:::ORANG-ORANG MANIS:::

Monday, March 30, 2009

::Fourier Series::

Salam,

Hidup kita ini kadang-kadang pelik kan.
Kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita nak.
Bila kita nak, belum tentu kita akan dapat kan.
Bila dah dapat, tak pasti pulak kita nak atau tak.
Kenapa macam tu?
Pelik tak?
Ke aku seorang je yang rasa macam tu?
Hmm.
Tak pasti.^^

P/s : Membebel sebelum tidur. XD

Sunday, March 29, 2009

::New Thing::

Salam,

Minggu ini aktiviti aku hanya terperap dalam bilik. Membuat assignment. Sungguh bosan+pening. Kaki ini gatal je nak melangkah ke Mid Valley. Teringin lagi nak pergi ke Pets Wonderland. Sangat suka tengok kucing-kucing exotic, Parsi and so on kat situ. Lucu la tengok telatah mereka. Haha^^

By the way, pagi tadi aku mempelajari sesuatu yang baru. Atas ajakan 'mereka', aku pergi la main even aku tahu aku memang tak pernah main permainan tu dan tak reti main. Haha. Mainan yang simple. Sila rujuk gambar di bawah^^

Huhu. Aku suka belajar benda yang baru. Aku mengaku aku memang takde bakat bermain mainan ni. Aku belajar dari 'jurulatih' tak bertauliah selama sejam. Itupun tetap tak pandai main. Lastly, aku surrender. Haha. Tapi, at least aku mencuba kan?? Tengok 'mereka' main. Nampak simple je. Tapi, mungkin dek kerna tangan aku yang tak pandai mengcontrol bola yang ringan tu, akhirnya kerja kutip bola je. ;p

Huh...

P/s : Thanks to 'mereka' kerna mengajar aku belajar benda yang baru. ^^

Friday, March 27, 2009

::Sound Trouble::

Salam,

Semalam, kepala aku sakit sangat. Mungkin akibat mengadap depan laptop terlalu lama plus minum nescafe 1 mug. Sehingga jam 3 pagi baru dapat tidur. Itupun penat ku berusaha memejamkan mata. Mujur nyenyak juga tidur plus mimpi 'seseorang'. Rindu kepadanya tak pernah hilang. Tapi, mimpi hanya mainan tidur. Abaikan.

Sejak-sejak ini, aku selalu rasa tak sedap badan. Tak sedap hati. Mungkin sebab aku suka fikir yang bukan-bukan. Itulah kelemahan aku. Time aku sedih + hiba..barangkali? Macam-macam yang aku fikirkan. Orang bilang, kalau sedih, kita fikirkan la benda atau perkara yang menggembirakan kita. Ya. Memang betul. Kadang-kadang ketawa sendirian. Haha.^^

Di sini, aku ingin berkongsi satu cerita lucu ketika aku berada di Tingkatan 5. Ini kisah pasal 'sound trouble' punya hal. Haha. Ok. Nak dijadikan cerita, dulu masa di asrama outing hanya dibenarkan 2 minggu sekali. Bergilir-gilir. Ikut turn boys and girls. Kebetulan pada minggu itu outing boys dan dinner batch aku jua diadakan pada hujung minggu tersebut. Zaman dulu kamera jenis pakai kodak. Student lagi. Digital ini kira mantap gler ah kalau sape ada masa tu. Huhu. Ok. Kalau kamera jenis pakai kodak ni, kena la beli kodak nya kan. Masa itu, kebetulan kamera aku kehabisan kodak. Jadi, aku fikir aku nak kirim je kepada budak laki kelas aku suruh beli kodak untuk tangkap gambar masa dinner nanti. Lantas, terfikir si mamat Aidi yang baik hati lagi suka menolong orang ni. Hihi. Yang lain skema and susah nak bercakap. Control agaknya. Ha. Aku pun tak tahu la apa yang difikirkannya semasa aku pesan suruh beli kodak.

"Aidi, sok outing kan? Tolong belikan kodak kat aku,leh? Jenis konica, 36 n 200. Kalau takde jenis konica, ambik kodak. OK. Nah RM10. Ingat taw!"

Aku siap tulis lagi atas kertas dan bagi kepadanya lantas beredar. Keesokan harinya, selepas perhimpunan pagi, terserempak dengannya dekat toilet. Aku senyum. Dia buat tak nampak plak. Cis. Takpe. Jumpa dalam kelas nanti.

Sampai di kelas, aku tanya.

