:::ORANG-ORANG MANIS:::

Saturday, October 31, 2009

::Janganlah begitu::

Salam,

Marah tak kalau ada orang pinjam barang kita tanpa minta izin terlebih dahulu? Lepas tu letak merata-rata. Kadang-kadang barang yang dipinjam TERrosak pulak dibuatnya. Marah tak? Aishh..saya marah ni..marah ni..marah tau..penat saya bersabar~

P/S : Selamat tinggal Oktober! My bro will back to Malaysia FOREVER (^_^)

Thursday, October 29, 2009

::Apa Dah Jadi?::

Salam,

" Saya ada satu epal, awak ada satu epal. Kemudian, kita tukar epal. Sekarang, awak ada satu epal dan saya pon tetap ada satu epal. Tapi jika awak ada satu ilmu, saya ada satu ilmu dan kemudian kita tukar ilmu tersebut, maka awak ada 2 ilmu dan saya ada 2 ilmu."

Mungkin ada yang dah tengok kot gambar-gambar sebegini. MasyaAllah..apa dah jadi dengan umat Islam zaman sekarang??? Sekadar berkongsi ilmu yang ada.







P/S : Lepas pinjam barang saya, tolong letak tempat asal boleh tak? aiyoo~

::Aneh!::

Salam,

Muka lawa tapi pengotor. Bincangkan.

P/S : Membantu atasi masalah rakan tersayang. Kini!

Wednesday, October 28, 2009

:Mesin 'GEDEGANG!'::

Salam,

Pernah tengok mesin GEDEGANG!? Ahaa. Good if u know. Aku baru dengar istilah tu sem ni. Jahil sikit kalau istilah yang orang reka-reka ni. Macam-macam nama ada.

SUMBER

Back to the point, 2 minggu lepas , ada sorang akak ni nak beli air tin NESTEA kat PTSL (Perpustakaan Tun Seri Lanang). Kat situ, macam-macam jenis mesin GEDEGANG ada. Yang tercanggih sedikit, ada jual coklat and apa lagi tah dalam tu. Tak belek sangat. Tapi persoalan mula timbul sejak akak tu tegur aku. Dia nak tukar duit syiling dengan aku since syiling dia tak cukup. Ok la. Fine. Since poket aku pulak terlebih duit syiling, cukuplah untuk tukar dengan dia. Dia minta RM1. (5 kupang 5 kupang/ 50 sen 50 sen). Selesai tukar duit, dia terpinga-pinga tengok mesin tu. Mungkin tak tau cara kot nak beli air tin dalam tu. Dia tengok aku. Alamak haii..aku senyum je and dia terus tanya macam mana nak beli air tin tu. Oh akak oi..saya pun jahil bab-bab nak beli air ni sebab mesin TERCANGGIH tu display harga untuk coklat sahaja. Air tak letak pulak. Bengong! Aku cakap sorry kat dia since tak dapat tolong. Suggest her to buy drink at another machine. Air coffee pon ada akak. Mesin tu aku reti la nak guna. Agaga.

Tapi, nampak gayanya dia reti jugak la guna kalau mesin tu. Haha. Sebab dia suruh aku jaga laptop dia. Dia beli sendiri. Seketika kemudian, dia balik ke tempat aku and pulangkan duit 50 sen balik kat aku. Aih akak..tadi dah cukup-cukup kita tukar kan. Bakpo bagi lebih kat saya ni. Katanya, itu duit lebih dalam mesin before dia beli minuman. Ada duit syiling 50 sen dalam tu and sesuka hati dia ambil and bagi kat aku. Siap pesan lagi, suruh guna duit tu untuk tepon mak ke. Tokseh beli makanan pulak. Sempat lagi dia pesan tu. Heran betul. Lebih baik dia tinggal dari ambil and bagi kat aku kan.

Persoalannya, boleh ke ambil duit tu even kita tau itu bukan milik kita? Tak tau la kot mesin tu terlebih kaya nak muntahkan balik syiling miling tu kan. Akak tu ambil and bagi kat aku. Tapi sampai sekarang aku tak guna langsung even nilainya hanya 5 kupang. Nak beli nescafe ais pon tak lepas. Ngee~

Ke aku pulak yang patut letak balik duit 5o sen tu ke dalam mesin gedegang tu? Same rotation akan berlaku kelak. ;p

P/S : 2 paper sudah lepas. 3 more left. yeeEzzaaaaa!

