dapat pegawai JPJ yang ramah mesra alam tahap cipan. Konfem bahagia dan lulus dengan jayanya. Ahaks!

P/S : Minah yang diceritakan dalam entry ni adalah aku la..haha. (malas nak ngaku awal-awal.)

Wednesday, July 22, 2009

::Apa boleh buat::

[ Reference untuk peminat Mr. Integration ]
Salam,

Hari ini cuaca agak baik berbanding semalam. Baju yang dibasuh semalam lembap. Hari ini aku basuh balik. Rajin buat kerja 2 kali kan minah ini. Apa boleh buat. Hobi basuh baju agaknya. ;p

Hari ini juga hari terakhir dalam bulan Rejab. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Boleh kira dengan jari berapa hari je aku dapat puasa dalam bulan rejab. Teruknya..( agak jujur di sini). Tapi, at least aku berpuasa juga kan. (nak sedapkan hati sendiri la konon).

Semalam, sahabat baik call aku. Sebab kredit dia banyak sangat sampai tak tau nak call sapa lagi katanya ( kredit free sebab besday beliau hari ini). Jadi bergayut la sampai panas telinga kami berdua. Dia kata dia sedih sangat. (Bukan sebab dia dah tua dari aku.) Tapi, sebab orang yang ditunggu-tunggu wish kat dia tak wish-wish lagi. Boleh pulak buat telinga kera banyak-banyak dalam otak tu bila ditanya hari ini hari apa. Aish. Sangat tak patut. Tapi, apa boleh buat. Manusia ni mudah lupa akan janji-janji manis yang ditabur. Today said cenggini. Sok lusa said cenggitu pulak. Itu belum kira tahun lepas punya janji. Kesian kawan aku. Mujur sizuka yang berperanan ala-ala doktor cinta ini menasihati dia apa yang patut. =)

Semalam juga akibat tidur lambat, ada la aku mimpi pelik-pelik. Mimpi ada amoi cina accident depan gate UKM sebab kena langgar dengan kereta warna oren. Lepas tu, mimpi kawan aku kahwin. Selalu mimpi kawan yang kahwin. Apsal ha? Aku rasa macam nak p cari buku tentang tafsir mimpi lak.

P/S : Membebel again. Jangan buat muka seposen ok kalau anda dah habis baca. ;p

Monday, July 20, 2009

::Muhasabah Cinta::

Salam, entry ke 100.

This night, dunno why la. Many times i listen to this song. A great song from Edcaustic. Maybe ada yang dah pernah dengar lagu ini. First time aku dengar, terkedu. Great meaning and melody. Sangat best for me~



Here, i put the lyrics of this song. Hope you all faham apa mesej yang ingin disampaikan dalam lagu 'Muhasabah Cinta' ni.

Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dari-Mu

Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukur

Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff: Kata-kata cinta terucap indah

Mengalun berzikir di kidung doaku

Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku dengan-Mu

Back to Reff:

P/S : Allah itu indah dan cinta pada keindahan (riwayat Muslim)

::Hijrah dan Cinta::

Salam,
[ Milik Sizuka ]

Hari ini angin Sumatera melanda. Tak tau kenapa rajin nak p tukar background baru untuk blog sizuka manis ni. Dah jemu tengok yang background lama (kot). Lately, emosi terganggu sedikit. Mudah terpedaya. Other words, fool again.
Siang tadi, terasa nak baca buku yang pinjam dari angah. Tajuk dia ' Tentang Cinta'. Lots bout love talking here. Kalau nak explain dalam ini, quite lots! Ringkasnya, cinta itu tidak salah. Memang Allah jadikan cinta itu fitrah dalam hidup manusia. Cuma terletak pada diri kita macam mana kita defined cinta dalam hidup kita. Manusia harus bijak menangani soal cinta. Kita harus tahu Allah dah jadikan manusia itu berpasang-pasangan (lelaki dan perempuan). Hati manusia ini memang rasa ingin dicintai dan mencintai, disayangi dan menyayangi. But, kita perlu tahu cinta juga ada peraturannya. (Bukan jalan raya je ada rules). Seharusnya, cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.
Cukuplah touch bout this topic sikit-sikit. Bukan agensi mencari jodoh here. Cumanya, aku rasa kagum melihat orang yang pandai menjaga hubungan dari awal perkenalan sehingga ke jinjang pelamin dan beranak cucu cicit serta diredhai Allah. So sweet. =)
P/S : Kata hukama, 'Untuk bahagia, cintailah orang yang mencintai kita, bukan mencintai orang yang tidak mencintai kita'.