"Mana kodak aku? Beli tak? "

Lantas, dengan tersenyum simpul dia mengeluarkan sebotol bedak 'PALMOLIVE' 200g kaler Ungu. Ingat lagi. Huh! Aku tanya mana kodak. Dikeluarkannnya bedak. Aduh. Haru betul masa tu. Aku memang gelak habis masa tu. Orang suruh beli lain, dia beli lain. At last, aku tak ambik bedak tu coz aku memang tak pakai bedak jenis tu dan dia pulangkan semula duit aku. Akibatnya, dinner masa tu aku hanya menumpang kamera kawan-kawan. Huhu. Takpe. Redha je la. Hihi. Mengenangkan kisah tu, aku memang gelak sendirian.^^

Sekarang rasa penat plus kepala makin sakit. Mengadap laptop lagi ketika ini. Adeh. Tinggalkan. Aku mahu menyambung buat assignment yang berlambak-lambak di sebelah aku ni je. Adios.

P/s : Doakan aku cepat sembuh^^

::Logik tak?::

Salam,

*******************************************************************

Ada 3 orang member kamcing pergi bercuti di Pulau Tioman. Sampai kat sana, mereka pun pergi la cari resort tempat persantaian mereka untuk semalam. Fikir punya fikir...last-last dapat la satu resort yang sewanya cuma RM30 satu malam.

Since mereka ini member kamcing gila-gila, mereka pakat nak sewa satu bilik aje dan tanpa banyak soal, masing-masing keluarkan seorang RM10. Kira 3 orang, cukup lah RM30. So bila dapat kunci je, mereka terus pergi ke bilik.
Lepas mereka blah pergi bilik, minah cun kat front office itu baru teringat yang sekarang ini resort dia tengah buat promotion. So, satu bilik cuma RM25 aje.

Minah ini pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 orang itu. On the way nak pulangkan duit itu, si bell boy ni terfikir yang duit belen ada RM5. Mamat tu ada 3 orang. Camna nak bagi duit tu sama rata kat mereka?? Fikir punya fikir, last-last mamat ni dapat idea. Dia pulangkan seorang RM1 kat mamat itu. Then belen lagi RM2. Dia ambik buat beli jajan.

Maknanya, mamat 3 orang tu cuma bayar duit chalet seorang RM9. Total mereka bayar adalah RM9.00 x 3=RM27. Mamat bell boy tu ambik RM2. So total semua sekali RM27 + RM2 =RM29.
Persoalannya...

Mana pergi lagi seringgit....?????????????

******************************************************************************

Thursday, March 26, 2009

::Sindir-sindir Sayang::

Salam,

Sindir? Perhatikan :







Apa anda rasa? Bagi aku, gambar title ' bukan muhrim' tu tah pe-pe je. . Itulah manusia. Bila pegangan iman tak kuat, segala yang haram dianggapnya halal. Zaman sekarang ini macam-macam hal terjadi. Maksiat, zina dan anak luar nikah semuanya macam sudah jadi perkara biasa. Bayi yang tak berdosa dibuang macam tu je dalam tong sampah la, longkang la, tepi jalan la. Huu. Macam dah takde nilai dan maruah manusia ni. Otak letak kat lutut ke ha? Mula nak bebel, cukup-cukup!
Aish..apa-apa pun, semoga kita semua terselamat daripada benda-benda sebegitu. Solat fardhu jangan ditinggal. Batas-batas pergaulan hendaklah dijaga sebaik mungkin. Kuatkan iman. InsyaAllah, Allah akan melindungi kita daripada perkara sebegitu.^^
P/s : Gangguan dari makhluk planet sudah hilang. Lega!

Tuesday, March 24, 2009

::Gangguan::

Salam,

Semalam, ada orang dari planet mana tah menceroboh inbox n missed call list handphone aku. Geram betul. Main-main pulak tu. Berpuluh-puluh mesej hantar dan buat miss call. Aku cuma balas 8 mesejnya. 8? Banyak jugak tu. Adeh. Bukan pe, sekadar tanya ' mana dapat no ni?'. Banyak kali ku tanya, tak dijawabnya. Tak faham bahasa betul. Tah. Abaikan. [ Saja nak bebel kat sini]

Lately, ramai yang menegur entry dalam blog aku ini.

' Ai..semacam je blog sejak-sejak ni..ada apa-apa ke?'
' Entry sume macam pelik je lately..dah tak sabar nak kahwin ke?'
' Jiha..tunggu lepas final nanti la..'