Tuesday, October 27, 2009

::KAFE yang HANGIT::

Salam,

Ahad lepas, aku lunch kat sebuah kafe salah sebuah kolej kat U ni. (malas nak mention kolej mana). Since ahad kafe fakulti pon tutup, aku terpaksa la merantau agak jauh sedikit sebab aku dah bosan makan kat kafe kolej aku. Cerewet punya pasal, sanggup makan jauh-jauh.

Ok la, back to story. Aku makan nasi ayam and before aku makan, there was 'something' in that chicken rice. Agaga. Member aku cakap bunga cengkih, but then lepas selak-selak, rupanya binatang la. Like semut, tapi ini besar. Yang pasti not lipas la. But spesies like that la. Tanya la budak zoologi kalau nak tau lebih detail. Hoho~

BUKTI

Aku tunjuk kat abang kafe. Dia buat muka pelik. Bukan nak minta maaf pon. Dia ganti nasi yang baru. But it still come from the same tong la! Aku tawakal je la makan. Sebab dah bayar kan? Mungkin aku takkan makan lagi nasi ayam kat kafe tu. OUhhhh~

P/S : Jangan marah saya kalau saya tak balas mesej sesapa lately. Saya rasa sunggo malas mau layan HP sebab mood saya pudar bila tengok HP.

Monday, October 26, 2009

::Sudah Mula Bosan::

Salam,

Lately, timbul mood bosan dan muak nak makan kat UO, KTHO, KKM, FST..n so on. Bila tiba waktu nak makan, selalu pening kepala. Sebab tak tau dah nak makan kat mana. Fikir punya fikir, nak makan pun susah. Ouh..rindu masakan mak saya!

P/S : Kat mana tempat makan lagi best dan sedap dalam UKM ni?

::Tuah Badan::

Salam,

sumber

Berita yang tersiar pada 23 Oktober 2009 lepas benar-benar menarik perhatian aku. Kisah seorang perempuan yang bersalin dalam pesawat Air Asia. Yang seronoknya, dia dapat penerbangan percuma ke semua destinasi seumur hidup sebagai tanda penghargaan dari Air Asia. Waa...seronok gila la! Kalau la aku dapat..aish..tiap-tiap bulan melancong agaknya. (^_^).

P/S : 1 paper already gone..4 more paper left! Chaiyok! Semangat! Semangat!

Sunday, October 25, 2009

::Kejutan Demi Kejutan::

Salam,

Kejutan demi kejutan.......(sok lusa bila makin tua, mesti gelak-gelak bila baca entry ni balik)

********************************************************************
Kejutan pertama :

Tepat 1200am at PTSL, sorang Chinese boy approach me (sambil bawa plastik KFC) and he said:

Chinese boy : Elo mis, i nak bagi u ni. Ambik la KFC ni. I belanja.
Me : ha? bakpo u nak belanja i?
Chinese boy : aiyoo..ambil la..i nak bagi u ni. ambil la cepat.
Me : eh? u ni sapa? i tak kenal u. apsal u nak bagi i semua ni?
Chinese boy : aiyo..amik je la. I nak balik dah ni. cepatlah ambil..

Erk..aku pun ambil je la since dia dah gedik-gedik sangat nak balik. Then, orang kat sekeliling meja tu semua dah gelak-gelak and sengih macam kerang busuk. Dah agak dah. Ni mesti kerja mamat-mamat and minah-minah tu. (Aishh...pekena aku kaw-kaw ya). Haha. Takpa. Aku suka. Thanks to Blink2, Ira, Fahmy, Fazlan, Akma, Kak Ani dan Syafiqah. Korang punya plan agak menjadi la even kita semua makan pakai 'lapik pinggan cantik punya.' Haha.

***********************************************************************
Kejutan Kedua :

Tengah hari 24 October 2009. Ada orang nak belanja makan Pizza Hut. *Wink wink*..Hee..semuanya saya rasa nak order. Kali ni dapat makan Deli Wings dan Tripple Shutter. Suka! Thanks to them yang sudi belanja saya lunch semalam. Moga Allah selalu memurahkan rezeki anda.