Sunday, July 19, 2009

::Weekend yang Bermakna::

Salam,
Hari ini aku dan geng kamcing (La, Zahid, Wana dan Anis) berpeluang menjadi fasi+cikgu di Pusat Tusyen Suntikan Unggul (PSTU) under undangan Sir Fahmy, Kak Ina dan Mr Fazlan. PTSU ini terletak di Semenyih. Around 30 minit baru sampai ke sana since driver ni bawa 60/70 km/j. Huh. (Really berhemah!). By the way, thanks to Sir Fahmy coz support kereta and makan. Aku dan member-member bekerjasama membantu budak-budak PMR pusat tusyen tu untuk jawab soalan matematik. Trial PMR next week je. Psiko mereka semua. Haha~
[Group kak Anis]
[ Group kak La][ Group Kak Jiha (me)]
[ Group kak Wana]

[ Group Kak Zahid]
Program bermula pada pukul 11am till 12pm. Sejam je coz before turn kami semua, ada seorang cikgu yang take over. Otak budak-budak tu konfem tepu dengan maths for today. (i guess). Masing-masing dapat 4 orang students except Wana. Seronok mengajar bebudak ni. Group aku 2 boys and 2 girls. Mereka baik dan mudah faham apa yang aku ajar. (Good!).Topic for today (Trigonometry, Angles and Index). Zahid the only one fasi yang paling garang masa mengajar. Gaya dia cakap macam mak tiri. Haha. Patut students dia semua baik-baik dan dengar cakap. Siap buat extra time lagi dengan sorang student boy sebab budak tu lambat faham dan suka main-main. (Mujur Zahid jadi fasi dia..hehe).
After that program, kami melepak kat Ani Sup Utara kawasan Semenyih. Menu for today : [Bubur ayam+bandung cincau ais]. Komen : {kurang sedap bubur ayam}. Next, berfoya-foya di Tesco Semenyih. Banyak borong makanan since Tesco popular dengan 'price cut' nya. Ahha! Aktiviti dilanjutkan sampai tercetus idea nak p berjalan di Putrajaya. Taman Botani, Taman Wetland, Masjid Besi (dalam pembinaan), Masjid Putrajaya dan Lebuh Wawasan semuanya redah. Sampai sesat-sesat. Aiyo. Kat Putrajaya pon leh sesat ka cik kak?.. erm..bukan otak peta. Memang susah hafal jalan. ;p
P/S : Thanks to them! Sabtu dan ahad (17 & 18hb) banyak memberi pengalaman baru dalam hidup ini. Alhamdulillah~

Friday, July 17, 2009

::Sunggo Tak Patut::

Salam,

Aku baru pulang dari Low Yat and Times. Sunggo penat la naik public transport ni tambah-tambah kalau orang ramai. Plus delay lagi. Aiyo..enough la..yang penting aku dan barang2 berharga aku selamat dari penculik, penyagak, penyeluk saku dan yang sekutu dengannya.

[ Kejadian hari ini ]

On the way
pulang ke UKM, stop at food court KL sentral for a while. (isi perut). Just order laksa Penang + jus carrot susu coz dah lama aku tak makan laksa. Hampir suku aku makan, tetiba aku nampak something dalam mangkuk aku tu. Kecewa tak terkata dow! Ini bukan kedai mamak la. Aiyo! Please la! Tak patut betul la. At last, aku tinggalkan je. Malas nak kecoh-kecoh.