Huu..terguris aku! Haha..takde ah. Bukan apa. Memang saja nak post entry macam tu. Tak de niat lain la. Betul. Harap penjelasan di sini dapat menenangkan hati pihak-pihak di luar sana. Hihi^^

P/s : Jodoh di tangan Allah. Kalau dah sampai seru, akan ku khabarkan kepada sahabat handai yang mengenali diri ini. Sekarang calon pun tarak lagi. Kahwin apanya! haha..^^

Monday, March 23, 2009

::Cukup ke duit nak kahwin??::

Salam,

Khas buat mereka yang nak kahwin. Yang dah kahwin tu...fikir-fikir kalau nak kahwin LAGI...
Ada kebenarannya..............!!!

Ok. Sekarang ni ramai yang nak dekat kahwin ataupun ramai yang ada plan nak kahwin. Semua orang tahu persiapan untuk kahwin bukannya mudah. Banyak persiapan yg perlu diadakan. Ia memerlukan satu perancangan yang cukup teliti bagi kedua-dua belah pihak. Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknanya diorang plan nak buat majlis, tapi tak boleh agree with each other, so bergaduh and tak jadi kahwin. So ada orang yang tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah...[untuk mereka yang tak tahu, majlis Walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan di mana sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga dijemput hadir makan bersama. Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripada memikirkan masa depan dan hala tujuan hidup bersama selepas bernikah.
Ok. Berikut adalah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yang ingin berkahwin dan yang ingin berkahwin lagi.

1. Kadi :
At least 6 months before the proposed nikah date, anda mesti kena pergi register kat jabatan, and bila anda pergi register, anda mestilah dah tahu asas kahwin yang akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register, anda bolehlah book kadhi. Sorang je book.. jangan dua-dua pergi book plak.
Kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangga:
Kena pergi. Kalau tak pergi, anda tak boleh amik sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan, they never ask for the sijil kursus. Whatever it is, kan baik kalau anda pergi attend the kursus. Walaupun anda dah terer dalam bab rumahtangga, tapi ada baiknya kalau anda refresh balik apa yang telah anda ketahui.
Kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat).

3. Book Mak Andam:
Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak orang perempuan, pilih mak andam boleh makan tahun lamanya. Of courselah. Lelaki nak amek mak andam buat apa lak kan. Hihi^^.At least 6 months mesti nak book. Later than that u might have a problem finding one. Kalau ada pun, mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.
Kos : RM1200 (tengok baju apa... kalau ada baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit)

4. Photographer:
Selalunya mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak, anda kenalah cari sendiri. Sekarang orang melayu dah pandai. Dah pandai ambil studio, dah pandai ambil outdoor.
Kos : RM800

5. Kompang / Hadrah
Unless anda nak pakai loktang, tak payah panggil kompang. Kalau nak panggil, at least 3 months notice.
Kos :RM300

6. Dekorasi blok dan pelamin
Sekarang sudah canggih. Macam macam design, macam macam pattern.
Kos :RM1000

7. Tukang Masak and Khemah Kerusi Meja
Tukang masak mesti ada. Kalau tak ada, camner orang nak makan? Lainlah kalau anda buat majlis kat Mac Donald's.
Kos : RM7000 (tengok kepala yg datang)

8. Kereta
Unless anda nak pergi bertandang, jalan kaki tak payahlah sewa kereta (*naik basikal boleh gak) Kalau nak sewa, kenalah sewa yang special punya. Merc ke?..Jag ke?.. kira yg besar punya kereta lah. Janganlah pulak badan besar habis sewa Kancil. Sampai besok pun tak leh masok!
Kos : RM300

9. DJ/Karaoke
Kalau majlis senyap dan sunyi je, taklah meriah kan? Lazimnya orang akan engage DJ/ Karaoke services. Ada jugak yg amek band industan, brass band.At least 6 months mesti nak kena book.
Kos :RM850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat
Kira door gift lah. Yang biasa telur rebus orang kasi. Tapi sekarang dah maju. Lagi kreatif. Ada yang kasi tuala, sabun buku, coklat, agar-agar, mangkuk, gelas, surah Yasin, etc etc.
Kos : RM3000++