************************************************************************
Kejutan ketiga :

Yang ini la kejutan paling buat aku sakit jantung. Gugup! Ok la. I start story from awal. Ada member aku sorang ni nak minta tolong tumpangkan awek dia tido kat bilik aku semalam since awek dia datang jauh dari Shah Alam. Aku pun percaya bulat-bulat sebab aku tak pernah tau pon dia dah berkapel. Ngek! Then, janji 1130pm jumpa kat foyer UO. Aku siap-siap tutup buku awal-awal lagi sebab semalam aku betul-betul letih. Then, janji melayu katakan. Terlajak till 1230am. Aku pun pecut la pergi ke UO and at that time baru jumpa depa ni. Sebelum nak balik ke bilik aku tu, member aku ni ajak pergi ambil beg kat depan gelanggang skuash UO and at that time too...TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....

Ada la suara-suara yang nyanyikan lagu Happy Birthday. Hoho. Terharu saya. Barulah aku nampak muka-muka pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang menyorok kat celah-celah pokok tu. Rupanya ini semua helah mereka sahaja. Awek dia bukan nak tumpang tido bilik aku pon actually. Pekena aku kaw-kaw ya! Aishh..macam-macam rasa pon ada. Gembira, terkejut, geram..hee. My rumet sampai siap-siap nak kemas bilik since she know ada orang nak tumpang bilik kitorang. Hoho. Tak sangka korang akan celebrate birthday aku tau! Thanks to Aidi, Aini, Zul Alan, KA dan Che Nab. Really appreciate it! Plan korang memang menjadi. *Thumbs up!*

****************************************************************************
Korang nak tau apa aku rasa lepas korang celebrate my birthday? Hee.

Aku lebih menghargai nilai persahabatan antara kita and no matter what happened, kita tetap akan jadi kawan sampai bila-bila. Sekali kita berkawan, kita tetap kawan sampai bila-bila! (Rite?). Aku sangat bahagia kawan-kawan. Thanks a lot! Buat geng-geng kamcing yang always celebrate birthday geng-geng kita (zahid, nisah, la)..aku tahu kekangan kita kali ni adalah E.X.A.M. Hihi. Kalau tak, dah lama kan kita serang SATE KAJANG beramai-ramai. Kan? Hee~

P/S : Only spend 20 minutes for blogging. Caye tak? Agagaga ;p

Saturday, October 24, 2009

::Syukur 24 Oct::

Salam,

Hari ini 24 Oktober 2009 genaplah umur aku mencecah 21 tahun. Lagi 3 tahun dah boleh jadi bini orang. (Haha. Gatal!). Syukur kepada Allah kerna saat aku post entry ni, aku masih bisa bernafas. Alhamdulillah.

Tahun ni surprise again happened! Thanks to them yang rajin bebeno dan ingat serta sudi celebrate my birthday. Congrates to Ketua Program yang susah payah organize sampai kena 'skeaping' dengan chinese boy. Hee. Tahniah again. Aku sangat terharu. Cewahhhh! Kenangan makan ayam beramai-ramai kat tengah-tengah pusanika sambil diperhati pak guard takkan dilupakan...insyaAllah. (Haha..sengal je ayat!)

Tak lupa juga pada mereka yang wish my birthday via sms, FB, and calling. Especially yang jauh menelefon dari Ireland dan Jepun. Arigato! (Blushing muka saya lepas cakap dengan budak Jepun..pekena aku..citt..)

P/S : Takde gambar nak diupload. Harap maklum~

Friday, October 23, 2009

::Terus Berlari::

Salam,

Kelmarin, my lappy is back! Gembira sikit, tapi takde la gembira sangat. Masa laptop 'berhijrah' 4 5 hari lepas, bukan main lagi sibuk nak guna laptop. Nak buat resume la, nak cari gambar pasport la, nak transfer nota la. Macam-macam hal.~

Siang malam study. Belanjawan pun tak sempat nak tengok. Penat otak. Isnin dah start 'berperang'. Hee~

P/S : Dah beli dah buku takfsiran mimpi petang tadi. Yosh!
: Entry ni takde motif.