Then, another thing yang tak patut tu bila ada la segelintir mamat-mamat ni smoking at area no smoking. Elo? Tak reti baca notis ke. Dah di 'reserved' tempat yang open smoking, pergi je la melepak situ. Geram betul la. Laksa 'buat hal'+ smoker lagi. Memang terbantut selera aku. Sabar je la.

Cakap pasal smoker ni, aku pon hairan la. Tahla. Tersangat hairan. Tambah-tambah bila tengok ada bapak-bapak muda yang smoking sambil mendukung anak kecil. Aiyo! macho la konon. Sedap-sedap hembus asap, anak lak kena sedut asap rokok. Secara tak sedar, anak dia pon leh kena penyakit kanser. Fikirlah sama untuk orang lain. Susah nak stop smoker ni unless mereka dapat hidayah dan ada kesedaran sendiri nak stop habit tu

Aku memang dislike gler smoker coz aku sangat pening kepala bila terhidu asap rokok. Dislike ok? Not hate. (Lain tu). And panas hati tambah-tambah kalau ada yang datang merokok kat restoran sebelah meja or berdekatan dengan aku. Nak makan pun takde selera tau. Terasa nak tutup hidung ja and lari duduk kat meja lain.

Bila aku tengok orang smoking, aku selalu tertanya-tanya. Apa la yang sedap sangat kat rokok tu? Dahla rokok tu salah satu punca yang boleh menyebabkan mereka-mereka itu mati awal. Mahal pulak tu. Bertambah hairan bila seseorang itu smoking lepas makan or minum sambil baca surat khabar. Aiyo. Khusyuk gila nampak. Aku yang hairan keseorangan.**

P/S : Kebersihan menjamin kesihatan. Kesabaran mencermin peribadi kita =) [ agak banyak membebel kali ini ;p]

Wednesday, July 15, 2009

::Last Day::

Salam,

Hari ini last day for Hari Terbuka fac aku (FST). Kelas aku hanya pada pukul 2-4 petang je. Pagi tadi, aku berkesempatan melepak-lepak dan menolong apa yang patut di booth Kelab Maths. Girang bukan main lagi kerna ditemani oleh si Zahid yang comel ni. Haha. Aku dengar dari cerita budak-budak junior yang ada something interesting at Bangunan Bio and Kimia. Apa lagi..terus serbu pergi sana. Hehe..

Seriously i said, since 2 tahun aku belajar kat UKM ni, ini la 1st time aku masuk makmal coklat kat Bangunan Bio tu. Nasib ada arrow je. Kalau tak, maybe akan sesat. Sampai sana, memang ramai budak-budak sekolah dan aku berkesempatan melihat cara coklat dibuat. Tak sangka lak ada jugak coklat buatan UKM ini. Sedap! Bukan nak puji ok? But, memang sedap! Sape yang tak pergi tu rugi la. Dapat makan coklat free lagi taw. Hehe.

After that, kitorang masuk lab untuk extract DNA, BMI, Cholestrol and cek darah. Budak-budak sekolah again! Ramai betul. Kat sini, aku berkesempatan cek darah sahaja sebab orang terlalu ramai n my type of blood is B+! Dah lama tau aku tak masuk lab cenggini. Last masuk masa kat matrik. Dah lama tak pegang conical flask, termometer, rod kaca, agen chemical, mikroskop and so on. Ahha! rindu gler..and really excited bila aku masuk lab tu tadi sebab.. (Budak math only have computer lab, that's why ter'happy' sakan bila masuk lab bio).

P/S : Tak berkesempatan masuk lab kimia. Dah lama tak sebut term-term bio+chem. Dan hajat nak makan manggis tercapai akhirnya. Thanks to Nadiah yang comel dan baik =)

Tuesday, July 14, 2009

::Pelajaran Baru::

Salam,
Baru 3 hari aku tak update blog. Rasa nak cerita je pe yang berlaku kat aku since Saturday ago. But, no need la. Bukan orang nak tau pun kan. Ngeh2~ Anyway, dah lama aku tak masukkan bahan berilmiah dalam blog aku ini. Since dah 2 hari FST mengadakan Hari Terbuka, aku dapat belajar banyak benda dan of course dapat kenal dan jumpa ramai orang! Huhu. Kali ini aku nak sharing something new yang aku baru belajar kelmarin. Seronok tapi harus sabar+teliti. Guess what??