11. Miscellaneous
Perkara-perkara kecil orang selalu overlook. Perkara-perkara kecil beginilah yang selalu membuat kocek kita terbakar. Benda-benda seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang-barang hantaran, cadar, kelambu, langsir,carpet, bill, lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan.
Kos : RM2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YANG ANDA KENA KELUARKAN IALAH : RM17,110
Belum termasuk hantaran lagi. Pandai-pandailah plus sendiri. Dari itu, sapa-sapa yang dah nak berkahwin. SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal... yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer. Zaman sekarang ni kan.. hantaran makin naik harga. Maklumlah, kata mereka ikut market price. Kalau harga mas naik, naik lagi harga bakal-bakal bini. Tak ikut market price nanti, orang kata kedekut lah, sengkek lah. Tak mampu, jangan ada hati nak kahwin lah. Hai... macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah perempuan. Bapak selalu ikutkan aje. Ni semua kerja orang perempuan, diorang kata. Kadang-kadang ada jugak perempuan sendiri yang letak harga, lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey, sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000, RM4000 masih ada jugak. Tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah, tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi. Kat sini ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran semakin mahal. Silakan baca:

Sebab::
1. Anak pompan sorang
2.Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post.
5. Anak pompan biasa pakai barang branded.
6. Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan.
7. Kakak belum kahwin, jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus.
8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala.
9. Bapak pompan towkay kayu balak, mak pulak bekas eksekutif.
10. Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer.

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):
1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer, si anak lak lebih-lebih "
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke, satu hal jugak. Ni asyik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni hidung pesek macam kena lenyek je"
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"

Kata-kata dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :
1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi, kita ambik je. Member tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang, kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini, jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin. "

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya, jawapannya:
1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke, Diners ke, boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni, kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke, mintak duit nak belikan dia baju tidur. Murah nah?"

Haa..tu lah beberapa kerenah orang Melayu kita ni. Jadi untuk pasangan-pasangan yang nak kahwin tu, bincang betul-betul antara anda dengan family dalam hal ni. Mak perempuan tu pun kalau nak letak harga, berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak, berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal-mahal. Hati dah suka punya pasal, semua boleh aje. Cukup time, badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yang terpaksa amik personal loan.. Bank Rakyat... bank Islam...atau guna kredit card. Lepas kawin, kepala lagi sewel. Dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, 'loan bini',.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yang sepatutnya semakin memudahkan kehidupan. Dah terbalik, jadi semakin susah. Entahlah...dunia...dunia...

Pendapat aku: Biarlah sederhana, mampu dan memenuhi syarat. Tak perlu sampai nak buat pinjaman kalau nak kahwin dan buat kenduri grand sangat walaupun bagi aku kahwin itu hanya sekali.^^

P/s : Ada orang yang send ke emel aku. Aku postkan in blog. Buat peringatan yang ingin kahwin. Hihi.^^ [ Takde pengalaman lagi la bab-bab kahwin ni ].

::Lelaki Idaman Saya::

Salam, entry ke 60.

Kelewatan malam begini suka membuat aku hilang mood untuk study. Adeh. Lantas, cek emel yang telah berkurun lamanya. Konon untuk restkan minda la. Haha. Terjumpa satu emel yang dihantar oleh abang aku. [ Tuesday, 3 April 2007, 8.08 pm]

Tajuknya : Lelaki Idaman Saya.
Silalah baca buat kaum Hawa.

**************************************************************
"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti". Itulah sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

a. Kuat agamanya.
Biar sibuk macam mana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

b. Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

c. Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam

d. Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

e. Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

f. Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

g. Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

h. Rakan pergaulannya
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya

i.Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

j. Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai oleh calon yang demikian sifatnya^^

*****************************************************************

P/s : Berdoalah yang terbaik. Amin.**Speechless**

Saturday, March 21, 2009

::Hadiah Buat Sizuka::

Salam,


[Gambar Hiasan]

Semalam, barangkali kejutan buat Sizuka. Gambar di atas ini telah dilukis oleh seorang kawan aku yang kini belajar di UTM, Johor. Sudah lama dia lukis barangkali, baru semalam gambar ini selamat delivered kepada aku. Konfius aku pada mulanya, aku pun teragak-agak untuk meneka sape la minah dalam picture ni. Hehe. Barangkali aku or orang lain? Kang kalau silap, malu aku je. Hihi^^ [berapa banyak 'barangkali' daa..]

By the way, thanks a lot to Mohd Bakheet bin Md Shukri kerna rajin bebeno melukis gambar aku ni walaupun tak disuruh. Hehe. Gambar yang lagi satu tak siap-siap lagi. Delay^^
"eh, asepal kedit ni dh tinggal sket je?? sape ar pau.."