Sorry
kalau
rasa
penat baca. Agagga~

Monday, October 19, 2009

::Luahan Terakhir::

Salam,

Sepanjang seminggu akan datang dan minggu-minggu seterusnya ( tak tau sampai bila), aku dikehendaki OFF blogging, OFF Facebook, OFF Ym dan seangkatan dengannya. Coz my sis take my lappy bawa balik rumah dia. Aku harap ini one of the solution untuk aku bergerak menjauhi lappy aku since lagi seminggu aku dan kawan-kawan akan berperang di medan peperiksaan! Acewah..ayat tah pe2..hyperbola sikit di situ ;p

So, buat blogger yang lain, sorry tak dapat menjengah ke blog anda buat masa terdekat ni. Maybe lepas dapat balik lappy ni, aku akan singgah ke blog anda dan akan update apa yang patut pada blog aku ni. (Tapi, entah bila boleh dapat balik agaknya).

Anyway, di kesempatan ni, aku nak minta maaf banyak-banyak if ada buat salah secara tak sedar. Maklumlah, manusia biasa kan..hm..and tak lupa jugak buat kawan-kawan yang bakal menduduki exam kelak, i wish all the best! Berusahalah dengan sabar dan tekun supaya usaha yang dibuat mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Fikirkanlah untuk masa depan, yang mana kita pun tak tahu apa yang akan terjadi, justeru berdoalah selalu supaya kita sentiasa dalam pemeliharaan-Nya.

Buat yang mengalami masalah hati dan perasaan lately, (maklumlah bila nak exam je ada je perkara yang usik hati dan perasaan ni kan), pesan aku, tabahlah selalu dan buang perasaan itu jauh-jauh. Kawal emosi kita supaya kita sentiasa berada dalam keadaan yang waras dan kita tahu apa yang kita buat. Fikirkan misi kita yang perlu dipenuhi. Jangan terlalu layan perasaan sedih kita. Lebih baik kita ketawa kerna itu lebih bererti. ;)

Akhir kata, good luck to myself too! (^_^). Doakan aku dan rakan-rakan untuk menghadapi exam sem ni yea.

P/S : Dah mula plan sikit-sikit nak buat apa dan nak p mana lepas exam kelak. Hee~

Friday, October 16, 2009

::TER angan-angan pulak::

Aku tengah study.

Tetiba aku teringat kat kau.

Aku dah hilang fokus.

Aku tengok celah tingkap.

Orang lalu lalang.

Sorang-sorang aku usha.

Tak lama kemudian, kau pulak muncul.

Laju bebeno naik moto.

Aku sempat tengok sepintas lalu.

Konfem itu memang kau.

Bukan orang lain.

Sebab kau je yang aku pernah tengok pakai baju cenggitu.

Aku senyum sorang-sorang.

Panjang umor kau. Aku baru terfikir. Tup tup, kau muncul depan aku.

P/S : Sorry kalau aku jarang balas mesej sesapa lately. If emergency, aku akan balas!~ Sorry again~

Thursday, October 15, 2009

::Asyik LUPA::

Salam,

Lately, selain aku 'bermasalah' bila berada di jalan raya, aku juga seringkali lupa. Maklumlah, lupa kan sifat manusia. Normal la kan?

Masa aku 1st year, aku ambil kelas Mandarin. Belajar tekun punya tekun, tapi ada jugak kelas aku ponteng. Hee. Tapi, masa minggu exam, aku tak datang. Sebab..aku lupa minggu tu ada exam. Sunggo aku lupa. Tak tau napa aku leh lupa.

2 minggu lepas, Su pinjam rubik aku. Aku balik bilik, gedik-gedik nak main. Cari dalam beg, takde. Cari atas meja pun takde. Siap buat announce dalam Facebook. Macam hilang anak je gayanya. At last, si Blink2 cakap ada kat Su. Baru aku ingat.. Ketuk kepala sendiri. Aissh~

Petang tadi suppose ada kelas Food Science pukul 4-5 pm. Lepas kuiz strategi tadi, aku lunch dengan Fahmy, Fatin dan Wana. Raligh bersembang sampai pukul 2 lebih. Balik bilik, aku mandi dan bersantai-santai depan laptop. Pukul 4.15pm, Anis mesej aku. " tak datang kelas ke?'. Erk! Sunggo aku lupa. Aku lupa...lupa aku ada kelas lagi. [ Ingatkan dah habis semua syllabus ]Aishhh~