*************TAADDDDDDDDAAAAAAAAAAAAAA*****************

Aha! This is what we called 'origami'. Macam-macam bentuk kita boleh buat. Since dah ini program under Pusat Pengajian Sains Matematik(PPSM), so aku belajar buat bentuk yang ada bucu dan kiub. Seriously memang senang je! Tapi, kalau tengah-tengah tension, baik tak payah buat. Nanti lagi bertambah tension tau. Hoho~

Kat sini, aku cerita sikit cara-cara nak buat origami ni.

1. Untuk bentuk yang kecil, kena sediakan paper berukuran 5x5 cm.

2. Lipat dua (bertemu sisi) kertas tadi dan lipat ke tengah garisan yang telah terbentuk.

3. Lipat hujung bucu di sebelah kanan bawah dan lipat ke dalam. Lipat juga untuk bucu yang bertentangan.

4. Lipat kedua-dua sisi ke tengah.

5. Lipat bucu kiri di sebelah bawah ke dalam dan selitkan lipatan tadi ke dalam sisi bersebelahan.

6. Buat juga untuk bucu kanan di sebelah atas.

7. Alihkan lipatan tadi ke posisi belakang dan lipat membentuk segi tiga.

8. Lipatan terhasil seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah. Untuk menghasilkan kiub, anda perlu lipat kertas tadi dengan menggunakan cara yang sama sebanyak 6 kali. Bagi bentuk 12 bucu, anda perlukan melipat sebanyak 12 kali.

9. 12 lipatan yang terhasil.

10. Sekarang, kita perlu cantumkan kertas tadi satu demi satu. Caranya, masukkan hujung bucu ke dalam ruang yang ada pada kertas yang satu lagi.

11. Setiap bucu yang terhasil memerlukan 3 helai kertas hasil lipatan. Anda perlu cantumkan kesemua hasil lipatan tadi dan akhirnya..

12. Origami terhasil.

'Selamat Mencuba!'

**************************************************************************

Back To Story.!

Hari Terbuka FST dah berlangsung sejak kelmarin lagi. Macam-macam aktiviti dan pameran diadakan. Seriously aku betul-betul rasa enjoy dengan kawan-kawan sejak bergelar student 3rd year ni. Haha. Hidup lebih bermakna dengan kawan-kawan sekepala dengan aku. Ya..ya. Mereka semua sangat menarik dan tertarik. Dan kini aku lebih mengenali lecturer di PPSM dan FST berbanding dulu. Hehe. =). Anyway, special thanks to Prof Salmi dan Prof Mas coz belanja budak-budak Maths semalam. (Cuma satu je..Aku terlepas pelawaan jeli kelapa dari Dr Eddie) .Huhu..

P/S : Excited tengok "Serangga ranting" kat dalam DAM tadi. Budak Maths dah lama tak tengok benda-benda cenggitu. Sekali tengok, perak bukan main. Contoh terbaik, aku la..;)

Saturday, July 11, 2009

::Saya Masih Sayangkan Anda::

Salam,

Jika kelmarin aku bosan tahap dewa, hari ini aku gembira tahap gaban. Hoho. Seronok bila keluar dengan kawan-kawan sambil bershopping apa yang patut. Hehe. Bukan membazir ok?
Since duit biasiswa dah masuk semalam, ada la semangat dan berperasaan sedikit untuk aku keluar berfoya-foya hari ini even ada lagi assignment yang tak siap. Takpe. Letak sebelah dulu. ;p
Hajat di hati nak window shopping je, namun kerambangan mata menjadi-jadi sejak aku jejak kaki di Sogo dan MidValley. Hoho (ayat takleh blah!). Ok la. Dalam banyak-banyak barang aku beli, aku paling sayang this one! Even taklah mahal sampai mencecah 3 4 angka, tapi aku suka! (sesuai la dengan aku yang masih student ni..hehe).