P/s : Hilang arah selepas study. Takde keje. So, blogging yang bukan ilmiah. Pendek kata, komen tak diperlukan pun takpe.^^

Friday, March 20, 2009

::Susah membuat Keputusan::

Salam,

Keliru! Payah betul nak buat keputusan. Even perkara mudah pun tak tau nak decide. Aiyaa!!

Normal kah? Membuat sesuatu keputusan bukan senang. Bergantung pada permasalahan. Ini kalau nak pergi Kajang pun tak tau nak decide patut pergi hari ni or esok..ha..parah ke kalau sampai tahap tu? Ha..lagi satu. Faktor mudah dipengaruhi or tak tetap pendirian. Orang hasut sikit je, terus ikut cakap orang tu. Adakah itu namanya tak reti buat keputusan untuk diri sendiri? Tapi, dalam hati kita fikir benda lain. Bukan kita fikir kita nak ikut cakap orang itu, tapi kita fikir relevan ke tidak nasihatnya. Eh, sempat lagi fikir ke'releven'an itu? Ah, putus fius agaknya ketika itu^^

Sungguhpun aku pernah mempelajari subjek 'Kemahiran Membuat Keputusan', namun ada kalanya aku tak pandai nak buat keputusan.

["Ah. Tak semestinya semua orang yang ambik subjek tu akan pandai buat keputusan later on. Betul tak? Probabilitynya rendah."]

Mungkin fikiran ini masih kebudak-budakan. Nak decide nak makan sekarang or kejap lagi pun perlu ke tanya rumet? Adeh. Aku belum sampai tahap itu. Perut lapar, makan je. Kalau malas, sumbat maggi. ^^

Habis tu, sok kalau nak kahwin, takkan tak reti nak decide? Haa..[itu tak patut]

Thursday, March 19, 2009

::Main-main::

Salam,

Semalam tidur awal. Letih bergosip agaknya. Sebelum tidur, dapat 1 mesej dari 'unknown'. Berita kematian ayah kepada mantan YDP kelab extemeC. Saudara Amar bin Osman. Dalam keadaan separuh mengantuk, cerah mata aku. Ingatkan tersilap baca mesej. Al-Fatihah. Fikiran terus melayang. Teringat kisah aku pada 4 tahun lepas. Hampir 4 tahun. Ya. Apa yang aku tahu masa tu, Allah lebih sayangkan arwah abah. Menangis sampai bengkak pun tiada guna. Aku pasrah. Redha. Namun, sampai sekarang aku masih ingat apa yang berlaku pada masa itu. Pada hari kejadian. Satu demi satu. Aku akan ingat dan terus ingat sampai aku bertemu denganNya. Bila mengenangkan semua itu, hati memang sayu dan mulalah memori lama terjah satu demi satu. Argh..cukup beremosi kadang kalanya. Tapi, apa yang berlaku ada hikmahnya. Aku percaya.

Tengok soalan DE dalam internet tadi. Lama ku tenung. Tenung..tenung..dan terus tenung. Entah apa yang akan ku jawab jika soalan begini sebijik keluar. Ah. Tengok study board. Final starting on 22nd April '09. Hitung-hitung lebih kurang 5 minggu je tinggal. Aduh. Tak sedar aku. Assigment banyak lagi yang tak submit. Study pun tah ke mana. Banyak main aku rupanya selama ni. Ketuk kepala** Adeh.

Mood study terus datang berkobar-kobar.^^

p/s : Sempat lagi blogging even dah taw banyak main. Apa la. 1135pm. 'Mood study' hampar selepas balik dari meeting tadi. Perasaan bercampur baur ketika ini. Huu..

Tuesday, March 17, 2009

::Teman Tapi Mesra::

Salam,

Teman Tapi Mesra? Ungkapan ini sering kita dengar sejak kemunculan lagu TTM yang dinyanyikan oleh Ratu sejak beberapa tahun yang lalu kot. Aku pun lupa dah. Dulu lagu ini memang betul-betul famous. Tak tahu di mana yang bestnyer lagu ini. Sama ada lirik or muziknya. Di sini, aku letakkan liriknya jika ada yang lupa. Huhu. Aku pun lupa liriknya.