Ada lagi satu petang tu, kelas aku pukul 5 pm. Aku solat siap-siap kat fakulti since Asar masuk agak awal masa tu. Balik dari kelas, dah pun pukul 6 lebih. Kalut-kalut aku jalan. Lepas mandi, aku amik wuduk. Pastu baru teringat aku dah pon solat tadi masa kat fakulti. Agagaga. Hampir solat 2 kali agaknya...~

Lagi satu, petang tadi jugak aku teringin sangat nak makan waffle. Gigih gila turun naik tangga kat pusan cari waffle. Sampai bilik, aku offer waffle kat roomate aku. Dia cakap dia puasa. Oh..sorry i said! Tak lama kemudian, aku offer lagi. Dia buat muka pelik. Aku bertambah pelik. Dia dah kerut-kerut dahi dia. Aku pulak garu-garu kepala. Then, baru aku ingat. Dia puasa hari ni. Ish.!

Itulah kan..lupa tu memang normal. Sifat manusia. Tapi, lately aku seringkali TERLUPA. Menyerlah jugak la sifat lupa aku ni. Harap-harap dalam exam takde la lupa sebegini apa yang telah aku hafal YA Allah...~

P/S : Esok aku balik umah. Lupa pulak. Barang pun tak kemas lagi. Aiyoooo...ayuh!

Wednesday, October 14, 2009

::Buah Hati Baru::

Salam,

Semalam pukul 4 lebih baru aku dapat tidur. Mungkin ni kali kedua atau ketiga kot. Dalam sejarah hidup. Maklumlah, aku ni selalunya tidur awal. Sangat awal. Bila tertidur lambat tu, seolah-olah macam cipta rekod baru lak. Hee. Bangun pagi ni mata aku dah tersepet-sepet. Penat aku membulatkan mata untuk nampak macam biasa, tapi tersepet jugak. Geram kan bila badan terasa sangat penat, tapi tak dapat tidur. Aishh~

Semalam, Allah temukan aku dengan sekumpulan GENG CEKAK. Semuanya lelaki. Dalam 5 orang. Badan besar-besar. Mostly kaki smoking. MasyaAllah..sesak nafas aku bila study dekat area 'pakcik-pakcik' ni. Not really pakcik la. Tapi, aku memang suka gelar laki camni 'PAkCIK'. Tak boleh tahan betul la. Mereka ni sesuka hati hembus sana sini asap rokok. Berkecamuk peparu aku bila TERsedut asap rokok ni. Nampak diorang memang sedap gila hisap rokok ni. Mungkin jenis DUNHILL kot. Takpun, WINSTON. Takpun GUDANG GARAM. Takpun MALBORO. Takpun, BENSON n HEDGES. Takpun, PETER. Takpun paling murah rokok SAAT. Tahle, dah lupa jenama rokok ni. Dulu sokmo aku hafal masa kerja part time.

By the way, aku memang anti smoker. Sangat-sangat!.Aku selalu fikir, kalau aku tak tahan bau asap rokok, camna la smoker boleh tahan. Hairan juga ya. Mungkin peparu diorang dah really imun dengan asap tu kan? Huh. Akibat tak tahan sangat bau asap rokok, aku decide nak balik terus. Sampai bilik, kepala aku sakit dan terasa macam peparu ni kena hiris sikit-sikit dengan asap rokok. Sunggo tak cukup nafas! Cenggitu sekali effectnya kat aku. At last, aku tertido terus sampai dibuai mimpi pergi ke Sunway Lagoon bersama rakan tersayang. Giler betul! Mimpi merapu alam~ Haha.

Ok la. Taknak cite panjang-panjang. Kalau nak tau lebih detail bab-bab rokok ni, klik kat blogger ni. FAKHRUS dan AZEEM. Diorang ni baru je buat entry bab rokok. Kelmarin juga, aku sempat menjengah ke pasar shell untuk cari rubik 5x5 dan akhirnya....



