Salam,
Hari ni bila aku bangun pagi, aku masih terasa arwah Afif Asyraf ada lagi di sini. Walaupun aku tidak begitu rapat dengan arwah, tapi aku tak dapat nak sembunyikan kesedihan aku bila mengenang dia sudah tiada. Allah ambil dia awal dari kami semua. Satu kerja aku buat pun tak jadi hari ni. Bila tengah buat kerja, teringat arwah. Terbayang muka dia pakai baju sekolah dan lalu depan kelas aku dulu. Buka Facebook lagi sedih. Bila ada member yang post macam-macam cerita sepanjang berkawan dengan arwah. Di sini, aku selitkan gambar mereka yang telah pergi. Arwah Azmir Syazwan yang pulang ke rahmatullah pada 22 Februari 2009 akibat kemalangan. Dan, arwah Muhammad Afif Asyraf yang juga pulang ke rahmatullah pada 30 Januari 2010 akibat infection. Al Fatihah~
Maaf pada ahli keluarga arwah. Sebab aku ambil gambar mereka dari Facebook since aku takde koleksi gambar mereka dalam letop. Aku simpan gambar ini buat kenangan. Aku pernah cakap pada arwah Afif Asyraf yang aku suka tengok gambar dia tengah minum ni. Sebab unik. Dia buat-buat gelak besar dan kata balik kat aku..
"kalau tengok gambar we <3 math tu, takde orang lain dah. Mesti hang jiha.."
Bagi member yang lebih rapat dengan arwah, pasti lebih merasai kehilangannya. Apapun, kita harus redha akan pemergiannya dan sedekahkan Al-Fatihah dan Yassin banyak-banyak. Sebab itu yang kita mampu buat. Kita sedar bahawa mati itu pasti dan bakal menjemput kita kelak. Cuma, kita tak tahu bila waktu ia tiba. Bagi yang masih hidup di muka bumi Allah ni, seharusnya kita menambahkan amal ibadat kita dan bersedia untuk kembali kepadaNya sebagai bekalan.Memang benar bahawa mengingati MATI itu adalah tazkirah yang baik. (pesanan buat diri sendiri jua)
P/S : Maaf pada blogger lain sebab entry yang beremosi di post lately. Tuan punya blog ni masih sedih. Kadang-kadang terusik dek terkenangkan kedua-dua arwah. (kawan masa di Saina)
Peluang Bisnis Paling Menjanjikan di Tahun ini
5 weeks ago