Aku punya teman
Teman sepermainan
Di mana ada dia
Selalu ada aku
Dia memang manis
Dan juga baik hati
Dan dia slalu ada waktu
Untuk membantuku
Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia juga katakan
Tuk ingin jadi kekasihku
Cukuplah saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Ku tak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra
Aku memang suka pada dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Oh ya. Apa yang anda faham berdasarkan lirik lagu ini? Seperti yang kita tahu [ skema betul, macam nak buat karangan je^^] , ungkapan TTM ini selalunya di tuju kepada lelaki dan perempuan la. Of course! Huhu. Namun, apakah status mereka di sebalik TTM? Adakah sekadar rapat sebagai kawan or lebih dari itu? Bercinta? Oh, tidak. Sekadar rapat sahaja. Ada yang tidak percaya pada ungkapan ini. Kononnya TTM hanya sekadar meng'cover'kan diri masing-masing yang sememangnya sudah lama benar di lamun cinta, tetapi tidak mengaku. Jadi, gunakan istilah ini untuk menutup mulut orang-orang di luar sana. Yeke??

Bagi aku, mungkin benar salah satu pihak ada menyimpan perasaan terhadap seseorang yang dikatakan 'teman' itu. Namun, mungkin salah seorang di antara mereka tidak dapat menerima hakikat itu. Mungkin tidak bersedia or memang dia hanya menganggap 'teman'nya itu sekadar teman yang boleh berkongsi suka duka, masalah, gelak ketawa dan sebagainya. Namun, perasaan cinta itu tidak wujud. Pendek cerita, tiada perasaan.

Apa komen/pendapat anda?

Sunday, March 15, 2009

::PeLik::

Salam,

Hari ini ahad bersamaan 15 Mac '09 dan 18 Rabiul A'wal 1430H. Bosan. Nothing to do except menjaga check point di Taman Paku Pakis UKM untuk explore race pagi tadi sempena karnival kolej aku. Isi tepung dalam ketupat in 2 minutes! Look easy. Tapi, ada satu group yang terbabas melebihi 2 minit. Just bagi penalti yang mudah je. Biarlah.

Dari tengah hari hingga ke petang, ku hanya mengisi masa dengan Cik Nadiah. Berborak. Gelak ketawa. Buku ekonomi tak ingin disentuh lagi even malam esok aku ada kuiz. Adeh. Banyak bersembang mengenai sikap manusia including us! Ya. Kami pun manusia la. Manusia ni macam-macam jenis ragam ya. Pelik.

"Manusia memang pelik la"
"Kepelikan manusia semakin menjadi-jadi"
"Peliknyer manusia"

Aha! Ku pun tak tahu apa yang dimerepekkan. Namun, sesekali bila berfikir tentang manusia, ragam mereka dan sebagainya, ada kala manusia ini lucu, kelakar, lawak, dan pelik, aneh. Apa lagi? Ya. itulah manusia. Ada akal, hati dan perasaan. Semakin ramai orang yang kita kenali, semakin banyak la ragam orang yang kita jumpa. Berdasarkan pengalaman hidup aku, aku fikir manusia ni ada pelbagai jenis sikap. Antaranya :

i. Tak faham bahasa
Jenis ni susah betul nak handle. Aku cakap A, A la. Tapi, dia nak nak jugak B. Ish! Sabar je la.

ii. Bajet dia yang paling bagus dan sempurna.
Haa..jenis macam ini bagi aku lucu la. Hahaha...suka tengok mimik muka dia tatkala dia perasan sorang-sorang. Rasa nak capture je gambar dia masa tu. Huu...ku tempek masuk dalam paper pastu bagi makcik jual nasi lemak guna untuk bungkus nasi lemak. Ha..huu..

iii. Suka buat ayat pasrah.
Ni pulak jenis yang macam nak minta simpati, tapi macam nak jaga standard dia juga. Macam mana tu ? Erm..telinga ni cam lemah je kalau dengar orang buat ayat pasrah..kesian.. huu..

iv. Kena study dalam masa sehari. Mesti!
Ha...ini jenis yang sangat bagus. Ku salute. Dalam sehari, kalau dia tak study, dia tak boleh duduk diam. Mesti ada rasa yang tak kena. Fuuhh..bagus! So, dalam sehari, dia mesti kena study walaupun hanya beberapa helai page dapat di selak. Ku kagum.

v. Buat kerja lambat-lambat, slow-slow.
Huu..ini jenis buat kerja lambat. Makan lambat, mandi lama, jalan lambat. Adeh. Aku pulak yang naik rimas bila tengok orang macam tu. Aku jenis yang sebaliknya kot. Jadi, sebab itulah agaknya..hee..