['Buah Hati' baru..agaga]

Hati berbunga riang betul bila dah dapat jumpa rubik 5x5 ni. Sabtu ni nak cari lagi rubik yang lain. Gigih gila beli. Hoho. Takpe, buat isi masa lapang pas exam nanti.[ sedapkan hati sendiri] Agaga~

P/S : Lately, aku seringkali hampir 'bermasalah' bila berada di jalan raya. Cuak! Ouh~

Monday, October 12, 2009

::Hancur Hatiku::

Salam,

Minggu lepas aku berkesempatan menghadiri open house kawan-kawan di Tanjung Malim dan Subang Jaya. Tak dirancang, tetiba terlepas ke Tanjung Malim, rumah makcik kawan aku. Agaga. Riang bukan main lagi sebab ni 1st time pergi Tanjung Malim naik komuter lambat gedik-gedik tu. Aiyoyo.

Ok la, dipendekkan cerita, there was something happened masa kat sana. Gara-gara raligh main rubik orang lain, rubik aku hancur berkecai dimain oleh sepupu kawan aku ni. Agaga. Terkedu ha den tengok. Aiyo.


[ ganas sunggo budak 4 tahun main rubik ni ]

Terkesima jugak mula-mula tengok rubik jadi cenggitu. Sebab aku mana belajar cara pasang balik. hoho. Nasib Atun berusaha gak nak pasang balik. Lega! Even dah tak boleh pusing macam biasa, tapi takde la rupanya buruk macam kat atas ni. Huuu~

Next day, aku gerak ke Subang Jaya lepas pulun makan macam-macam..(erk..alhamdulillah). Komuter macam biasalah. Buat hal macam-macam. Delay. Tergelincir. Aiyo. Takpe Dah imun. Malas nak ngomel banyak-banyak. DUGAAN..Di Subang Jaya, makanan sangatlah banyak. Siap karoke lagi ha. Memang meletup pergi rumah cik Kiah. Ouh..thanks for the sweet memory~

But, today aku bertambah gembira. Hee. Si Fahmi telah berjaya memasang balik rubik aku dengan jayanya. Tekun gila kawan. Gigih tak terkata. Hoho. Thanks sangat-sangat to Atun dan Fahmi. Sangat-sangat berterima kasih! (^_^)

[ ta mo dah main rubik 4x4 ni, simpan sahaja!]

P/S : Apsal yuran pengajian makin mahal ni? Gila la FST RM600. Huh~

Friday, October 9, 2009

::Durian oo Durian::

Salam,

I just got this email from someone. I don't know whether this is a new thing or not. Maybe ada dah kot yang pernah jumpa. Aku je yang belum tahu dan jumpa kat mana-mana.

Kisah pasal buah durian yang melekat pada batang pokok. Just wanna share here with you all. (^_^)

[ gaya melekat macam buah anggur je ]




[ minta izin pakcik..nak letak gambar ni..erk ]



[ nampak macam sedap ]

By the way, aku bukanlah hantu durian sangat. Tapi, makan lah jugak sikit-sikit. Paling makan durian kalau durian kampung yang isi kuning tu. Perghh! Sodap ha lemak berkrim..agaga. Actually, banyak lagi gambar yang dikirim. But, a few je upload here.

P/S : Sedap sunggoh makan jamuan raya kat DECTAR UKM siang tadi. **Wink wink**

::Tak Paham Betul::

Salam,

Apa beza menyibuk hal orang lain (busy body) dan mengambil berat orang lain ?

Ada beza ke?

Kang kalau niat kita nak ambil berat pasal orang tu, orang kata kita nak nyibuk hal dia lak.

Tapi, bila kita buat tak tau je, kata kita ni tak nak ambil tau kisah dia plak.

Paling geram bila ada orang yang tak tau apa-apa pon pasal kisah sebenar, tapi nyibuk nak tau hal kita. Sempat kutuk-kutuk lagi tu. Pantang oo! Mau luku ja rasa. Tapi takpe. Sabar je. Allah tahu segalanya yang berlaku. OUhh~

P/S : Mana nak cari rubik 5x5? Penat dah aih melilau sana sini mencari.

Wednesday, October 7, 2009

::Sedar Tapi Main-main lagi::

Salam,

2 3 hari ni aku asyik lagho ja depan laptop. Masya-Allah. Tak sedar diri betul. Hati nak sangat study, tapi bila termenung depan laptop. Segalanya musnah. Ouh.~..siang-siang lepak library. Tapi bukan study tekun gila macam ulat buku. Pergi lepak baca paper pon dah berjam-jam. Campur dengan qada baca paper hari Sabtu Ahad lagi. Mana tak berjam-jam nya. Dah tu, paper pulak dalam 6 7 jenis gigih nak baca. Sedangkan contents almost same. Aishh..(ketuk kepala sendiri).