Yang belah kiri ni jam lama. My mum bagi since aku form 3. Hampir 6 tahun aku pakai. Masih elok, cuma bateri je lemah ini. Patut tak jalan. Disebabkan aku malas nak p tukar dan rasa nak pakai yang baru, so decide to buy the new one. (membazir ke??). Tapi, yang lama tetap simpan la.(saya masih sayangkan anda). Tinggi nilainya sebab hadiah dari my mum. =)

P/S : Hari ini terserempak ramai budak UKM kat Mid and Sogo. Macam re-union je. Yang kantoi dengan aku pon ada...wahaha!~ (Shhh..shhhsshh..)

Friday, July 10, 2009

::Tetamu Istimewa::

Salam,

As i said before in the last entry, hari ini aku free. Terperap dalam bilik macam tak berkembang je minda ini rasa. Whatever la! Assigment baru sentuh sikit. Yang lain-lain aku abaikan dulu. Sungguh tak ketahuan aku hari ini. Lost direction je rasa. ;(

By the way, petang tadi tak diduga betul. Aku dapat kunjungan dari tetamu istimewa yang tak diundang. Since dalam rumah hanya ada 2 orang je, quite sunyi la. Lepas azan Asar, aku masuk toilet untuk ambil wuduk and rumet aku tengah kemas meja study. Pintu terbuka sebab nak bagi angin masuk dan ruang tengah ni nampak cerah. Tetiba je rumet aku jerit-jerit. You guess what?? Hoho. Kera masuk bilik kitorang dan amik roti atas meja. Siap bawa anak dia lagi. Khusyuk betul dia makan and bijak pulak tu buka penutup jem strawberry. Kelakar je tengok. Aku yang terpinga-pinga ni terus keluar dari toilet and ambil handphone untuk buat video. Ngeh2~ Around 5 minit dia geledah bilik kitorang, terus dia keluar tanpa disuruh. Lega!~ 5 minit kemudian aku dengar perempuan dari aras mana tah pulak jerit-jerit. Haha. Sah! Kera masuk sana pulak. (itulah tetamu istimewa aku pada petang ini)^^

Pengajaran : Petang-petang jangan buka pintu. Kalau nak lagi selamat, simpan semua makanan dalam loker.

P/S : Terasa macam duduk dalam kawasan zoo plak. 'Bahagia+tension' belajar dengan dikelilingi haiwan sebegini. Hoho.

** Atas permintaan poppy and suhaiyl, i had been succesfully upload this video. (imej kurang menarik coz hp murah and banyak shaking..)**

Thursday, July 9, 2009

::Penyakit Baru::

Salam,

Hari ini Khamis. Esok Jumaat. Lusa Sabtu. Tulat Ahad! Point di sini, ternyata hari ini aku begitu MALAS sebab esok kelas aku dibatalkan. 3 hari berturut-turut aku bakal mati kebosanan terperap dalam bilik. No idea. No direction. Suppose aku kena siapkan 3 assignment for this week. Tapi, semuanya aku tinggal. Dengan alasan, "SAYA SANGATLAH MALAS!!" Huh. Pesal ha kurang bersemangat sem ni??? Ada aku buat salah kat sesapa ke?? Fikir-fikir gak ni..hmm..

Minggu ini empat orang lecturer masuk kelas. Semuanya sudah start belajar. Bila masuk subjek major, otak ni lambat je fikir. Pendek kata, 'lampick'. Dah lama tak menulis. Pegang pen pun kekok+ tulisan senget. Cakar ayam je tulis sebab tak semangat! Apa nak jadi la ni..??

Since semuanya aku jadi malas, nak makan pun jadi malas. Nak mesej kawan2 pun malas. Nak balas mesej orang pon malas. Semuanya malas! Uish..tak baiknyer rasa..pe nak jadi la dengan aku ni.