vi. Memandang rendah terhadap orang lain.
Ya. Ini common. Kenapa pandang rendah kat orang lain? Perlu ke? Ke perasaan itu wujud dengan sendiri? Erk..Aku cukup bengang juga dengan golongan sebegini. [kadang-kadang. Mereka fikir merekalah yang terbaik dan paling terbaik!!!]

vii. Tak pandang kawan bila boyfriend ada depan mata.
Adeh. Macam megah sangat bila dah ada bf. Ke hulu ke hilir. Jumpa kawan pun buat2 tak kenal je. Nyampah jugak dengan golongan ini. Bila kena tinggal, baru terhegeh-hegeh nak cari kita. Mau bagi pau kaya sebijik baru taw!~

viii. Mahu pakai barangan berjenama, tapi tidak mampu malah suka pula meminjam-minjam.
Golongan ini ku pun hairan. Macam tak sedar diri pun ada. Kalau kurang berkemampuan nak pakai barangan berjenama, tak perlu la pakai. Kalau mampu, takpela. Ini kan sampai meminjam-minjam. Dahla tu, lambat pula dibayarnya. Kena minta, baru dia mahu bayar. Aduhai.

Ya..itulah manusia. Macam-macam karenah. Pening. Menarik. Unik. Pelik. Tapi, tak semua dapat aku ceritakan di sini. Banyak lagi rasanya jenis-jenis orang di luar sana. Lumrah kehidupan. Tak ada yang sempurna. Aku pun sama. Aku pun pelik. Kebosanan begini suka membuatku fikir yang bukan-bukan. Aishh..^^

P/s : Entry ini hanyalah untuk mengisi masa lapang aku yang tengah kebosanan di hujung minggu. Tidak berniat untuk tuju kepada sesiapa. Harap mengerti. Hehehe^^

Thursday, March 12, 2009

::Tips untuk Gadis Kota dan Desa::

Salam,

Tempoh hari ku berkesempatan membaca satu buku yang agak menarik juga la bagiku even aku ni bukanlah seorang yang suka sangat membaca. Lantaran tajuk yang menarik, ku meminta izin dari tuan punya buku untuk meminjam terlebih dahulu. Tajuk buku itu 'Psikologi Cinta', hasil karya Dato' Dr Mohd Fadzillah Kamsah & Syaidatun Nazirah ^^

Di sini, ku ingin kongsikan beberapa tips untuk gadis-gadis di luar sana including me~

* Jangan mudah percaya dengan lelaki.
* Awas...jangan tertipu dengan janji-janji palsu.
* jaga kehormatan dan harga diri. Jangan serahkan kehormatan anda atas nama cinta. Cinta lelaki akan pudar setelah mendapat kehormatan anda.
* Kehormatan anda khas untuk lelaki yang bergelar suami.
* Jangan mencabar orang lelaki untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan anda. Mereka lebih berani daripada yang anda sangkakan.
* Ikut perintah Allah, jangan berdua-duaan dengan kekasih anda di tempat sunyi. Ingat..makhluk yang ketiga adalah syaitan yang sentiasa menggoda anda.
* Usah rasa bangga dengan perbuatan menayangkan kekasih anda ke sana ke mari.
* Rasa bangga terhadap cinta anda sepatutnya dinikmati apabila anda telah berjaya membawa kekasih ke jinjang pelamin tanpa sebarang noda dan dosa. Segala-galanya baik, suci dan indah.
* Mendapat restu ibu bapa dan Allah S.W.T.^^

Di harap entry kali ini dapat memberi peringatan kepada kita sebagai muslimah dalam menghadapi kehidupan di dunia ini.^^

::Petua-petua Tradisional::

Salam,

Entry kali ini hanya ingin kongsikan beberapa petua tradisional yang ku baca dari sebuah laman web..yang menarik sahaja ingin ku paparkan di sini...kepada yang ingin mencuba, sila lah berbuat demikian. Jika kurang berkesan hasilnya, wallahualam. Kita hanya mencuba. ^^

1.MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2.KHASIAT DAUN JAMBU BATU
Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.

3. PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA
Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok bunga subur menghijau.


4. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.

5. BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA
Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas bawang putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kir dan kanan kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.

6. RAMPING SEMULA JADI
Hendak kurus tanpa sebarang perbelanjaan? Cara paling senang ialah dengan mendisplinkan diri. Iaitu ketika suapan dikunyah 40 kali. Jangan sekali-kali makan berulamkan air. Petua ini sangat baik untuk mengelakkan perut buncit, selain dapat menghindarkan sakit pinggang.