By the way, slip peperiksaan dah pun ambil pagi kelmarin. Jadual exam sem ni alhamdulillah quite better. Takde hari berturut-turut nak kena pergi perang. Hee~

[ slip peperiksaan untuk sem 5 ]

And, petang tadi terasa mau pergi main boling dengan budak-budak ni.( Awie Cheng Ho, Blink2, Wana, Anis dan Fatin). Ohoo..lepas rindu nak main boling ni even sempat main 1 game je. Puas dapat baling bola walaupun tak de lah strike memanjang. Ouh~


[ suka snap gambar skrin lepas main..galak~]

Hah, one more thing..its not really necessary to story here, but then ni pasal kisah perkembangan kera-kera di UO ni. Bukan main bijak lagi. Lepas 'curi' tudung kat ampaian, pandai pulak dia nak lilit tudung tu kat badan dia. Aish..kalau sempat snap gambar hari tu, boleh show it here. One more, kera-kera kat UKM ni ada anak angkat baru. Sangat prihatin kat ANAK KUCING. Siap belai-belai lagi. Ini pun tak sempat nak snap gambar. Kalau ada peluang, insyaAllah view it here.

P/S : Selalu sedar akan keadaan di sekeliling, tapi sukar nak merubah dan bertindak. Contoh terbaik, sedar diri tu dah nak exam, tapi galak main-main lagi. Apsal sukar nak bertindak dan berubah ha? (garu-garu kepala)

Sunday, October 4, 2009

::Program Jelajah IPT Utara 2009::

Salam,

Rindu sunggoh nak online. Agaga. Baru 3 hari tak dapat online, dah kecoh kecoh. Hoho. By the way, last week aku berkesempatan pergi JELAJAH UUM and USM bersama geng-geng Sekretriat Rakan Muda (SRMUKM). Alhamdulillah..perjalanan pergi dan balik semuanya selamat. And i got something new! New friends, knowledge and of course an experience! Ohoo..that's great. (^_^).

Pengalaman kat UUM melihat aksi para wanita bermain futsal betul-betul mengejutkan aku. Terkesima kot tengok diorang main. Bermacam-macam fesyen rambut ada bila tengok mereka mula beraksi dalam court. Ohho. Ganas jugak oo. Takpela. Abaikan. Next, kebetulan di UUM sedang berlangsung hari konvokesyen. So, sempatlah juga merayau rayau di sekitar pesta konvo UUM. Overall, rasanya UKM punya pesta konvo lagi menarik. ohhoo~

On the way nak ke USM, sempat juga singgah di Padang Besar. Macam-macam rasa nak beli. Ohh, mujur tak tergoda sangat dengan segala jenis macam barang yang dijual kat situ. Tapi, agak best jugak la bershopping di Padang Besar. Berpeluh-peluh mencari BELACAN PERLIS kat situ. Tapi, satu kedai pon takde jual. uhh~

Next day, lain pula ceritanya di USM. Rumah tetamu yang disediakan sangatlah best dan selesa. Thanks to SRMUSM coz bawa pihak SRMUKM meninjau ninjau kawasan di sekitar USM. Yang menariknya, kat USM ni ada tasik biawak, muzium dan kera takde pulak nak bertenggek kat situ. Ohho. Aman dan tenteram dari gangguan kera. (^_^)

Ok lah, tak nak cerita panjang-panjang. Jom layan some of pictures here.


[ kolam renang UUM ]

[ depan rumah tamu USM]


[ geng jejak kasih..ohho..small world!]


[ mereka suka buat chicken google..saya pula suka meniru! ]

The coming soon programmes are :

-->>Tournament bowling
-->>Aktiviti ke Gunung Jerai
-->>Jejak si Belalai

Ouh..ikutkan hati, semuanya nak join. Tapi, exam lagi 21 hari tau! Aiyo..tak sedar diri. Studylah cepat..ahhhaaaa~

P/S : Sorry to Zahid. Tak dapat nak p your open house today. Konfem makan sedap sedap kan?!
Related Posts with Thumbnails