P/S : Update blog rajin plak minah ni..haha..(Tetiba terasa nak makan manggis! Weee..~)

Wednesday, July 8, 2009

::Ada apa dengan KAJANG?::

Salam,
Sudah 4 hari aku berada di UKM ni dan ini hari ke-3 kelas aku bermula. But, semuanya hanya intro saja except kelas U3 (Penjagaan Kesihatan Diri). Kelas ini advance. Start bukan main awal lagi. Hari first dah mengajar dan sangatlah bosan since aku tak ada geng dalam kelas ini. Majoriti budak cina yang datang. Aku ingatkan aku dah silap masuk kelas. Lastly, ada la seorang Malay boy ni buat-buat macho masuk kelas. Siap duduk depan lagi. Kagum!

Since kelas banyak tak mula lagi, semalam pergi la jalan-jalan kat Kajang dengan geng-geng aku(Zahid,Nisah,La,Nisah yang ayu heck and Atun). Lepas kelas Dr Roslinda, kitorang tunggu bus at PTSL. Lama betul tunggu Rapid. Aku dah imun dah rasanya dengan karenah bus ni. Bila aku nak je, dia lambat je datang. Bila tak nak, banyak plak dia muncul. Contoh terbaik, pagi tadi masa aku sidai baju. Rapid lalu je depan kolej aku ni. Aishh...dah nasib aku kot. Memang seorang penunggu. Tunggu bus, tunggu orang. Tunggu, tunggu dan terus tunggu laa...Hampir sejam kitorang tunggu bus, barulah muncul. Of course la ramai kalau dah lambat datang tu. Huh. Sod Ba Ro je la...

Even Kajang tu nothing, tapi tu la tempat terdekat yang mudah untuk kitorang pergi. Haha. Dah hampir 2 tahun lebih, geng-geng kami ni memang masih setia dengan Rapid. Tah bila nak merasa kenderaan sendiri. Tapi, bila lagi nak merasa naik bus. Once dah dapat kereta/ motor, bus dah tak layan dah. Tul tak? ;p

P/S : Dalam menunggu bus, sempat lagi aku lenyek-lenyek duit RM1 buat bentuk love seperti dalam gambar rajah di atas. Haha. ( Lama tak sebut word 'gambar rajah'). Hobi lama lipat duit.! Tapi, kurang jadi coz duit dah koyak hasil lenyekan aku. ;p

Tuesday, July 7, 2009

::Again..It happen!::


Second award i got from Nik Nur Adilin. Amazing ke??? Hoho. Btw, thanx a lot my dear!~

1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda. (dah letak dah..)

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

a. Nama penuh budak ini 'Nik Nur Adilin binti Nik Anwar'. Manja. Dan dia sama spesies dengan aku, anak bongsu! Wee...~

b. My junior (maths)..peramah dan rajin tanya soalan kat mentor aku. Huhu.

c. Suka senyum bila jumpa aku. Hehe..;)

d. Dalam blog 'Sweet Lavender'(dia), dia letak lagu 'Kertas' yang bertajuk 'Kekasih Yang Tak Dianggap'. BEst2! (aih cik adik..ada apa2 makna ka? Hoho...)

e. lahir pada 30 Mei 1989. (Mujur dah lepas..hehe..)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

refer here : http://sizuka24.blogspot.com/2009/06/award.html

4. Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan describe tentang diri mereka.

i . Zahid- adik yang garang+tegas. Haha.

ii. Nisah - suka main game, baca novel dan tengok cite korea..khusyuk betul!

iii. Atun - suka buat lawak spontan..kelakar minah ni..hoho!

iv. Aswad- Dia malas nak cakap bila dia tengah marah..takut2..

v. Fakhrus Syakirin - bakal balik Malaysia 26.7.09 ni..huh..butterfly lagi satu...hihi...;p

Sunday, July 5, 2009

::Kisah Baru Hari Ini::

Salam,

Hari ini semangat baru dan agak waja aku datang ke UKM. Haha. Jam 10am dah jejak kaki di UO. Nak tahu bilik mana aku dapat sebenarnya. ;)
After check in, alhamdulillah lega! Aku dapat bilik yang agak best dari yang terdahulu dan aku suka bilik ini! Ya ya...hope rumet aku pon best! Wuhuuuu! ;)

Lepas kemas bilik, cuci lantai and so on, aku gerak ke Alamanda with my sis. Saja membuang masa di sana sebab petang tu tiada siapa nak teman aku since my new roommate not come yet. Forgot that today is Sunday. As usual, of course akan ramai orang. Tapi, hari ini luar biasa kot bagi aku dan kak aku. Sebab...??