Wednesday, March 11, 2009

::Tagged by Izza::

Salam. Buat Izza, ku minta maaf coz lmbt jwb tag dari kamu...huhu...;p

1.List the rules on your blog.
Rules mende...xde pon...huhu...;p

2.Tell 6 unspectacular quirks of yours.
i : cakap laju
ii: jalan laju
iii: salin nota dalam kuliah laju^^ ( org sebelah yg kata)
iv: suka makan kuewtiau kuah laksa..suka je...xde suka sgt2!
v: mataku sangat attract pada warna 'purple'
vi: tulang suka meletup-letup kalau lenguh.

3.Share 7 facts about yourself on your blog.
i: orang Islam
ii: suka warna 'purple+pink'
iii: lahir di Puchong.
iv: 'hantu' cake except cheese cake
v: sangat minat matematik! benci bio n fizik~ huhu..
vi: penakut
vii: anak bongsu

4.Tag 7 people at the end of your post
i : Zeida
ii: Fatah
iii: Nisah
iv: Afiq
v: Zawana
vi: Atun
vii: Efiris

Tuesday, March 10, 2009

::DE::

Salam,

Sudah lama ku tidak update blog..mesti ada yang ternanti2 apa entry yang seterusnya...haha...(ada ker??) ..;p

Btw, last week ku pulang ke rumah..'keserabutan' sebelum ini hilang sedikit demi sedikit agaknya...namun, sesampainya ku di UKM, cepat je tahap ketensenan tu meningkat...apekah??? Rasa-rasanya ku perlu mendapatkan seorang pakar motivasi yang dapat mendengar tiap permasalahan ku ini..wujud kah anda???

Petang tadi, dilanda demam apa pun ku tak tahu la..almost every week kena jawab soalan DE ( differential equation) yang kaw2 gak. Selalu ku tak dapat jawab dengan cemerlang. Pasti ada traffic jem di tengah jalan. Diri sendiri kurang berusaha, nak salahkan soalan susah..aduhai...

ya..ya...ini soalan yang perlu di jawab tadi dalam masa 30 minit supposely, tapi aku amik masa till 1 jam setengah...itupun tak complete..sila lah jawab bagi yang berkemampuan..ku persilakan^^
Amacam? Nampak mudah kah??.. Solution je panjang lebar sampai makan 2 3 page..sunggo ke jawapan dia macam tu? Kadang-kadang rasa dah muak nak study...dah tak larat dah nak ngadap segala alphabet, nombor2 dan sewaktu dengannya...bila la nak tamat riwayatku sebagai seorang pelajar...uu...even ku tahu, belajar itu sebenarnya lebih menyeronokkan daripada yang lain...seronok kah?? Yeke..?? Tah...??? Ku rasa nak kawin la.......adehh.......bleh x mak?? Hee..

Monday, March 2, 2009

::Serabut::

Salam,

Aku rasa serabut la malam ni. Sampai UKM petang tadi, dah rasa sakit kepala. Aduhai..bila sakit kepala, macam-macam masalah terpa dalam kepala otak ini. Makin bertambah-tambah serabut. Suka fikir benda yang simple jadi kompleks. Bukan nak fikir actually, tapi benda itu spontan datang dalam minda ni. Kenapa ah? Aku pun tak tahu. Mungkin aku jenis orang yang macam itu. Apakah?

By the way, rumet pulak sekarang dah mula sibuk dengan Pesta Konvo. Tiap2 malam takde kat bilik. Tinggal ku keseorangan. Bosan. Cakap dengan dinding? Tak mungkin. Aku masih waras. Mujur ada Wireless Jaring. Dapat ku online walaupun ym ni kadang2 asyik DC je. Xpe. Faham. Karenah mereka. Menguji kesabaranku. ^^

Tadi dalam kelas ekonomi, aku terfikir tentang estimation yg Dr Khairul cakapkan tentang bajet makanan untuk pelajar per bulan. Beliau estimate rm500 per month untuk makanan sahaja! Dasat. Ku baru tergerak hati nak buat eksperimen ke atas diriku sendiri. Sekarang baru awal bulan 3. Plan mahu buat total up makanan untuk bulan ini. Ok la tu. Kalau benar ku pun berjaya dengan jayanya mencapai sehingga rm500, aku juga seorang yang dasat agaknya..fuh..

Semangat2!! Kurangkan perbelanjaan, hilangkan stress, tambahkan kerajinan dan kegembiraan^^

Semoga apa yang ku lakukan mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa..;)
Related Posts with Thumbnails