Sampai di Alamanda, sudah terpampang board "FULL" kat tempat parking. Pusing-pusing, akhirnya park kat P6.( P7 is the last one). Huhu. Tak pernah-pernah sampai ke P6. Masuk Alamanda, semua kedai crowded. MPH, Carrefour, McD, Food Court..huhu. Tah datang dari mana segerombolan manusia ni..pening betul.

Lepas bayar kat autopay, malas nak tunggu lif coz lambat dan ramai orang+troli. Huh. Lastly decide turun ikut tangga. Seingat aku, tak pernah lagi kot aku guna tangga kat Alamanda tu. Tak disangka-sangka lepas turun around 20 anak tangga (kot), pintu tak boleh buka. Fuh. Memang takde tombol nak pulas untuk buka pintu. Tah sape punya idea reka pintu tu macam tu. Aku dan kak turun lagi ke aras bawah dan pintu sama jugak. MasyaAllah..aku ingat bakal nyawa-nyawa ikan dah kami dua di situ. Mujurlah kaki ini kuat dan bijak melangkah terus turun ke bawah. Lastly, jumpa juga. P2. Huh..Baru aku faham kenapa dibuatnya macam tu. Meaning, next time kalau p Alamanda, jangan guna tangga. Guna je lif unless kalau emergency, baru la guna tangga. Macam kerja Pak Pandir je duk ulang alik turun naik. Lastly, lif juga pilihan hati. Haha ;)

P/S : Sesiapa yang p Alamanda again and got traffic jem at autopay counter, pergi ke P7. Ada jalan keluar yang mudah dan cepat. Aku baru tahu petang tadi. Jahilnya..saja nak pesan for others!~ Sorry kalau ada yang merasa wasting time baca entry kali ini coz aku banyak bercerita. Haha. Saja nak kongsi pengalaman.^^

Saturday, July 4, 2009

::BAck To UKM BANGI::

Salam,

Alhamdulillah..sok aku bakal kembali jejak kaki ke UKM tercinta. Haha. Long time tak jenguk orang-orang di UKM. Seronok ada, malas ada, excited ada. sume ada. HUh! Nak mengadap muka-muka makcik UO tercinta tu lagi yang banyak kerenah la..nak kemas barang lagi la...sume nya buat aku malas je...! Tapi, tak sabar nak jumpa coursemate aku yang sempoi2..(zahid,nisah,la,yani,sue dan ramai lagi laaa..)...haha...1st weekend dah plan nak hang out ke mid! Jom2!~

Sepanjang cuti hampir 2 bulan di rumah, aku kerja 'RTM' which stands for "REHAT,TIDO,MAKAN". Segala-galanya indah kot sejak aku mula cuti. Ada gak yang sedih. HAha...biarlah. Selain kerja RTM, aku ada la bercucuk tanam dan hang out dengan kazen tercinta+ geng2 sengal aku. Depa memang best!

And good news nya..sizuka dah rajin turun ke dapur dan siapkan makanan untuk satu rumah makan. Haha. Dulu kurang pandai+malas, sekarang semakin pandai +bertambah rajin. Umur hampir meningkat nak jadi isteri orang agaknya. Haha. Siap dapat award dari mak tersayang lagi. :)

Sudahlah sikit-sikit. Nanti orang bosan ja baca blog ni. Meleret-leret tulis bukan-bukan. Haha. Tak nak baca pun takpe. Tak paksa ok?

P/S : Berjuang untuk final year! Aku sudah 3rd year rupanya...cepatnya! Baguslah...cepat la habis study. Hihi. :)
Related Posts with Thumbnails